Travelog Perth (Western Australia) : Day 6, Lancelin | Lobster Shack | The Pinnacles

Haaaa... Disebabkan mood nak perabih entry Travelog Western Australia ni memuncak-muncak... Well hello.. Pi May 2018 kot... Ni dah Jan 2019...pastu berangan nak jadi blogger cemerlang terbilang gemilang gitohhhh... Puikk
Ok lah back to the story, sambungan dari entry sebelum ini (SINI).

Disebabkan hari sebelum nya tu kan election dekat Malaysia maka aku pun dengan tidoq pukul 2 am nya time sana yang dah macam ala2 pukul 4am kat Malaysia ni... Oh time zone Perth dengan Malaysia sama ya.. Cuma beza gelap dengan cerah ja. Tu pun depends dengan musim. Masa aku pi ni Autumn.. So kul 4.30am tu dah Subuh ya. Kul 6 am tu matahari da naik ya. Pukul 5.30pm dan Maghrib ya. Lebih kurang winter gak masa aku pi 2016. Kalau summer masa siang tu panjang skit la kan.

Ok la berbalik cerita tadi... Pagi tu dah la bangun kul 5.30am..tidur kul 2am sebab nak tau result election kennn. Sambil layan2 news kat WA kluaq pasai Najib bagai. Kahkah.

Punya la berdenggg kepala aku sebab tidoq tak cukup kot. Nasib la tak payah nak masak ok hari tu. Sebab kami dah masak siap-siap masa kat Busselton..balik tinggal masukkan dalam peti sejuk and rehear guna microwave dekat dalam bilik ja. Serius wei hampa kalau pi ke Ausie silalah cari hotel yang ada sediakan microwave tau. Sebab ada sesetengah sediakan microwave. Ini lah kegunaan microwave ya tuan2 dan puan2. Hahhaha. Tinggal pagi tu masak nasik dalam mini rice cooker ja. Kitaorang pakat2 bawak travel rice cooker. Satu bilik 1. So ada la 3 mini rice cooker. Cukup la untuk semua jemaah ya.

Dalam pukul 7.15am macam tu kami semua pakat-pakat turun breakfast di cafe hotel Indian Ocean ni. Breakfast spread dia biasa ja. Ada roti.. Ada cereal.. Ada kopi... Ada susu... So western gitohhh. Aku layan cereal dengan susu la kan. Susu kat Ausie ni memang stock fresh2 macam direct dari nenen lembuuuu. Bahhaha. Sedap kot. Lain rasa yang kat Malaysia ni. Hahaha.

Selesai ja breakfast dalam pukul 8am tu kami bergerak ke Lancelin. Untuk pengetahuan hampa, Lancelin dan The Pinnacles ni terletak di bahagian utara Perth. Kiranya ala2 nak menuju kawasan outback gitu la.

And macam biasa kalau dah memandu luar dari Perth hampa akan nampak banyak signboard aware dengan wilflife depa tau. So untuk first drive thru stop kami singgah ke Yanchep Park. Dekat sini kami just lalu di hutan taman negara Yanchep ni untuk tengok wildlife depa. Nasib kami baik dapat tengok wallaby  and kangaroo berlompat-lompat dengan anak2 dia.






Dekat sini kami tak stop pun ya.. Just drive thru and keluar balik ke jalan nak ke Lancelin tu. Lebih kurang sejam perjalanan kami pun sampai di Lancelin. Satu pekan kecil di tepi pantai. Peaceful gila dekat sini. 

Lancelin ni terkenal dengan daya tarikan sand boarding nya. So sebelum masuk ke kawasan sand boarding situ, jangan lupa untuk sewa sand board tu ya. Tak silap aku nama kedai tu Lucky Star ada kat tepi jalan belah kiri kalau dari arah mai dari Perth. Kalau tak silap aku kadar sewa dalam $5 satu sand board tu. Kalau tak silap la. Or maybe $ 10. Sory aku lupa. Tertelan semut banyak agaknya.



