Resipi : Daging Goreng Cabai Kering

9:30 AM

Hai kali ni nak share resipi simple yang diolah sendiri olah aku ikut tekak aku. Bahan2 dia pun mudah ja.

Jom tengok bahan-bahan dan caranya

Bahan-bahan:

*2 labu bawang besar

*5 ulas bawang putih

*5 - 6 biji cili kering (rendam dengan air panas selama 15 minit)

1 labu bawang besar dipotong bulat

Daging potong untuk biasa makan tu (goreng separa garing)

Minyak untuk mengoreng daging

Cuka

Garam

Gula

Aji/cukup rasa


Cara-cara :

1. Goreng daging separa garing.

2. Sementara tu blend bahan2 bertanda * dengan pengisar kering. Kisar kasar2 ya. Jangan terlampau halus. Nanti xda texture kasar2 cabai kering tu.

3. Bila daging da separa garing angkat dan toskan.

4. Dengan minyak yang sama tumiskan bahan2 yang diblend tadi.

5. Masukkan cuka /asam keping/asam jawa ikut suka korang. 

6. Masak sampai sambal ni agak garing tau. Lepas tu masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Lepas tu masukkan dagung yang digoreng tadi dan masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi. 

7. Biarkan sampai sambal tu agak2 kering. Dah siap untuk dihidang. 

Kan dah cakap.. Senang gila kot. Rasa dia pun padu. 


You Might Also Like

17 comments

  1. Ya Allah! Sedapnya! Cx dahlah hantu daging! Masaklah apa pon, gerenti berpingggan makan. Heheh. Nanti nak cubalah resepi ni! Nampak sedap betul! Dahlah cx suka makan pedas² hahaha thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaaa....lagi sedap kalau bg akak sepiring ha..hehehe...nasib baik akak x leh makan daging...kalau tak petang ni ni jugak dh pi carik

    ReplyDelete
  3. Errr.... i don't eat beef. But, I can share this recipe with my muslim friends. They will enjoy cooking this. Good job.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya dan sangat mudah nak buat hehehehe kita pun dah lama tak masak daging macam ni hehehe tak apa kita akan cuba nanti boleh lah mudah dan cepat nak buat ni...

    ReplyDelete
  5. I have not tried to cook Daging Goreng Cabai Kering before. however it seems so delicious here. thanks for sharing the recipe so I can try to cook one day.

    ReplyDelete
  6. Aduh.. haritu kari ikan salmon pun tak boleh move on. Ni daging goreng cabai kering pulak. Hehehe semua nampak sedap kak. Boleh try masak utk husband nanti.

    ReplyDelete
  7. Phuyooo!!! sedap makan dengan nasi panas panas ni. Even kalau tak nak makan dengan nasi boleh je makan dengan roti pun sedap ni. Pandai weiii you masak. Buat I kecur air liur je.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih sudi kongsi resepi masak-masak kak. Sedap pulak kita tengok. Nanti nak cuba masak guna resepi akak share ni la :D

    ReplyDelete
  9. Sis suka betoi goreng daging cam ni..satu lagi kari daging. Bila dapat lauk cam ni, memamng makan bertambah tambah le dibuatnya.

    ReplyDelete
  10. Allahu... Sedapnya! Terliur kita tau.. Memang senang Resipi Alia. Nanti kita cuba eh.. Jap nak tanya ada lagi tak, nak sepiring... Kita tunggu kat pintu belakang jap lagi eh...

    ReplyDelete
  11. Biasa buat daging goreng kunyit dan bawang boland tu je. Sedappp. Ni pun nampak mudah je nak buat. Boleh try nanti ni. Memang suka makanan pedas. Tq for sharing

    ReplyDelete
  12. Alamak terliur. Senang dan mudah. Bolehlah cuba sediakan untuk famili. Kalau cabai2 ni memang tarikan makan nasi bertambah hehe

    ReplyDelete
  13. Sedap weh..daging goreng biasa pun dah sedap, ni kalau ikut resipi puan alia meesti lagi sedap makan bertambah.

    ReplyDelete
  14. Wah nampak mudah, nanti nak kena cubalah resipi sis ni. YaAllah sedapnya. huhu

    ReplyDelete
  15. Nampak masakan ni pedasnya! Tq resepi ni tau, nak try masak utk adik sy, dia hantu masakan pedas!!!

    ReplyDelete
  16. Memang senang gila haaa...blhlah cuba sbb kak jarang masak daging masak cabai..mpk sedan.

    ReplyDelete
  17. Fuh makan dengan nasi panas aje pun jadi ni. Bila tengok menu ni, baru teringat dah lama tak makan pedas sejak ada anak kecik ni. Semuanya tawar hebe. hahaha. nanti nak buat la resepi ni. nyummmm

    ReplyDelete