Resipi : Masak Lemak Cendawan Bersama Udang

10:26 PM

2 labu bawang besar*

5 ulas bawang putih*

Sedikit kunyit hidup* (aku takdak so aku tak letak lah. Kalau letak tu lagi power aroma ori kunyit tu kan.)

8-10 biji cabai melaka * (nak pedas lagi letak lebih.) 

3 senduk kecil Santan pekat. 

Sekeping asam keping

Garam

Gula

Serbuk perasa

Udang 15 ekor (ikut korang.. Nak letak banyak lagi pun tak kesah) 

Cendawan (lagi banyak lagi sedap la kan) 

Cara-cara:

1. Bersihkan udang. 

2. Blend bahan-bahan yang bertanda *. 

3. Panaskan bahan-bahan yang diblend tadi dan tambahkan air. 

4. Masukkan asam keping, bagi yang takdak kunyit hidup macam aku.. Sila lah masukkan serbuk kunyit. 

5. Bila dah start menggelegak boleh la masukkan cendawan dan udang tadi ke dalam periuk. 

6. Masukkan santan dan perasakan. Kacau kuah tadi, jangan sampai pecah minyak. Nanti tak cantik la masak lemak tu. 

7. Nak pekat, kacau la lama-lama skit sampai pekat ikut kepekatan yang korang prefer. 

8. Dah capai kepekatan yang korang suka. Silalah tutup apinya dan hidangkan lauk korang tu.

Ini makan dengan ikan kering/masin dengan ulam and sambal belacan mau mak mentua lalu pun watdek ja lah.... Kalau mak mentua marah or sentap ngan korang. Korang ajak dia join sekali makan.. Nescaya terus jadi menantu kesayangan. Kahkah.


***disclaimer... Ni cara aku punya masak lemak cili padi tau. Diolah mengikut tekak aku. Ada orang cakap pure nismilan tak pakai bawang... Tapi aku ni sejenis mesti nak pakai bawang jugak.. So aku guna ja ikut suka hati aku. Maaf lah org nismilan kalau resipi aku ni resipi derhaka. Tapi aku tetap suka masak lemak cili padi forever.

You Might Also Like

17 comments

  1. menu ni aida x pernah buat la.
    sebab laki bini elergi udang.
    tapi, katerer ofis dulu kala selalu buat lauk ni time lunch.
    dulu, lom lagi kronik elergi udang, aida belasah la udang sebanyak2 nyer.
    dgn cendawan. masak lemak. sambal belacan. wow! terbaik.

    ReplyDelete
  2. Lepas tu hang goreng ikan masin plak Alia...huiiiii..x de kesian makan nasi bertambah-tambah

    ReplyDelete
  3. Suka part disclaimer tu... Yelah, cara masing masing kannn. Terliur lak kita tengok udang masak lemak tu, ada lagi tak? Hehee

    ReplyDelete
  4. Sis ni buat hal lagi. Haritu punya resepi pun tak termasak lagi. Hehehe ni resepu lain pulak. Aduh masak lemak pekat2 sedap haih. Biasa orang masak udang dengan kacang panjang/buncis. Ini rare. Boleh try nanti.

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaaa. Cara masak simple tapi tetap
    Menarik. Ni kalau masak bertambah pinggan nasi hehe

    ReplyDelete
  6. Kami laki bini tak makan udang. Jadi anak-anak pon tak makan udang, omaknya tak pernah ajar. Tapi bagi ikan masin tu, laki den boleh menambah nasi berkali-kali...

    ReplyDelete
  7. Ni kalau makan gan nasi panas n sambal belacan mau bertambah tambah ni..aduhh lama betoi tak buat masak lemak udang ni, sat lg nak gi beli arr..tapi beli yg dh siap sb malaih nk masak..hehehe

    ReplyDelete
  8. Terus terasa lapar plak tengok hidangan tu. Rawlins bayangkan ada telur asin, nasi panas - memang tak pandang kiri kanan dah. Fuhh. Nikmat!

    ReplyDelete
  9. Sedapnya masak lemak ce dawan. Ada pula udang perghhh teebaik rasanya .Masak lemak ni buat kuah pekat lekat makan dengan nasi panas memang terangkatlah .Dapat makan ni memang tak pandang kiri kanan dah. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Ya Allah, terliurnya rasa. Kita dah la memang penggemar udang. Gabungan cendawan dan udang mesti sedap kannn

    ReplyDelete
  11. Masak lemak udang mmg fave yo! Tapi x pernah try letak cendawan. Mungkin pasni leh try ikut idea alia. Hehe. betul2, masak org lain2 cara lain2. x suka org duk komplen kata kita masak salah. Huhu

    ReplyDelete
  12. Allahu masak lemak nie memang antra menu favourite sy. Tambah2 masak dgn udang dan pedas2, mmg best ! Tak pernah pul cuba letak cendawan dlm masak lemak, nanti boleh cuba. Lapar lah pulak bangun2 bukak blog kak Alia 😖😖

    ReplyDelete
  13. Sedapnya kak Alia. hehehe. Kite mmg fav masak lemak dengan cendawan. Tiba2 rasa nk buat pulak. Craving gila. hehehe. Thanks share resepi. hehehe

    ReplyDelete
  14. Sedapnya masak lemak ni. malam ni nak balik masak dengan marou lah. baru best dinner makan macam dekat kampung.

    ReplyDelete