Resipi : Kari Mamak Salmon

Ok lah kali ni nak cerita pasal kari salmon yang aku buat yang menjadi pojaan hati anak-anak kat umah ni. Laki aku? Dia tu susah skit nak puji aku masak. Kalau sedap tu dia tambah, kalau tak kena tekak dia dia tak tambah. 

First time buat kari mcm ni masa kat Perth tahun lepas. Tapi time tu kira tipu sebab bawak paste segera kan. Time travel tu bawak kari paste Mak Nyonya. Sedap wei mudah reja. Lepas ja ikan dalam tu.. Siap. Travel kita masak yang simple2 ja lah kan. Itu la gunanya mini rice cooker time travel noks. 

Masa kat Perth tu buat kari guna trout(beli dekat  tapi aku rasa trout dengan salmon ni spesis yang sama ja kot. Rasa pun sama ja kot. Lemak2 gitu ha. Bila buat kari makan plak time lapaq2 tengah travel and sejuk2 tu.. Ahh berebut2 noksss. Sampai gambaq pun takdan amik oi. Raplahhhh. 


Sempat amik gambaq before masak kari trout dekat Perth hari tu. Ni beli dekat Spudshed Innaloo. Sama ja kan dengan salmon. Rasa pun sama ja. Sapa pi Perth nak late night shopping boleh pi kat Spudshed ni. Kami ni pi sebab Coles tutup awai on weekend hari tu. Murah gila oiii salmon ni baru $15.


Bahan-bahan:

 ikan salmon 2 blok ( 1 block tu potong lagi 3 sebab dia kan ada mcm part dekat perut tu)

Haa paham tak yang part dekat perut tu potong gak. 
Gambaq credit to Tesco online. Zaman bila 0% gst ni. Kahkah

3 sudu serbuk kari ikan (aku suka guna Babas sebab sedap)
1 sudu kecil serbuk cili 
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar halba campur
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang besar & 6 ulas bawang putih utk diblend
1 biji bawang merah& 3 ulas bawang putih (hiris nipis untuk tumis)
1/2 sudu asam jawa Adabi.
1 tangkai daun kari
Garam
Pak aji

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan halba campur, daun kari dan bawang merah&putih yang da dihilis halus tadi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang da diblend dengan serbuk kari , serbuk cili dan serbuk jintan manis. Jangan lupa kacau sampai naik bau dan masukkan air.
3. Then masukkan asam jawa tadi and kacau-kacau.
4. Agak-agak rempah dah masak dan pecah minyak baru la masukkan garam pak aji.
5. Bagi kuah kari korang menggelegak then masukkan isi salmon . 
6. Jangan masak lama sangat isi salmon tu ya. Takut nanti isi dia hancur pulak.
7. Kalau nak masukkan cabai besaq ka bendi ka boleh la masukkan sekali masa masukkan ikan tadi.
8. Da siap n boleh tutup api dah. Sedia untuk dihidangkan dah.




Hampa yang nak cuba boleh cuba tau. Sedap gila wei salmon buat kari. Kalau kakak aku dia suka kepala salmon tu buat kari. Macam aku kenot go sangat kepala salmon tu sebab terlampau berlemak. Sikit2 ok. Banyak2 nanti melugai. Macam yang isi ni ok. Just nice sebab ada isi and rasa lemak-lemak skit kan.

Selamat mencuba na. 

25 Comments

  1. Adoiii pepagi tengok kari ikan salmon ni buat kita lapar la plak, bagusnya ada pek macam ni kan, thank for sharing this kak ❤️

    ReplyDelete
  2. Haaaa...kan betul salmon bleh buat masak kari...akak pernah makan kat mana ntah tapi lupa...akak suka jer makan ikan salmon, kadang dah muak buat grill..cuba la masak lain2 plak..salmon bagus sebab tinggi omega..akak tak berani makan kepala dia sebab banyak lemak...nanti nak buat sendiri la...

    ReplyDelete
  3. such a great recipe.. thanks for sharing.. salmon is my favourite... great to cook with curry mamak..

    ReplyDelete
  4. Ikan salmon selalu nampak orang grill je. Ni memang makanan yang lain ni sebab masak kari. Ikan salmon ni nak beli pun mahal tapi kalau masak sedap boleh la cuba resepi ni pula.

