Resipi : Ayam Bakar Mudah

Mengiurkan tak? Hahhahaha

Nak buat title pun kadang-kadang boleh kemurungan. Ada ka macam aku ni haa? Lately ni rajin post resipi lah dia sebab tu yang senang and tak payah gaduh2 nak kena karang panjang-panjang kan.

Banyak lagi hutang entry ni..tapi pelan2 kayuh la kan. Aku pun busy skit lately ni dengan urusan rumah sewa adik aku and rumah aku yang nak dijadikan guesthouse tu.  Lepas tu last week melepet ja 4 days cirit birit wei.

So dah baik ni marilah kita masak sepenuh jiwa raga gitu haa.

Cakap banyak taknak la kan.. Moh ler kita tengok bahan-bahannya ya

1 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

Serbuk kari daging 

Serbuk cili

Serbuk jintan manis

Cuka / perahan lemon

Kicap pekat manis

Lada sulah

Garam

Gula

Serbuk perasa

Caranya:

1. Blend kering bawang besar dan bawang putih. Lepas blend sapu rata bahan blend dekat ayam.

2. Lepas tu masukkan bahan-bahan lain dan perap la selama mana korang nak. Bahan-bahan perapan ni actually aku main agak ja tau. So ikut korang la ya.

Nak senang.. Taknak susah2 basuh tray nanti ayam melekat ka apa ka.. Lining kan ja dengan aluminium foil tu. Kannn senang. 


3. Yang ni aku sempat marinated selama 2 jam ja sebelum bakar tadi. Tapi rasa dia padu kot. 

4. Lepas marinated selama mana yang korang nak, aku bakar guna oven ja. So aku panaskan oven pada suhu 220 deg C selama 10minit macam tu.

5. Lepas oven dah panas aku, set masa untuk bakar dekat dalam 30minit macam tu.

6. Lepas 30 minit bila oven dah bunyi ting2 tu boleh la cepat2 keluarkan. Jangan biar lama dalam oven takut nanti kering dan hilang juicy ayam bakar tu. Aku jenis tak suka kering-kering. Sebab tu aku nak ayam bakar aku tu crispy at the outside tapi juicy inside gitohhh.

Nampak crispy tak kulit dia tu? Dalam dia perghhh juicy siot. 

Letak timun jepun... Ni kalau buat nasi ayam pun cara ni

Siap untuk dimakan. Ni kitaorang makan dengan masak lemak ayam and sambal ayam penyet. Perghhh merecik hawauuuu. 


Ok lah korang.. Selamat mencuba ya. 


8 Comments

  1. hamboi. nampak sgt mesra dgn bahan perapan ayam tu.
    cantik warna bila dibakar, alia.
    biasa nyer, bahan perapan kita cincai jer. takde resepi spesifik ekk :)

    ReplyDelete
  2. Pergh meleleh air liur saya baca entry sis ni. Tetiba rasa nak p beli ayam n terus buat hehe

    ReplyDelete
  3. Yeayy ada resepi ayam bakar. Selalu sis beli yang dah siap marinate..balik rumah bakar je. Ni dah ada resepi leh le buat sendiri. Tq Alia

    ReplyDelete
  4. perghh mudah je buatnya..lepas ni boleh cuab buat..namapk cantik je dimasak dia..allhu..sedap ni..

    ReplyDelete
  5. Nampaknya memang best lar resepi yang ditunjukkan ini. Sedap giler. Betul kan. Kalau tak nak melekat gunakanlah aluminium foil. 😁

    ReplyDelete
  6. Tu dia. Lazatnya la ayam tu. Terus rasa nak lunch dengan ayam bakar tengah hari kelak. Nak buat sendiri, Rawlins malas plak. Haha. Maka kena la makan kat kedai ye.

    ReplyDelete
  7. Simple nya buat resepi ayam bakar ni. Even tengah tak full sihat pun larat la juga sebab nak perap je.

    ReplyDelete
  8. Sangat nampak menyelerakan dan sangat memberangsangkan tengok ayam bakar macam tu penuh rempah dan rasa mesti kuat tu boleh lah kita cuba resipi mudah ni heheheh...

    ReplyDelete

Post a Comment