Lancelin ni kiranya kawasan pasir putih halusss gila dekat tepi pantai. Kalau nak tau, masa kami pi tu kan angin kuat gila.. Habis pasiaq2 halus tu terbang masuk dalam mulut la.. Laki aku n anena penuh gila ok kat rambut and telinga depa. 



Dinasihatkan silalah pakai spec/shades or goggles for kids tau. Kesian depa kalau pasiaq haluih tu masuk mata. 





And nasib baik jugak la Aishah lena time tu.. So mama aku dia dah pernah main dah dekat sini willing to jaga Aishah kat kereta. Thanks ma. Tak dapat bayang kalau Aishah tak lena nad join.. Mesti mengmuk2 dia kena pasiaq haluih tu. Aku yang pakai spec pun ada kena2 gak tempias pasiaq2 halus tu. Merah mata2 habis. Baju sejuk bulu2 aku tu pun habis melekat dengan pasiaq tu. Stress gila ok. 
Tapi best la jugak kan. Dapat rasa pegang pasiaq haluih gika lepas tu kena lawan arus berjalan dalam angin and pasiaq berterbangan. Tu belum lagi masa main sand boarding tu lepas turun kena daki balik gunung pasiaq tu. Hazab kebedah tapi best gila ok! 










Lepas ja main2 dekat sini kami semua pum dah tak taham dengan sejuk.. Dengan angin kuat with all those pasiaq haluih.. Kami pun cepat2 jalan balik ke kereta. Itu pun hazab wei nak nk jalan atas pasiaq haluih dengan angin kuatnya. Sampai dekat kereta jenuh ketuk2 dulu bagi hilang pasiaq. 

Lepas pulangkan sand board tu.. Kami gerak cari park dekat Lancelin untuk makan bekal yang kami bawak. Ok lincin semua sebab semua kelaparan ok. 




Kami picnic dekat port2 biru yang ada kerusi tu. Actually park ni pun tepi pantai wei. So bayangkan lah sejuk dia bila angin lalu membawa diriku sepintas lalu ku terkenangkan mu. Memori silam meresap..  
Ehhhh.. Apo nyanyi2 pulak ni. 






Selesai semua..kmi pun bergerak ke Carventes untuk mencuba Lobster Shack nya. Carventes ni agak panas.. Tapi sebab autumn kan angin agak kuat... So dia macam panas2 sejuk berangin gitu. Matahari terik tapi sejuk. Maybe jugak sebab bila makin naik ke part mengarah ke utara Australia.. Climate dia agak berbeza. Tapi overall best la..cuma kalau summer tak lalu la haiii aku nak ke sini.. Mau rentung la. 



Nampak tak nun di sana lautannnnn. Ahhh rindu gilaaaa. 


Ok dekat Carventes ni ada holiday park besaq gila gak la. Banyak gila mat salleh duk melepak and berjemoq dekat luaq motorhomes and caravan depa. Aku like seriously weiii.. Panaih kot.. Walaupun bila angin tu sejuk... Tapi panas dia terik.. Cahaya matahari tu terik.. Pakat2 duk sunbathing pulak😝😝😝

Kalau dah sampai ke Carventes ni mesti la ken cuba Lobster Shack dekat sini kan. Tips dia mai ke sini jangan la kebuluran sangat. Kang menderita la nak membayar wei. Hahahha. Nasib kami dah membedal nasik sebelum tu. So perut tu masih ada nasi lagi. Masa dekat Lobster Shack ni pakat2 rasa la lobsternya. 





Me n mama. 




Nampak tak kat luar tu apa.. Laut... Cantik gila kot. 


Abalone tapi kami tak try la. 


Mr Lobster. 




Aduhhhh.. Kenapa la kena tengok time2 ni. Aduhhhhh. 



Sedap ke idak? Sedap la sebab lobster tu fresh ok. So sapa yang sampai awai boleh la pi mcm factory dia kat sebelah kedai makan ni. Bukan la factory buat lobster... More or less  tempat depa nk asingkan sizing lobster tu. Kami xdan and kejaq iti kan. So memang tak pi la. 

