Travelog Perth (Western Australia) : Day 5, Canal Rocks & Mandurah

9:22 AM

Yehaaaa.. Bersambung balik Travelog WA ni ok. Untuk hari kelima ni, dari Margaret River (Busselton) ni kami akan balik semula ke Perth and stay balik di Indian Ocean Hotel di Scarborough Beach.
Untuk pengetahuan hampa, hari kelima kami di Western Australia ni adalah birthday suami aku bersamaan dengan 9th May 2018. Yes masuk dalam sejarah Malaysia yang kerajaan Malaysia bertukar pada election on 9th May ni. Best birthday gift ever suami aku kata. Aku bagi beg Coach pun xbest mcm ni katanya. Gigih aku sembunyi2 beg coach tu dalam luggage aku semata-mata nak bagi kat sini ok.
And yes kami tak mengundi pada hari tu sebabnya semuanya dah bayar ok. Kereta sewa, rumah dekat Busselton, flight tickets sebelum ni dah pernah reschedule dengan AA. nak reschedule lagi.. Aduh... Duit yang dah bayar semua2 tu kalau burn.. Lagi terbakaq hati ni. I blamed Najib for this sebab buat election betul2 rapat time nak bulan puasa. Kahkah. We dont expecting that election will be that date by the way. Well.. Najib kalah. Dats the most important thing. Hahhaha.
So back to the story, untuk hari ni awal2 pagi kami dah breakfast di rumah. Makanan pun da siap masak untuk travel balik ke Perth nanti. Lepas ja breakfast memang rasa berat hati gila nak tinggalkan rumah idaman aku kat Busselton ni. Kahkah. Sempat bergambar habis satu rumah untuk kenangan terakhir kan.


I want a house like this! Exactly like this. Takmau rumah 2 3 tingkat. Nak setingkat tapi macam ni! Kahkah



Will miss this house!


Lepas ja check out kami terus gerak ke Yallingup untuk ke Canal Rocks. Yallingup ni kira ni kira kawasan tepi laut la ya. Actually dekat Yallingup ni ada Sugarloaf yang fames gak kat sini tapi sebab kami nak kena berkejar ke Mandurah so kami kena pilih salah satu.. Sama ada Sugarloaf atau Canal Rock. Takleh nak tamak pilih dua2 ok. Kena pilih satu ja bak kata laki aku... So aku buat keputusan untuk ke Canal Rocks ja. Tapi Alhamdulillah la view dia cantik gila kot.. . Malas nak ulas panjang2 korang tengok sendiri la ya view kat sini.



Biruuuu kannnn laut dengan langit tu... Arghhh rindu nak mam...


Laki aku ngn anak2 aku tak sporting time ni. Yes laki aku jenis pemalas nak tangkap gmbaq. Seteressss makjemmmm.


Me n mom


Selfie sedasss




Main pasir budak2 bertiga ni.




Jalan menuju ke Canal Rocks.



Breathtaking view.


Okeh lawaaaa gilaaa okehhhhhh....
Ombak kat belakang akan bertembung dengan ombak kat depan yg aku tangkap gambar ni. Kalau ombak tu terlalu kuat memang boleh lencun la. But masa kami oi tu setakat small splash ja la. Xdak la basah lencun pun.






Tengok video ni. Cun dakkkk


Lepas ja sesi bergambar dekat Canal Rocks ni kami meneruskan perjalanan untuk balik ke Perth. Tapi sebelum sampai ke Perth kami akan singgah ke Madurah. Apa lah ertinya ke Perth kalau tak ke Mandurah ye dak.
Half way perjalanan singgah sat kat petrol pump to kosongkan pundi kencing masing-masing and I decided to drive sebab husband aku pun nampak macam mengantuk ja. Well driving dekat Ausie boleh rasa nak hantuk kepala dekat stereng tau sebab dia punya speed limit untuk jalan yang clear pun kadang-kadang 70km/hr. Like seriously? Yesss serious shit.... So sebab tu lah selaku pemandu yang berhemah kami sewa gps ja from Aries.. Sebab senang nanti kalau over limit nanti gps akan alert kan hang.. TING TING TING TING!!! dari kena bayar AUD300.. baik bawak shopping ye dak. Kakak akau n kawan2 dia pernah kena 5 saman masa kat Sydney n Melbourne dulu. Hahahha. Saman sampai Malaysia ya. Tak bayaq.. No more entry to Ausie gitohhh.


