Resipi Ayam Goreng Korea Mudah

1:37 AM

Sapa sini penggemar cerita Korea? Mesti selalu tengok depa punya la suka makan depa punya ayam goreng tu kan. Adudu. Nampak sedap gils kot kan. Kalau dekat Malaysia ni biasanya banyak jugak kedai makanan korea yang buat ayam goreng korea yang ala2 macam ayam goreng bersira ni kan. Tapi of course la mahal jugak harga dia.

So sebagai seorang yang teringin sangat nak makan...time tu kat umah pulak kan...ehh xkuasaaa la den nak pi ke kedai korea semata-mata nak makan ayam goreng ni kan.

So apa lagi bikin sendiri ja lah kan. Ayam goreng yang tesco ready to fry da ada. So moh la kita try buek sendiri yo. Hahhahaha


Bahan-bahan:

Ayam goreng Tesco bahagian drummets & wings (ready to fry) ...kalau korang takda korang kena la prepare dulu bahan untuk bancuhan tepung goreng ayam tu. Aku da skipped part ni ya.

1 sudu Paste gohjujang (halal one..beli dekat Shopee ja)

1 sudu Cili sos

1 sudu Tomato sos

1 sudu Kicap

1 sudu madu

1 sudu minyak bijan

1 sudu gula merah

1 sudu tepung jagung..jangan lupa bancuh siap-siap.

1 sudu bijan

Daun bawang yang dah dipotong.


Cara-caranya:


1. Goreng ayam sampai masak dan ketepikan. Jangan lupa toss minyak dekat ayam tu.

2. Dalam periuk dalam masukkan sedikit air dan campur semua bahan-bahan tadi. Renih kesemua tadi dan lastly masukkan bancuhan tepung jagung.

3. Masukkan ayam goreng kedalam sos/ paste yang dah disediakan tadi. Pastikan semua bahagian ayam bersalut.

4. Hidangkan di pinggan. Jangan lupa taburkan bijan dan daun bawang. Tapi rumah aku dah habis bijan so aku tabur ja lah daun bawang. 

Ready to eat. Senang ja kan! Bukan susah mana pun. Ni kalau makan dekat kedai korea ni siap la duit ko. Hahahhaha. Nanti nak try buat another version plak kan. 

Sedap jugak for first timer ni buat kan. Eh terpuji diri sendiri pulak dah. Kalau ada bijan bukan najib ya mesti lagi sedap gils kot. Naik rasa dia! Resioi

You Might Also Like

20 comments

  1. Pernah makan..masa makan tu menung jap sebab kawan amik yg version pedas..tapi sedap..merah2 muka akak makan..peluh muka..hahahha..tapi bila dh ada resepi better buat sendiri la kan..baru puas makan..makan kat restaurant Korea..siapkan duitje la..

    ReplyDelete
  2. oh jual kat shopee ke gochujang ni ek, haruslah kena pi cari ni.. nak beli kat jusco tuh takut plak lah kan

    ReplyDelete
  3. wahhhh... terus copy down the resipi... nanti bolehlah masak for dinner!!!

    ReplyDelete
  4. Ya Allah sedapnyaaa! Dah la kita memang kempunan ayam ni. Cuma takde kawan nak ajak pi merasa ayam korea waktu-waktu sekarang. Not bad lah untuk first try, nampak menjadi ayam tu. Hebat hebat.

    ReplyDelete
  5. looks tempting.. such a great recipe.. time to go back and cook it.. yummy.. delicious!

    ReplyDelete
  6. Buat sendiri boleh makan banyak. Makan kat kedai, 8 ketul berbelas2 puluh ringgit. Nangis bucu meja nak kira duit kat kaunter. Kah ! Merah dia tu nampak menyelerakan betul lah alia ^_^

    LEARN YOUR ACTUAL ELIGIBILITY TO APPLYING FOR A HOME LOAN

    ReplyDelete
  7. Saya pun pernah jugak buat ayam goreng korea tapi jenis yang lain. Bukan macam ni. And and saya pakai ayam mentah, kene goreng 2 kali. Sekali goreng masak. Sekali lagi goreng nak bagi dia crunchy.

    ReplyDelete
  8. Wehhh!!! rajin and pandai awak buat sendiri. Saya mau order je. Sebab takut satgi buat sendiri tak jadi. Tak percaya diri sendiri hahaha...But buat sendiri cam awak boleh makan lebih.

    ReplyDelete
  9. Merah menyalanya ayam Korea tu hehehe mamang nampak pedas dan menyelerakan bestlah nanti kita akan cuba resepi ni kita memang suka juga memasak ini hehehe ok thank you share....

    ReplyDelete
  10. Senang rupanya nak buat cuma nak kena cari sos apa ke nama tu hihi. Boleh cuba nanti ni. Nak beli confirm mahal, sikit pulak tu. Baik buat sendiri lagi puas makan. Kan kak alia hihi

    ReplyDelete
  11. ni kalau Alia bukak order, rasanya boleh pergi jauh ni..tp kena try dululah dianyer rasa macam mana..bila nak ajak2 rakan-rakan blogger review menu ni? :-p

    ReplyDelete
  12. Wowww nampak macam pedas menyengat tu. Emi selama ni duk makan kat kedai je. Tak pernah masak sendiri ayam goreng korea ni

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap lah. Nak buat pun mudah sangat. nak pergi beli bahan lah, dan try buat sendiri kat rumah. makan sampai puas tak perlu nak keluarkan duit yang banyak utk makan ayam goreng korea

    ReplyDelete
  14. ok, yang ni nampak senang penyediaannnya tapi itulah, selalunya bila betul-betul buat 'hmmm tak semudah membaca tulisan orang' .haha

    ReplyDelete
  15. Ya Allah thank you Alia for the recipe. nampak mudah gila resepi ayam korea ni... tapi kat kedai makan korea memang MAHAL habis depa jual... tu rasa nak figure out tapi bak kata precious cla tu resepi memang mudah tapi betulkah boleh jadi tak ni.. takut terover pula takut cair je bahan tu semua :(

    ReplyDelete
  16. Aduhaiii sedap nya kalau dapat makan ayam goreng korea ni. Memang heaven sangat. Nnti nk try jugak

    ReplyDelete
  17. pergh nampak merah semerahnya..nampak pedas ni..hehee.sebenarnya senang je nak buat kan ayam korea ni, cuma rain tak rajin je dan ikut resepi jadila dia. puas hati buat sendiri

    ReplyDelete
  18. Yes easy. Kalau i punnak skipped part menepung tawar tu. Then annti nak cari lah paste yang berkenaan. Tak pernah pula terniat nak buat menu Korea sendiri. Nampak mudah je. Btw, pedas tak paste tu? Merah menyala je nengok? Hehe

    ReplyDelete
  19. Wah..menarik sangat ni. Rajinnya dia masak. Leh la kak min try resipi ni sebab memang suka pun

    ReplyDelete
  20. Simple je ha kalau rajin mencuba ye hehe. Tengok pun dah terliur..huu

    ReplyDelete