Lepas ja makan dekat Lobster Shack ni kami terus gerak ke The Pinnacles yang terletak di Nambung Park. Nak masuk Nambung Park ni satu kereta kena bayar AUD12 ya. Kalau Lancelin tadi padang pasiaq warna putih... Yang ni pulak padang pasiaq warna kuning. Dah rasa macam ada kat planet lain pun ada gak. Sama gak macam Lancelin, The Pinnacles ni pun terletak di tepi pantai gak. Tapi jauh jugak lah. Dari jauh memang boleh nampak pantainya. 



Be careful na dekat sini.. Hampa dilarang untuk panjat batu2 kat The Pinnacles ni sebab takut nanti boleh merosakkan batu2 tu. Orang putih kan bab2 ni depa jaga sikit and satu lagi takut kat batu-batu especially yang berlubang2 tu tempatnya ulaq2 berbisa. Macam ulaq orok2 tu. Hee bayangkan yang tu pun aku da geli gila dah. Meremang habis syall. 




Dah penat gila time ni sebenarnya. Muka pun sememeh ja. 



Pose wajib okeh. 










Merasa la pengalaman acah2 outback dekat sini. Serius walaupun penat. Worth the journey la kan. Unik sangat The Pinnacles ni k. Untuk orang yang suka dengan nature macam kami ni. This is a MUST visit tau. 

Lepas ja sesi bergambar di sini.. Kami pun terus gerak balik ke Perth. Seelok2 nya kena keluar dari sini pukul 3.30pm macam tu. Tapi sebab kami punya iti dah lari.. Kami start gerak balik ke Perth dalam pukul 4.30pm mcm tu. Perjalanan dari The Pinnacles ke Perth dalam 2 jam 30 minit ok. And please bare in mind dekat Ausie ni tak suggest ok untuk travel jalan luar bandar dia malam2. 
Disebabkan husband aku dah mngantuk.. Aku take over la drive. Ya Allah dugaan betul drive time2 nak masuk senja sebab jalan2 situ memang kiri kanan hutan. Memang extra careful la. Dah lah kereta pun memng tak banyak kan. Dengan diorang ni pakat2 lena dekat belkang.. Nasib la mama aku tak lena.. So kami duk borak berdua la. Yang tiga beranak tu selamba pengsan ok! 

Lagi kami sampai dekat Perth dalam pukul 7pm. Dah gelap ok. Lega jugak xda apa2 masa drive tu. Takut terlanggaq kangaroo ja bika da gelap ni. Sampai ja Perth terus waze set ke McD Mirabooka yaa. 



Excited pulak bila dapat makan McD kat dif country kan. Ya lah selalunya tak halal kan. Ni dah certified halal ya. 


Time kami pi tu kat Malaysia xda lagi mesin order ni. So agak kejakunan di situ. Kahkah. 


Last2 takut nampak sangat jakun dia.. So kami order la manual. Kahkah


Nah halal certificate for McD Mirabooka ni. 

McD Mirabooka ni halal mekdi kt Perth tau. So hampa kalau teringin nak rasa mekdi depa boleh la pi makan kt McD Mirabooka ni nah. 

Lepas makan terus balik hotel. Selesai mandi dan solat terus membongkang and terkangkang sampai pagi esok. 

BERSAMBUNG next time ya. 



22 Comments

  1. Ya Allah lobster dia tuuuu... menggoda iman betul. Best nya jalan-jalan Aussie. Kita x dapat jejalan, dapat poskad dr Aussie je kawan yg pegi. Tapi mmg dalam Wishlist Perth ni.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kawasan sand boarding dan The Pinnacle tu! Rare betul buat aktiviti sand boarding. Saya tak pernah sampai Australia lagi tapi memang teringin sangat. Hopefully tercapailah dalam tahun ni. Amin... Hihi.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah... Cantiknya pemandangan di sana. Lobster tu pun besar nampak. Bila lah Min nak jejakkan kaki ke sini..hehe..

    ReplyDelete
  4. Kak Alia, nape tak try abalone tu. HUhuhuh. lobster dia bapak besarnya. Makan sorang tu mau tak habis

    ReplyDelete
  5. Aduyai... Lobster tu! Besau nya...
    Cantik nya view Pinnacle, terasa kedamaian dan ketenangan nya
    Teringin nak ke sini satu masa nanti. Seronok baca cerita orang travel.

