Customade Hadiah Di Printcious.com

5:45 AM

Assalammualaikum semua...

Kali ni nak cerita sikit pasal customade hadiah / cenderamata dari satu kedai online yang menjadi pilihan ramai.
Selalu duk tengok orang lain buat mug muka sendiri la.. Sarung bantal muka sendiri lah.. Tshirt muka laki bini la. Arghhh stress aku pikiaq kat mana depa2 ni buat barang2 customade macam ni. Nak tanya malu...tapi last-last terbongkar jugak bila aku tau yang depa pakat duk buat dekat Printicious wei.

Argh apa lagi duk tunggu-tunggu kan. Harga pun reasonable gila kot. Biasa kalau kat kedai printing kalau kita nak customade something ikut selera kita ni.. Dia ada minimum order kot. Tapi kat Printcious ni tak ya. Suka hati korang la.. 1 mug muka korang.. 1 lagi muka laki kau ke Channing Tantum ka. Ehhh...

Untuk orang macam aku ni... Apa2 suka online kot phone ja. Biasakan kalau nak customize menda2 macam ni perlukan kesabaran yang tinggi. Nak kena guna pc/laptop lah. Last-last sampai sudah lah tak buat2 jugak.


Tengok la kemain tau dia punya discount tu. Rugi la tak grab wei.


Pilihan barang nak customade pun banyak gila kot. Antaranya mug, tshirt, coaster pad, mouse pad, canvas prints, luggage tag, baby rompers, phone covers and many more. Ah gila rambang mata kan. Tak cukup dengan tu kalau hampa nak buat utk special occasions macam wedding ka birthday ka semua boleh. Best ke bestttt?






Menarik tertarik kau memang da bomb kan.


Ok semua tertarik menarik kau memang da bomb kan... So ada yang berkenan di hati ke idok nye?


Aku dah berkenan nak buat canvas printing dengan luggage tag dah ni. Serius nak buat pun senang ja. Tak payah nak susah2 on pc ka laptop ka untuk buat ni. Bagi orang yang on the go macam aku ni.. Yang jenis blogging pun on the go and tak guna laptop bagai ni... Serius cakap aku suka kalau yang jenis boleh edit-edit guna fon ja. Pendek kata yang phone friendly gitu la kan.
Meh la aku tunjuk hampa step-step dia yang senang gila and phone friendly gitu.


Mula-mula macam arahan kat atas hampa pi select product dulu nak buat apa. Lepas tu upload design.. Lepas tu place order.


Senang and simple ja arahan dia kan.
Ok macam aku kata tadi. Aku nak buat canvas print dengan luggage tag. Bagi aku arahan-arahan dia adalah mudah dan senang. Nak edit semua pun senang jugak.



Dah lepas pilih product, boleh pilih size mana nak then tekan ja start designing. Lepad tu dekat situ.. Boleh edit untuk letak text dan add image. Yes and background pun boleh warna mana yang kita nak.



Simple ja kan arahan dia.



Lepas da habis edit macam yang kita nak jangan lupa "Add to Cart"
Dah siap untuk part edit ikut apa kita nak. Ok untuk luggage tag pulak. Jom tengok macam mana aku buat.



Sama jugak macam tadinya, boleh add text and image. Lepad tu boleh edit warna background kita nak warna apa. Untuk luggage tag ni aku pilih warna hijau.



Sama ja step dia tadi haaa.



Da siap. Jangan lupa "Add to Cart" gitohhh. Lepas tu jangan la lupa "Checkout"



Ni basic la beli online kan. Kena letak address untuk shipping semua tu. Lepas tu jangan lupa tekan  "Next". Tengok order summary kat bwah tu.. Banyak gila discount kan.



Lepas dari yang tekan "Next" tadi tu.. Korang akan sampai dekat part "Payment Method"  ni.

Kat sini pilihlah nak buat online banking ka or using ATM. Macam aku memang online banking la. Tak kuasa la heiii nak pi ke ATM machine. Bercinta tau ngakkk. Lepas tu tekan "Next". Dekat sini, akan keluar Review Order hampa tadi. So jangan la lupa untuk click "Confirm Order".


Lepas tu... Korang bayar la ikut bank mana yang korang ada duit. Haa gituuuu ja. Senang ke idok?
Hampa-hampa yang nak cari hadiah untuk yang tersayang jangan lupa cepat-cepat terjah Printicious tau.

Website :


Facebook :


Instagram:


So agak2 lepas ni dah dapat idea la kot kan nak bagi apa kat yang tersayang ye dok? 





You Might Also Like

11 comments

  1. Memang best printlicious ni! Kite pun dah order dgn design sendiri. Baru puas hati dan rasa special kan. Tak sabar nk bg kt someone. hehehe

    ReplyDelete
  2. Mudah sekarang bila boleh custom made hadiah ikut selera dan citarasa kita. Lagi best boleh buat secara online tak perlu keluar rumah..liez pun suka custom made hadiah macam ni.. puas hati

    ReplyDelete
  3. Min pun suka custom made ape yg min minat dekat Printcious.com ni.. Cantik-cantik sangat

    ReplyDelete
  4. artikel yang yang menarik, nanti bolehlah tempah hadiah anniversary dekat website dia.

    ReplyDelete
  5. bagus la ada printcious.com.. semua boleh buat online je. dah siap terus boleh post. tak payah risau pening nak beli hadiah apa. hadiah macam ni lagi special.. nak try jugak la buat satu

    ReplyDelete
  6. This is so cool. After this i don't have to stress myself worry about what to gift everyone. Can easily make personalized gift with this one.

    ReplyDelete
  7. cantiknye lugagge tag ni ek, senang nak cam dari jauh yang itu beg kita. Harga pun tak delah mahal di website ni. tak yah nak kuar ke CM secara online pun boleh buat kan

    ReplyDelete
  8. Platform paling senang kalau dah takde idea nak bagi hadiah kat kawan atau orang tersayang kan..akak pernah guna sekali..dan macam best jer..nak tempah lagi la kat sini...

    ReplyDelete
  9. Dah pernah order juga barangan kat sini. Saya order kusyen dan kata2 motivasi dari jubin. Menarik hadiahnya. Banyak pula pilihan.

    ReplyDelete
  10. kita hujung bulan haritu pun baru je order hadiah besday untuk anak bujang kita kat printcious ni. Takdan jugak nak on laptop. Buat pakai fon je. Hehe

    ReplyDelete
  11. Boleh la nak gunakan khidmat Printcious nie untuk buat doorgift acara pejabat mahupun birthday kan. Senang dan memudahkan - takyah pikir panjang ye tak.

    ReplyDelete