    ReplyDelete
  5. Wah rare betul kari salmon. Syira tak pernah makan lagi letak salmon. Boleh cuba ni. Nampak tempting sangat

    ReplyDelete
  6. Sedapnya salmon. Tapi tak boleh makan selalu sebab harganya memang mahal di Malaysia ini.

    Masak kari in ipun nampak sedap. Masak biasa letak garam je pun dah sedap, apatah lagi masak kari ini

    ReplyDelete
  7. Amboi! Salmon masak kari? Pada cx, salmon is ikan orang ada ada. Hahahahah sebab salmon mahal gila! Haha. Tk pernah l dgr org masak kari dengan ikan salmon ni. But nice recipe to try and share here. Rasa macam wow sangat! Biasa kari oramg lawan dengan ayam, ikan pari, bawal, daging. Tp alia mmg power masak salmon kari. Terbaik!

    ReplyDelete
  8. NI kira version Kari Kepala Ikan versi ikan mat saleh la ni eh. Hehee. Salmon mmg sedap tapi kat sini mahal nya la hai... nak beli sekeping pun berkira2 huhu

    ReplyDelete
  9. Thanks for the recipe. My children loves to eat curry too and salmon is rich with vitamins. Will cook this dish for them.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Dah la dok teringin makan Kari ikan.Ikan salmon memang my fav but always fried or grilled. Nak buat Kari tak pandai. Resepi u MCM boleh Cuba.

    ReplyDelete
  12. Waduhhhh sedapnya ikan salmon masak kari. Pernah buat dulu memang serius sodap. La ni ikan salmon mahai so pakai je le ikan apa yang ada kalau nak wat kari..janji kari ikan..hehehe

    ReplyDelete
  13. Ayiooo lama tak makan Salmon pulak tu masak cara orang Malaysia makan memang puas lah hehehe Kari mamak lak tu tak pernah cuba nak masak cuba makan tu memang selalu wakakak sedapnya boleh lah kita try resepi mudah ni...

    ReplyDelete
  14. Nie Betul2 pure kari nie.. AM kali masak kari, AM suka letak santan kasi lemak.. Tapi kari cam awak masak nie sedap cicah dgn roti.. Terangkat woo feelingnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah cicah roti best. Kita plak x suka msak kari letak santan.. Hehehhehe

      Delete
  15. Fuhhh nampak sedap. Nanti bleh cuba. Hehehe. Ruby suka kari Ikan yang stail camni. Baru ada ummphhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cicah dengan roti or roti canai memang terangkat habis

      Delete
  16. wah lain daripada yang lain ni..guna salmon..selalu orang grill je salmon ni siap buat kari..kari pulak tengoknya pekat betul kuah dia..aduh ..nampak sodap ni..nasib siap ada resepi..sedap ni oii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jemu grill boleh buat kari nad. .akak suka buat kari. .lemak2 gitu

      Delete
  17. Senang je masaknya kan. Rawlins nie sejenis pandai makan - masak nan hado. TQ share resipi nie - boleh paksa adik masakkan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe... Xpa..ada org tlg masakkan nanti kan... Nanti sruh adik rawlins buat kari ni k

      Delete
  18. ehhhh nampaknya sedapppp laaaa! i memang love to eat salmon and yes cooking with curry makes it nice too especially if those who doesnt like the fishy taste. thanks for the recipe! if only salmon isnt expensive then i would have eat it regularly!

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  19. Yes henry. .sekali sekala why not kan. .

    ReplyDelete
  20. I baru je buat salmon bakar pagi tadi, nampak macam sedap pula kari mamak.. salmon usually cepat pecah kan tapi yang jenis masih segar dia cantik bila masuk dalam kari... hmmph nampak sedap juga thanks for the resepi ni yang I rasa nak cuba resepi alia ni..

    ReplyDelete
  21. wah.. first time TB dengar pasal kari guna ikan salmon? dasyat.. tapi Tb tak de la nak try lagi kot.. mahal salmon kat Malaysia ni kan Alia.. Tbpun kalau makan salmon kalau beli sushi je.. hahaha.. time tu baru dapat makan ikan salmon.. kalau tak.. memang tak beli pun.. tapi baguslah entri alia ni.. baru Tb tahu boleh gak guna ikan salmon buat kari

    ReplyDelete

Post a Comment