Grow your own mushroom at home

4:04 PM

Hola

Kali ni nak cerita sikit pasal homeschool activity kononnya dekat rumah dengan Adriana. Ala-ala sains la gitu kekdahnya. Tengok growth pokok. 

Kalau nak tau dekat kebun balkoni aku ada pokok cherry tomato. Yang saty tu memang da assigned kata kakak ni pokok cherry tomato akak tau. So akak tengok tau buah dia nanti lama-lama membesar and jadi warna oren. Tapi tu la... Tomatoes ni amik masa jugak dari berbunga.. Nak jadi buah. Dah jadi buah nak tunggu masak pun consuming a lot of times. So another way nak bagi dia enjoy adalah trying this mushroom blocks.

Memang best la mushroom ni kan. Ada block tu 2 hari dah start keluar anak-anak dah. Ada yang amik masa sikit maybe sebab masing-masing kematangan benih setiap block tu tak sama kan.

But along the growing process kita boleh tengok la kan. Sebab cepat gila. Mak pun teruja apatah lagi anak-anak kan. Ecah yang kecik tu pun dukkkk... TUUUU MAA....sambil tunjuk-tunjuk kat cendawan yang sejambak-jambak yang duk keluar tu kan.


Masa awal-awal nak keluar. Alahai comel ja korang ni ehhh. Ni start keluar masa malam tau. 

Esok pagi dah macam ni. Adriana tipa masa mai belek dekat kitchen ni.

Petang dah macam ni. Dalam masa less then 1 day ya. Dah nampak hasil macam ni. 

Malamnya dah macam ni. 

Ni hasil dua bongkah yang keluar ya. Best gila. 

Tengok mushroom girl dengan mushroom nya. 

Ni hasil dua blocks ya. Fresh wei.

Ini pulak dari block lain yang lambat sikit keluat hasilnya. Tapi yang ni sikit ja kelopak cendawannya. Ada dua ja. Tapi serius besar gila.

Nahhhh.. Besaq kannn.


Paling best bila buat aktiviti ni dengan anak-anak kat rumah. Korang boleh tengok growth dia cepat gila. Pastu macam amazing... Ehh dah macam ni. Petang ni dah macam ni. Eh esok dah boleh tuai.

And paling best mestilah sebab korang jaga. Korang boleh petik sendiri untuk makan fresh-fresh. Kadang2 yang kita beli tu dah nak benyek-benyek dah. Baru masuk chiller esok-esok tengok dah benyek. Ni last week hari jumaat aku petik, semalam buat masak lemak pun stil fresh wei. Best gila. Nanti la aku share resipi ya.

Cara penjagaan pun tak susah ya. Anak aku pun boleh buat kot. Bila dah beli tu jangan lupa bukak semua cap dia. Lepas tu, dekat atas block tu kau letak la towel lembab. And spray dekat blocks tu sehari 3x ka. Towel tu kena maintain lembab tau sebab cendawan ni untuk growth dia.. Dia memang perlukan kelembapan/ humidity yang tinggi. So jangan la letak dekat tempat-tempat yang panas and terdedah dengan cahaya matahari ya. Dia bukan nak kena buat fotosintesis pun. Klorofil pun takdak nyah. So avoid high lights exposure. 

Ada yang tanya aku... Satu block tu lepas dah tuai hasil sekali dah habis la ya? Tak ya.. Satu2 block tu kau boleh tuai hasil up to 7 or 8 times tau. Maksudnya lepas dah petik/harvest.. Korang kena bagi block korang rest dulu. Dalam 7 days macam tu. Cara nak restkan dia.. Cuma tutup ja cap dia tu. After that boleh bukak balik untuk next care.

Senang kan? So bagi yang nak tau details pasal bongkah cendawan ni and teringin nak adopt sendiri untuk buat project science dekat rumah dengan anak-anak boleh la dapatkan cepat-cepat ya.

Boleh contact

0133363775 

Untuk dapatkan bongkah cendawan korang. 


Hari ni tengah nak pikiaq.. Oyster mushroom yang petik hari tu nak masak apa ya. 🤔🤔🤔 Korang suka tak makan cendawan tiram ni? 

