Hotel Review : Lone Pine Hotel Penang

9:15 AM

Hai....seperti yang kami janji hari tu.. Kali ni nak share skit pasal Lone Pine Hotel Penang yang terletak di Batu Ferringhi ni.
Hotel yang bertaraf lima bintang ni dah lama aku target. Dari awal kawen lagi nak stay kat sini. Kahkah. Tapi last2 honeymoon dekat Hard Rock Hotel Penang pulak sebab time tu Hard Rock baru ja buka.
So kebetulan nak birthday Aishah tu kami rate cun gila dari Agoda so apa lagi terus la kejit2 mata skit kat laki aku suruh transfer duit nak bayar kat Agoda. Kahkah.
Jom lah tengok dulu gambar-gambar dekat Lone Pine Hotel ni dulu.

Lobby Area


Upon check in. Ruang check in yang selesa gila ok.



Selesa kan ruang menunggu nak check in. Tengok Adriana buat hal.. Buat macam kat rumah sendiri tak pakai kasut. Apa halll lahhh.


Welcome drink untuk makjem yg kehausan.

Room interiors 


Bilik nya... Luas kannnn. View from pintu balcony.


Toilet. Pun spacious



Powder area gitohhh

Ha ni dekat area toilet dengan powder area.. So in loveeee😍😍😍


View from toilet /powder area. Pintu tu boleh slide untuk tutup ya. Dia ada 2 pintu slides.. 1 dekat pintu masuk.. 1 lagi menghadap ke katil ni. So toilet transparent no hal lahhh... Kasik slides sajia tutup.


Best sebab pakai patio ni. Kaki idok ler sejuk... Kalau carpet kadang2 ada 1 bau kan. Kalau tiles sejuk saangat kan. Yang ni haa besttt la


Tengok tea dia. Macam-macam hado.


All urs. Amik ja. Tak kena charge pun. Aku tapau bawak balik. Huahua. Tu pun x abih minum lagi.. Duk ada ja kat dalam fridge tu. Dasar kampungdotcomdotmy sangat kennn🤣


Balcony. Memang relax gila kat balcony dua ni😍


Ada tempat lepak....


And ada bath tub ya kat balcony. Kau mampuuuu?


Haaa birthday girl rasmi dulu laahhh

Nampak tak laut dekat situ? Sipi2 pun ok lah kan...

Jom lah kita tengon keliling hotel pulak. Interiors dah nengok kan. Jom check it out...

Hotel Environment 





Classic kerusi rotan ni kan.


Kawasan pool dia.


Cantik kannnn.
















Cantik kan.. Hijauuu jaaa

Breakfast

Untuk breakfast pulak kami dapat sekali ya dengan pakej dekat Agoda tu. Breakfast is OK. Tak la banyak gila pilihan macam sesetengah hotel tu. Maybe sebab banyak yang duk kat sini foreigners esp mat salleh yang makan breakfast simple2 ja kot. Lebih kurang Hard Rock Hotel Penang punya spread tapi this one ada touch of Malaysian foods. Kalau HRH Penang aku pi 6 years ago buffet spread dia agak Western. U cant expecting nasi lemak there. Tapi lani xtau la kan.





Yeayy.. Ada my fav.. Mushrooms


Nyums2. Mee goreng dia sedap!


Location

Dari segi location, Lone Pine Hotel ni bagi aku memang strategic habis la. Depan hotel ja Ferringhi Night Market, McD depan tu ja, KFC pun sama cuma jauh sikit ja. Kedai makan depan tu pun bersepah-sepah ok.


Overall view 


Overall the stay aku bagi 5 bintang la for their hospitality and facilities. But if u are expecting a child friendly pool here.. Its not gonna happen here. U olls boleh pi dekat Bayview Beach Resort Penang or Golden Sands Penang sebab both ni pools dia best and very kids friendly. But as for this hotel.. My kids were totally find and enjoy our stay here. Depa pun suka ja pools dekat sini



Yang paling aku suka dekat Lone Pine Hotel ni adalah dia punya building tu unik tau. Macam ala-ala heritage sikit. Sebab tu aku rasa mat2 salleh suka stay sini kot.


