40 days dishwashing liquid dan Plash Foaming Hand Wash dari Afy Haniff

Hai kalau dah nama pun manusia ni kita memang takleh nak lari la kan daei kerja membasuh pinggan-mangkuk. Yang lelaki tak payah la nak cakap kerja membasuh ni kerja perempuan saja ya. Aku sekeh kangggg. 

Selalu part membasuh ni memang aku cerewet skit la kan. Ya lah nak basuh pinggan ni kena la betul-betul cuci kan. Bukan asal boleh ja kan. Mana mahuu nya nanti kan. Tapi kadang-kadang sebab Adriana nak menolong jugak and sambil-sambil tu boleh la dia belajar jugak kan. 

Sebab tu part nak mencari sabun yang sesuai tu aku memang teliti sikit la kan. Salah satu kriteria tak menyebabkan kulit anak aku jadi menggelupas ka. Satu lagi mesti la bila cuci tu cepat bersih. Maksudnya tak perlu nak cuci and bilas banyak-banyak kali. Paham-paham la budak-budak kan. Kang takut tak cuci and bersabun pulak pinggan tu. 

And of course la nak bau yang best kan. Ada ka orang suka dishwashing liquid yang tak wangi? Tak feel kot. Basuh apa macam tu kan... 

Korang ada tak yang suka bau serai wangi and pandan? Ok kalau ada yang macam aku ni, nak cerita satu menda baik ni. Kalau korang nak tau Afy Haniff dah keluarkan sabun pencuci pinggan dari serai wangi dan pandan. Best ke idok???

Produk dari Afy Haniff ; 40 Days Dishwashing Liquid dan Plash Foaming Hand Wash. 

Kedua-dua variasi ni datang dengan kombinasi yang berbeza. Kombinasi pandan dengan lime dan serai wangi dengan lemon serius bau dia sedap sangat. 

Apa yang menariknya tentang produk ni, ia didatangkan dengan dua saiz berbeza iaitu 500ml dan 900ml. Pek 500ml mampu membasuh sebanyak 500 biji pinggam ; dan 900ml mampu membasuh sebanyak 1000 biji pinggan. Banyak kan? Harga untuk pek 500 ml berharga RM3.90 (SM) / RM4.10 (SS)  dan pek 900ml berharga RM5.90(SM)/RM6.10(SS). Murahkannnnn! 

Selain mempunyai bau yang best, dishwashing liquid dari Afy Haniff ni jugak sangat handal dalam menghilangkan kesan kotoran dan minyak. Dah la handal tanggalkan kesan kotoran, produk ni juga mudah dibilas dan sekaligus menjimatkan penggunaan air.

Sejenis tamak. Nak jugak kena guna dua-dua jenis sekaligus. Cantik ja kan warna merah hijau dia tu. 

Haa jadi mak-mak ni macam biasa la kalau kena hadap menda ni kan. Tambah ada anak-anak kecil. Jap-jap nak makan ja kejanya, so bila dah makan tu paham-paham lah kan. Mesti la nanti kena basuh. Kalau si kakak tu dah boleh harap dah basuh sendiri kalau yang adik tu... Ermmmm. Kalau ada si papa kat umah.. Memang papa pun basuh pinggan dia sendiri and kutip cuci apa yang ada dalam sinki untuk basuh. Ya lah, membasuh bukan keja hakiki mak-mak ja kan.

Macam aku personally suka dilute kan dulu 40 days dishwashing liquid ni macam ni. Then amik span and cuci semua pinggan and then bilas and keringkan dekat dish drainer tu. Dah setel kerja dalam sinki tu. Selain guna untuk cuci pinggan, jangan tak tau dalam sinki pun aku guna 40 Days Dishwashing Liquid dari Afy Haniff ni. 


Untuk produk hand wash ni, Afy Haniff telah mengeluarkan produk handwash dalam bentuk foaming hand wash. A good thing sebab bila ada keluar terus dalam bentuk foam, lagi jimat penggunaannya. Best ke idok? 

Untuk produk Plash Foaming Hand Wash ni, terdapat dua jenis iaitu Sakura dan Aloe Vera. Serious dua-dua bau ni aku suka sangat. Selain gentle on our skin, Plash ni juga sesuai untuk yang mempunyai masalah kulit sensitif. Haa korang yang ada masalah kulit sensitif wajib cuba Plash dari Afy Haniff ni tau. 

Kalau korang berminat nak dapatkan produk-produk Afy Haniff seperti 40 Days Dishwashing Liquid dan Plash Foaming Hand Wash, korang boleh la refer di bawah ni ya:

Dah senang nak dapatkan produk-produk Afy Haniff ni ya korang. So apa lagi cepat la dapatkan stok membasuh korang. 

Untuk maklumat lanjut jangan lupa check dekat sini :

Website

www.afyhaniff.com

Facebook

https://www.facebook.com/AFYconsumer/

Instagram

https://www.instagram.com/afyhaniff_consumer/







8 Comments

  1. Akak nyer spec mata baru2 ni kelabu sangat...x tau nak buat macam mana..terus akak dapat idea untuk basuh guna pencuci pinggan Afy Haniff ni..berkesan betul..clear cermin mata akak...mmg product ni best tau

    ReplyDelete
  2. afy haniff ni punya produk semua best2 tapi pencuci pinggan ni airah tak cuba lagi. produk lain semua dah cuba rasanya.nak beli jugak la nanti

    ReplyDelete
  3. seronoknya kalu membasuh pinggan mangkuk dengan produk mesra suri rumah tangga ni. dengan bau limau confirm tangan tak berbau minyak atau kari lepas cuci semua pinggan tu.. dah la BBL suka basuh pinggan memang sesuai sangat la nak cuba.

    ReplyDelete
  4. Menarik produk pencuci pinggan ni, bolehlah Saya beli dan cuba nanti.. suka guna yang bentuk secair macam di atas!

    ReplyDelete
  5. Menarik sangat ni..sis memang suka bau serai wangi..lagi pun bagus utk halang dr serangga dekat. Now ada pulak sabun pencuci dr serai wangi..haaa lagi lah best. Ok nanti sis akan cuba pakai sabun ni. Thanks Alia..:)

    ReplyDelete
  6. Dulu kenal produk Afy Hanif ni dengan produk halau makhluk perosak. Sekarang dah keluar produk pembersih pulak ya. Menarik!!

    ReplyDelete
  7. Nampak best giler pencuci pinggan ni. Ingat nak try beli sebab mmg kita suka sangat dengan bauan serai.

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya akak. Stok berlambak macam ni kalau malas memang tak jadi apa la kan. Macam ibu perfectionist @ OCD seperti ruby amatlah berguna semua produk ni. Hahaha.

    ReplyDelete

Post a Comment