Baja Yakult for my balcony garden

Hai.. Lama tak update pasal balcont garden #urbangardenalia kan. Disebabkan masa bukan Dec lepas aku tak berapa lekat dekat rumah.. Maka banyak la pokok2 yang mati. Ada yg survive tapi keadaan tu macam sakit2 ja. Tuan dia tengok pun sedih k.

Kalau kt Penang sepanjang bulan Dec tu panas terik ok. Actually start dari ujung bulan October pun macam tu dah. Kalau hujan pun kejap ja. Lepas tu bahang lagi la kan sebab tak sempat nak sejuk betul pun kan. So panas terik tu berlanjutan la sampai ke bulan ni. Panas wei. Sidai baju sat ja kering. Selamat duit takyah on dryer. 

So disebabkan banyak pokok2 yang macam kurang nutrisi dek sebab dah pernah kena hadap panas yang berterusan so kali ni aku tertengok la diorang kecoh2 dekat group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri dekat Fb tu pasal baja yakult ni. Banyak feedback positive la kiranya kan. So aku pun apa lagi.. Try la kan. Mana tau menjadi ka kan.

Bahan-bahan pun mudah gila kot. Cuma yakult dengan telur 2 biji ja. Haaa mudah kan. 

Cara-cara pun senang je kot. Yakult tu ko campur dengan telur 2 biji tu. Goncang-goncang bagi sebati then peramkan selama 4 hari. Masa peram tu jangan la tutup botol tu rapat2 sangat. Kang tak pasal2 meletup nanti kang... 

Jeng2

Bahanw utamanya. 

Ni belum goncang lagi ya. 

Lepas dah goncang macam ni ya. Lepas tu peram la 4 hari. Lepas 4 hari tu boleh guna ya. Jangan tutup cap dia rapat tau. Takut nanti explode plak maklumlah tindakbalas microbe yg bebaskan oxygen. Anaerobic microbe gituuuu. 

Cara pengunaan dia :

1. Guna setengah penutup botol baja yakult dan campurkan filtered water sebanyak 200ml ke dalam botol spray. 

2. Spray pada daun dan batang pokok. 

3. Boleh jugak guna utk siram.  Dilution rate 1:100...contoh 10ml baja yakult dilute dalam 1L air. 


*** make sure guna air yg difilter ya. Sebab taknak ada clorin yg boleh bunuh microbe yang nak bertindakbalas sebagai baja dekat pokok nanti. Kalau tak useless la baja korang. 

Jom tengok hasil-hasilnya ya

My cherry tomato makin galak membesar. 

Ni another pokok cherry tomato ya. 

Galak keluar bunga and buah baru. 

Ni pulak pokok kacang panjang renek ya. 

Kacang renek galak keluar pucuk baru.

Another soon to be bunga ya. 

Terus galak nak berbunga ok. Kalau tak sendu2 ja. 

Ni pulak variegated cuban oregano. Pun makin galak keluar pucuk2 baru. 


Yang lain-lain nanti aku akan update from time to time ok. Ada banyak pokok yang nak kena pulihkan lagi. Hopefully makin sihat-sihat la dengan baja Yakult ni kan. 


19 Comments

  1. kita ada pokok seketul je kat rumah..sllu siram ngan air beras jer..so yang ni macam nak try jugak..seronok tengok tanaman alia semua menjadi dan segar2 pulak

    ReplyDelete
  2. Akak kan teringin nak tanam pokok2 yang bleh guna dalam masakan dalam pasu je..dah tanam cili api, kunyit hidup, daun pandan, cadang nak la tanam yang lain- lain..tapi tu la..tempat plak takde..nanti nak tanam rosemary ngan bok choy plak la...

    ReplyDelete
  3. Selalu je berangan nak tanam pokok cili la, daun kari la, daun pandan la. tapi last-last tinggal angan-angan je. bab siram menyiram tu yang selalu payah nak buat & lupa.

    ReplyDelete
  4. yakult can be use as fertilizer.. this is super interesting.. gonna try it out.. hahahaha

    ReplyDelete
  5. Whoa! bagus nye you pandai buat ni. Tak Tau pula Yakult boleh berguna camni. Memang menjadi la...pokok pokok tu subur betul. Nanti nak try kat pokok I pulak la.

    ReplyDelete
  6. Kiranya berkesan la kan baja Yakult ni. Kalau guna Vitagen boleh tak? hehe ni kalau aku buat, anak-anak tahu mesti mengamuk diorg bg minum pokok guna yakult haha

    ReplyDelete
  7. Tengok kak lia best je menanam
    tapi kalau bab nak menjaga terus amnirasa surrender hahaha
    xdang oi nak menjaga bagai tapi dalam hati teringin ada own plant hahaha

    ReplyDelete
  8. Tak tau Yakult boleh jadi baja.. Bolehlah cuba nanti nampak senang nak buat! Nampak pokok-pokok yang kena baja tu segar jer tuuu

    ReplyDelete
  9. Uish, memang ketara betul nampak daun tu makin sihat hahah. Tapi kan, lepas 4 hari bau baja tu camne eh Alia? Sebab telur kan macam hanyir-hanyir sikit. Tak melampau sangat lagi eh bau dia?

    ReplyDelete
  10. wah baru tahu teknik ni. Ingtkan air yakult sesuai untuk minum je. Tpi mmg kembang abis pokok tu. Tips bagus ni. Boleh try nnti. hehehe

    ReplyDelete
  11. Seriuslah kak baja yakult boleh? Baru tau pasal ni.. Nice tips la..thanks kak.. Kita pon ada pkok2 cmni kt luar. Boleh la try.. Kot2 menjadi..

    ReplyDelete
  12. Wah menarik ni. Bolehlah mencuba cara berkebun moden. Seronok tgk org berbudi dgn tanah semuanya menjadi :-)

    ReplyDelete
  13. wow thanks for the tips! i never know ni yakult pun boleh jadi baja! you are so talented in gardening, boleh la buka one kedai selling bunga. haha

    ReplyDelete
  14. suka tengokkebun kecil alia ni..walaupun dekat balcony tapi baguskan buat macam ni.. nikita tgh usaha gak nak tanam something..baru je belajar tanam daun pandan dan daun kunyit. nntleh lanak pakai baja ni utk pokok yang lain..

    ReplyDelete
  15. Wahh inilah rahsia tanaman alia subur2 ekk, baru sis tahu teknik ni. Kalau mcm ni bolehlah sis cuba bercucuk tanam pulak..kalau layu cuba teknik alia ni, tq alia bagi tips ni

    ReplyDelete
  16. wah.. baja Yakult? 1st time dengar ni.. boleh la gitau abah kat kg.. abah suka tanam2 pokok ni.. rajinnya Alia tanam2 ni yea.. menjadi lak tu.. terasa feel nak bercucuk tanam mai la pulak.. kih3

    ReplyDelete
  17. Kire memang menjadi betul la baja yakult dengan telur ni ye. saya pun join jugak group tu. ade yang post dieorang buat tapi tak menjadi kan

    ReplyDelete
  18. Baja yakult ? biar betul ! first time dengar selalunya minuman yakult hehe. Btw, nampak perbezaan pokok tu, terus sihat :)

    ReplyDelete

Post a Comment