Ok lah.. Hampa kalau nak book Lone Pine Hotel jangan lupa click dekat iklan Agoda dekat blog aku ni dekat atas nun... 😉😉😉

Address:
Lone Pine Hotel, 
97, Jalan Batu Ferringhi, 
11100 Batu Ferringhi ,
Penang

You Might Also Like

22 comments

  1. pergh bathup dia sis.. macam kolam kecil... nampak cantik ringkas minimalis i suka design macam ni tak semak kepala... lama tak pergi penang.. harap ada harapan lagi ke sana sebab kakak i tinggal kat kedah so dekat lah kan last time pergi mak aih not bad cuaca dia panaih habes

    ReplyDelete
  2. Wah! Cantik juga ya suasana hotel ni. Memang terbaik la kalau datang Penang dan menginap disini. Pastinya segala alatan juga baru kan. Sebab hotel baru la katakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel dah lama.. Cuma tersorok n org biasanya tak perasan kalau dari jalan tu. Interior pun baru refurbished

      Delete
  3. Wahhh ada hotel baru di Penang. Boleh la plan pergi honeymoon time cuti CNY nanti. Nampak gambar pun dah cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel dah lama dah.. Cuma depa refurbished balik interior

      Delete
  4. omg!! cantiknya this hotel... i love it! what's the rate for this hotel ya? mahal x?

    ReplyDelete
  5. Deko hotel ni walau simple tapi cantik, I like! Berapa rate hotel ni ye?

    ReplyDelete
  6. Wow!! Siap ada bath tub kat balcony. Unique!! Cantik jugak hotel ni ea.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya design hotel ni, suka dengan tema hotel ni, lawa dan suasana dekat hotel ni pun best. Tenang je rasa tgk 😊

    ReplyDelete
  8. Nice hotel. Mana taknya berbintang-bintang. Tapi apa hal stay hotel dekat dekat rumah ??😂

    ReplyDelete
  9. Cantiknya hoel ni. Patut lah, 5 bintang tuu. Fiwit. Bertuahnya dapat stay kat sini. Harap ada rezeki nak sampai sana jugak. Suka dengan konsep hotel macam ni. Nak release tension atau nak buat short staycation, sesuai ni kat sini

    ReplyDelete
  10. Cantik jugak hotel ni ya dan yang penting dekat dengan pantai. Tak tahu pulak ada hotel ni, selalu teringin dok kat Hard Rock je..:D. Lain kali kalau datang Penang leh lah dok kat sini pulak

    ReplyDelete
  11. Firstly tertarik pada toilet. Haha.. da macam ruang makeup je tengok. Ok la air free bawak balik sebb certain hotel letak air mineral dlm fridge lepastu kita amek kena cas rm2. Pool die cantiklaa santai habis ni.

    ReplyDelete
  12. pergh syok giler tengok..besar luas, cantik,kemas dan bersih. Cermin tu kenapa lawa sangat..ehhee..ada kolam rennag..seronok la birthday girl uii..haishh ni pun kit ayang seronok

    ReplyDelete
  13. wah suka dengan hotelnya yang menyattu dengan alam dekat pantai, ada tanah lapang luas dan kolam renang di luar ruangan

    ReplyDelete
  14. Cantik hotel dia. Besar pon besar biliknya. Decoration pon just nice. Memaang rate 5star lah gini. Puas hati kalai checkin. Makanan pon not bad. View mcm ni memang best, menarik je, dan tenang. Fasilities pon menarik dengan kolam renang siap haaa. . Dahlah boleh santai ke pantai. Best³!

    ReplyDelete
  15. Kita suka lah garden dia tu. Kalau bawak anak2 yg suka main outdoor, mmg seronok la lepas diorang kat situ. Pool dia pun nampak cantik nyaaa.

    ReplyDelete
  16. wahhhh syoknya celebrate birthday dekat lone pine! how much is it ah? i bet must be expensive! haha anyway yes their food used to be very very delicious, altho now drop a bit but still good. i would love to stay there for a short getaway too!

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  17. Uishhhh nampak mewah betul hotel Lone Pine Pinang nie. Takut kita. Tapi interior design dia mmg nampak mewah dan classy. Especially the bathroom. Wow. Ada pool yg boleh terus access pulak tu. n baguslah brg2 dlm fridge tu xkena charge. Most hotel yg sy pergi, semua benda tu kena charge. Hahahaha

    ReplyDelete
  18. Wow...the hotel really looks spacious and luxurious. Very big indeed. It must have been a really comfortable and memorable stay right? :)

    ReplyDelete
  19. I did passby Lone Pine Hotel before. it seems so pretty from the outside. looks like it is indeed a good hotel untuk the whole family. very spacious and nice hehe

    ReplyDelete
  20. wah menarik dan cantiknya hotel ni. tengok toilet pun kemain dengan ring ight dia hahahaha. serius cantik

    ReplyDelete