Nak bagi tak mengantuk.. Wajib minum ni kalau pi Ausie ok. Actually banyak gila ayaq kopi depa yg sedap2.. Aku yang bukan coffee lover pun suka kopi depa ni. Kena ngan tekak aku.
Since this is our second time to Perth, my husband and I decided not to join the cruise but suddenly Adriana nak jugak2 naik cruise tu.. Nak tengok dolphin katanya. Yalah.. Geng dia Nuna naik.. Takkan dia xnaik kan. So terpaksa la kitaorang pun naik sekali.

So masa kat sini best la cruise tengok kawasan rumah orang kaya-kaya. Rumah dekat dekat canal la katakan. Dekat setiap rumah ada bot berlabuh. Dolphin main depan rumah. Ko hadooo???

Gambar aku kat sini tak da ya sebab bateri aku dah tahap king kong dah. Lepas tu aku kena pegang Aishah ja memanjang takut kang terjun dia kat situ serammn pulakk kan. So celah mana nak tangkap gambaq nya. Lagipun da penat satu hal  kannn. So Ecah grumpy dengan mak2 dia pun grumpy laaa...
Tapi kalau hampa nak tengok detail pasal Mandurah boleh la baca dekat SINI. ni entry masa aku first time ke Perth in 2016. Tak banyak berubah pun Mandurah ni. Sama jek.


Kemain Anena n Nuna ni kan. Dah la dua2 pakai helmet. Hahhaha

So after the cruising session.. Kami pun lepak la makan churos dekat San Churos Chocolatier dekat Mandurah tu. Macam biasa... Churos dia tak menghampakan. Sedap nak mampuihhh oiii



Sedap uiiii


Orang lain tunjuk jari kena ink kan.. Kami tunjuk jari cicah cekelat. Okbaiii.. Mengundang kecaman betul lah.
Lepas makan-makan Churos maka kami pun gerak balik ke Perth. Perjalanan dalam lebib kurang 1hr plus jugak la sebab bertembung dengan orang balik kerja kan. Tapi xdak la jem macam kat Malaysia pun. Still smooth ja.
Sampai ja kat Indian Ocean Hotel.. Kami pun masing-masing kelaparan balik. Ya lah.. Makan churos je kot.. Mana ada singgah makan ka apa ka. Nasib baik kat hotel tu memang ada microwave so apa lagi panaskan ja lah makanan-makanan yang dah masak dekat Busselton tu. Kenyang perut. Maka masing-masing duk kelebet fon nak tunggu keputusan election.
Nebes mak kat Perth time tu pukul 12 tak kluar lagi results oiiii. Dah la Perth ni kul 8 tu dah macam pukul 11 dah nak oi.. Bayangkan kul 2 pagi kat Perth aku tak tidoq2 lagi sebab tertunggu2 result election. Dah la esok nak ke Pinnacles dengan Lancelin lagi. Ahhhh sudahhhh.
Time tu dah menyumpah seranah Najib berbakoi2 dah. Kahkah. Sory Jib.
Oklah.. Cerita pasal Day 5 pun dah habis. So nanti aku sambung lagi ok....

You Might Also Like

20 comments

  1. mesti trip korg kali ni sgt bermakna kan sbb Najib kalah haha..tu blm masuk undi korg lg😂lg terok kalah..eh tak komen psl travel pon ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha. Kannnn.. Kalau kita org undi sekali memang teruk la najib.. Kalah teruk terus. . Kahkah

      Delete
  2. so good to see you share the pics here, I have not been there before. I only been to Melbourne but that was 20 years back. Say no more gonna see your video now

    ReplyDelete
  3. Pernah ke Western Australia juga ke Perth ni tapi tak pernah ke Canal Rocks ni. Laut dia memang cantik la. Compliment pula dengan langit yang sangat biru kan?. Mandurah dah pernah stay kat sini. Pergi tengok dolphin pula naik cruise.