You Might Also Like

17 comments

  1. Menarik laaaaaaa....tp rumah akak terlalu banyak cahaya matahari dan dan lampu..kena bubuat satu tempat khas la kalau nak buat macam ni..tanam sendiri la best kan..hadil kutip sendiri tak payah sibuk nak beli..eh..nak buat jugakkkk...

    ReplyDelete
  2. Wow.... Kita pun teruja nengoknya! Bagus ni ada kan aktiviti ni untuk anak-anak. Tengok proses mushroom tu membesar pasti berikan pengalaman bermakna buat seisi keluarga!

    ReplyDelete
  3. macam best je, kalau saya yang tanam cendawan ni, confirm mati lemas. ye la rumah ramai sangat assistance. datang sorang spray, datang lagi sorang spray,

    ReplyDelete
  4. great to hv own mushroom like this.. learning how to grow mushroom is indeed fun.. nice one..

    ReplyDelete
  5. Menarik posting ni. Aktiviti yg sangat menarik, dan Mat Drat rasa nak suruh anak2 cuba juga la.

    Tq share no contact.. Boleh try lepas ni

    ReplyDelete
  6. menarik!!!
    selalu beli cendawan ni, alia. kalau la boleh buat cenggitu sendiri, sakan ler memasak nyer.
    lagipun, masak nyer buat sayur, tak la byk, kan. kalau beli, satu pek tu byk! rugi.
    wah wah wah... aida da save no tu. boleh wasap jer ekk? ke camne?
    pernah ada dulu member buat bisnes cendawan ni tau. dia anto kat kedai runcit.
    kata nyer, manja cendawan ni. susah nak jaga.
    ni aida tgk, mudah je :)
    tq for sharing!

    ReplyDelete
  7. Wahhh kita dah lama teringin nak tanam cendawan macam ni sekarang dah boleh buat kat rumah hehehe menarik lah lepas tu boleh petik dan masak segar sangat bagus-bagus hehehe ok boleh cuba...

    ReplyDelete
  8. Wow, kita yang baca ni pon teruja. Teruja sangat. Ingatkan tanam saja-saja. Sekali boleh buat masa. Ingat kecil sahaja, sekali haaa besar rupanya. Mesti seronok anak-anak irra kalau dapat ni. Nak la dapatkan juga untuk anak-anak irra belajar. Eh mak dia pon teruja juga nak tengok..ahahahaa

    ReplyDelete
  9. Bestnye boleh grow own mushroom. Saya sangat suka makan fried mushroom. Setiap hari bagi saya makan mushroom saya ok je.

    ReplyDelete
  10. ohoi akak best gila !! xyah beli dah lagi besar n fresh dari yang dijual =D

    ReplyDelete
  11. sangat bermanfaat informasinya, ingin grow mushrom di rumah selain sayuran hydroponic

    ReplyDelete
  12. Ehhh cendawan kegemaran bonda ni...tertarik plak rasa nak mencuba tanam sendiri...setiap minggu boleh makan cendawan fresh...nampak mcm mudah je nk tanam cendawan ni...boleh jgk laa nanti nk further get thr information...tq for sharing

    ReplyDelete
  13. Kalau masuk sini sure kita akan jelous bila tengok hasil tanaman yang dibuat, semua menjadi. Kali ni cendawan pulak..rajin sungguh. Kalau senang sis pun nak cuba gak lah..kalau menjadi tak yah beli kat luar dah

    ReplyDelete
  14. This is something new. I never thought that you can grow your own mushrooms... :D I guess now everything can be done right at home right?

    ReplyDelete
  15. perkongsian yg sangat menarik. saya pun teruja. baru2 ni mmg ade timbul minat menanam. terfikir2 jugak nak buat aktiviti menanam dgn anak2. hokeh lps baca entry ni terus masukkan aktiviti tanam mushroom dalam list aktiviti dgn anak2. haha. thank you!!

    ReplyDelete
  16. wahhh looks like fun to grow your own mushroom at home then can eat it! save money jugak kan! i guess i should try to grow jugak!

    ReplyDelete