    ReplyDelete
  6. Wow...gemuk betul lobster tu kan? Mesti makan sampai puas-puas ni. :)

    Ya~walaupun pemandangan pasir to cantik, kenalah pakai cermin mata ataupun shades untuk lindungi mata kan.

    ReplyDelete
  7. Okey akak kalau dapat lobster tu confirm x cukup sekoq...akak kalau makan lobster boleh habis 2 ekor tau...hahaha...sebab tu la dapat darah tinggi..ni tak tau la bleh makan lagi ke x..tapi kalau udang besar2 tu akak dah mula makan dah..sotong pun...weyh..best betul la korang nyer trip

    ReplyDelete
  8. cantiknya view...seronok jln2 tgk negara orang..mmg tmpt ni antara tmpt yg wajib dilawati bila ke perth..tgk kwn2 yg pi perth sure pegi sini juga....sedapnya tgk lobster tu...fav

    ReplyDelete
  9. Best yer travel dengan family ke aussie. Wishlist juga nak bawa family ke sini. Thanks sharing macam2 tips. Berguna sangat2.

    ReplyDelete
  10. Pasai ulaq orok2 tu selalu tgk dlm cita national georpghy ja ....

    Lobster dia awat menarik sgt..

    ReplyDelete
  11. Percutian yang meninggalkan memori indah untuk dikenang....best bercuti disini...mudah2an 1 hari nanti BC dan family dpt bercuti disini...

    ReplyDelete
  12. Kalau pergi Perth mesti kena pergi padang pasir tu, Banyak yang sy baca travel ke Perth kena cuba main skate tu... moga saya pon dapat juga pergi nanti syoknya travel ke Perth.

    ReplyDelete
  13. Wahhhhhh! nak kena baca cerita akak dari part 1 lagi ni, bestnya Perth. bila la diri sendiri nak sampai ni. huwarrrr...tapi member kata yang The Pinnacles tu dah la jauhkan, bergambar dengan batu rasa emmmm je. Panaskan masa tu. Apapun, The Pinnacles memang tempat yang pelancong wajibdatang bergambarkan :)

    ReplyDelete
  14. hahahha seems like everyone go to western australia pun go to the same place! i went to those places last year too! but you are so rajin to update, i still have not blog about it yet. ><


    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  15. ye, australia mmg banyak sangat rattle snakes. seram betul.. diorang mmg jaga tempat yang lawa dan ada nilai pelancongan

    ReplyDelete
  16. Dah ke australia byk kali tapi tak pernah merasa lagi nak ke sini. Bestnya..cantik sungguh tempat ni n pemandangan dia. Hope satu hari nanti dapat ke sini pula

    ReplyDelete
  17. Bestnya alahai.. sepenuh masa digunakan utnuk jelajah semua tempat kat Australia tu yea.. berbaloi sekali pi dapat jalan macam-macam tempat.. tempat berpasir ni kena pakai gogle kot.. hahahaha.. spek mata menyelam tu.. kih3

    ReplyDelete
  18. Looks like a wonderful trip! I've been to Perth once and I really like it easpecially the food! Looking at your lobster meal makes me so hungryyyyy

    ReplyDelete
  19. Wow cantik meriahnya dapat pergi trip macam ni kita pun nak juga pergi tahun ni dah plan heheheh tunggu update jer.. tapi kalau boleh letak gambar besar sikit halus sangat tak puas nak tengok pemandangan yang cantik tu..

    ReplyDelete
  20. WOW LOBSTER TUUUU BESAQQQNYAAA! Isi full house! Fuhhh terliuq tengok hahaha. Mesti sodap kan.

    ReplyDelete
  21. Cuaca dia mcm kat malaysia jgk ke?dgr travel kat Perth mmg best.

    ReplyDelete
  22. park kat Lancelin tu sesuai kan nak makan2 n solat sebab toilet pun ada. redup selesa je..
    ritu ada plan nak p mekdi tu tapi tiba2 merasakan xpela hehe.. padahal malas nak drive =P

    ReplyDelete

Post a Comment