    ReplyDelete
  4. mesti trip di bakal menjadi kenangan dan sebutan bila bercerita dekat anak bila mereka dah besar nanti. Seronok betul cipta kenangan dengan keluarga. Pemandangan pun nice. Memang selalu yang makan dan minum dekat oversea akan cakap sedap giler, adakah faktor jauh berjalan perut lapar atau betul-betul sedap? ermm

    ReplyDelete
  5. Tak sabar nak gi Perth bulan 3 nanti. Boleh la refer kat blog sis sebagai rujukan. Sewa kereta, sewa Homestay semua, ada contact tak? Hehe

    Ooo, ni la ye yang tak mengundi tu. Part jari tu lawak, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bro... Kalau nak contact Aries kita ada. Senang deal. Malaysian tokey dia

      Delete
  6. Hahaha sempat lagi selit pasal politik. Anyway best nye tengok uols holiday, view cantik sangat. Dah jatuh cinta la pulak, tapi klu bileh travel pertama is Korea teringin sangat ni

    ReplyDelete
  7. Cantik dan selesanya rumah tu. Liez pun berkenan dgn decorationnya. Actually mmg dlm wishlist nak g australia sbb MIL teringin nak pergi tapi sbb dia tak sihat sgt so kami hold dulu. Mmg kena suruh MIL baca ur entry

    ReplyDelete
  8. Sernoknye dah travel sampai Perth... Suka tengok pemandangan laut membiru tu.. Indah dan tenang sekali. Hope dapat travel ke sana nanti

    ReplyDelete
  9. Wah.. ternyata sudah hari ke-5, artinya Abby ketinggalan dong cerita sesi sebelum ini 1, 2, 3? Dan 4 hehee... senanglah tulisan ini bisa jadi panduan biat ttaveller yg ingin berkunjung le Perth

    ReplyDelete
  10. War...bestnya dapat taste kopi yang pelbagai rasa kan? Churos tersebut pun nampak amat sedap-sedap belaka. Best kan boleh melancong kat Australia ini. Moga-moga suatu hari nanti saya pun boleh pergi dengan keluarga. :)

    ReplyDelete
  11. Seronoknyaaa. Cx memang suka tau tgk travelog kawan². Suka sangat sebab banyak view² cantik yg gerenti dikongsikan. Kita nk pergi tak tau lg bila. Kot ada kesempatan kan? So kita ushalah pengalaman kawan². Amboi² seronok suami ya sambut birthday heheh

    ReplyDelete
  12. Memang xpuas kalau dok seminggu kat Perth ni. Memang teringin nak eplore lagi. Nnti macam nak seva caravan lah

    ReplyDelete
  13. Memang breathtaking view dekat Canal rocks tu. Langit laut semua membiru. Kalau Ana sure beribu dah gambar dekat situ. Hehe.
    Tgk air coffee tu teringat Thai. Pun sedap juga kan air coffee dekat kan kak?

    ReplyDelete
  14. Masya Allah.. Cantiknya pemandangan.. Rasa tenang n damai air laut..am suka pegi tmpt2 cenggini.. Xpenah lagi sampai bumi perth.. Insya Allah 2019, akan jadi titik sejarah AM melangkah ke sini..

    ReplyDelete
  15. Uiii seronok la pergi bercuti ye. Entah bila emi nak sampai ke sana entah. moga2 ada rezeki. hehe

    ReplyDelete
  16. wah..canal rocks tu macam kena mendaki je..seklai tengok ada pemnadangan laut tu..cantik betul..anak-anak seronokla..bestla dapat bercuti dengan keluarga macam ni..haha..tunjuk coklat pun boleh

    ReplyDelete
  17. oh i didnt go mandurah area cause western australia is like so so big. seeing your photos make me miss my perth trip last year too! so niceeee the placeeee. and i also got many not yet posted in blog too haha. so your post is like a reminder for me to update my blog asap!

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  18. Rindu nak ke sini lagi..tapi rasanya kalau nak travel lagi sis nak pergi tempat yg belum pernah jejak, maklumlah pitis is limited so dulukan tempat yg lom pergi sementara masih ada peluang

    ReplyDelete