Travelog Perth ( Western Australia) : Our home in Busselton

11:36 AM

Wah our home in Busselton gituuu haaa. Kau hado? Ok lah hari tu ada cerita pasal third day dekat Western Australia tu kan, so kali ni nak cerita pulak pasal rumah yang kami stay ni. Untuk pengetahuan korang rumah ni aku book thru Agoda.com . At first nak stay dekat hotel / resort tapi macam mahal sangat pulaknya. Tu belum kira lagi kalau terlebih kepala orang dalam satu bilik akan charge lain pulak.

Tup tup masa duk search pasal tempat nak stay tu nampak la rumah ni...cantiknya dalam hati ! Arghhh tak kira nak duduk sini jugak! Hahahaha
Kalau kira total kami nak amik bilik hotel pun silap-silap time tu lagi mahal dari harga kami dapat untuk rumah ni. Memang buat kira-kira balik macam untung lagi stay dekat rumah ni sebab dapat la buat bbq apa bagai kan. Masa dekat Perth kami duk kat hotel ja sebab kebanyakkan homestay yang kami nak sewa harga dia agak tak masuk akal.

So berbalik kepada cerita jeng jeng jeng sebelum ni pasal rumah or villa yang kami stay dekat Busselton ni...masa nak tempah rumah ni dekat Agoda pun dah tergoda gila dah tengok rumah ni. Walawehhhh macam cantik ja rumah ni. Bila dapat rate lawa terus la booked rumah ni.

Dalam masa yang sama time booked tempat ni ada jugak usha satu lagi villa. Tapi villa tu mahal skit tapi still berbaloi and reasonable la compared to harga rumah-rumah kalau nak sewa dekat Perth ada tu sati rumah boleh 5 ja lah. Pastu kena amik 2 rumah la. Ehhh pulakkk. Malas layan. Sebab tu duk ja lah hotel masa kat Perth. Hotel tu pun best apa. Dekat ja Scarborough Beach..boleh tengok Indian Ocean gitu haaa.

So mari lah kira ber jeng jeng jeng dengan rumah yang kami semua jatuh hati gila walawehhhh asyik termimpi-mimpi nak rumah macam tu aja.


From entrance. Walawehhhhhhhh!


Akan jumpa dulu master bedroom dekat kiri area entrance ni. 


Lepas ja sikit akan jumpa dengan bilik dobi. Lengkap selengkapnya lah orang kata kan.
Kat tepi bilik dobi tu boleh la keluar sebab ada pintu ke luar in case kot-kot la nak jemur baju time summer ka. Kami pi time autumn so guna ja lah dryer tu haa.


Bertentang dengan bilik dobi tadi tu ada pintu ke garaj tau. Tapi biasa la Malaysian mana reti parking kereta dalam garaj kan. Gambar garaj pun lupa nak amik. Hahahha. Tepi ja pintu garaj tu terletak nya theather room. Haa kat sini la budak-budak kecik kena halau tengok muvie. Orang-orang tua sebuk duk membawang dekat living hall.


Ni lah living hall nya. Bersambung dengan tempat makan and kitchen. Ahh so lovely. Sebijik la macam dreamhouse aku kot. Dreamhouse aku memang taknak rumah tingkat-tingkat nak setingkat ja! 


Dapur yang attached dengan living hall. Dekat sebelah dia ada small room macam pantry. Everything is build in


Masuk ke dalam lagi dari living hall and kitchen tu akan jumpa lagi another 3 rooms. Setiap rooms tu ada walk in wardrobe gitu. Suka sangat. Ala yang macam kalau tengok cerita orang putih tu nanti mesti setiap bilik ada bilik kecik untuk letak baju and barang-barang macam beg ka dalam tu. 


Ni toilet untuk 3 bilik dekat belakang tu. Siap ada bath tub lagi. Suka la budak2 ni mandi kan. Habis basah bilik air..dasar Malaysian betul bilik air kena kecah-kecah. Hahahha




Ni dekat backyard ok. Bestnya lahaiiii. 


Ni pulak kat depan rumah. Ada pokok epal, kecik renek ja pokok dia tapi berbuah ok. Sampai kena makan dengan burung la cerita dia.



Ni kawasan kejiranan rumah yang kami duduk tu. Peaceful kan.



Bergambar kenang-kenangan dengan rumah impian kami laki bini. Sampai sekarang pun asyik duk bersembang and melakar angan-angan nak dream house macam ni. Setingkat ja but everything is reachable gitu.


Bergambar kenangan dengan ahli jemaah last day masa kami kat sini.

Memang jeng jeng jeng betul rumah ni sebab seba serbi lengkap. Tuan rumah sediakan towel pun banyak. Siap dengan towel spare. Bedsheet spare kat dalam cabinet dekat bilik dobi tu. Everything is perfect cuma jangan duk ingat tuan rumah sediakan beraih na. Beras beli sendiri la dekat Coles. Hahahhaha

Ok la. Nanti kita bersambung lagi dekat entry lain pulak naaa.

Chow sin chi.










You Might Also Like

18 comments

  1. berapa harga per night sis? and bole accommodate berapa org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga per nite dalam rm1200..boleh masuk 10 org dia tulis hari tu...tpi kalau ikut boleh more than that..dalam extra 2 3 orang tu boleh lagi tdor dekat living hall dengan theather room tu..

      Delete
  2. Seronoknya berjalan ke tempat orang. Lagi2 kalau tempat penginapannya selesa dan berbaloi dengan harga. Teringin betul nak travel macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak still xleh move on dari Western Australia ni..da 2x pi pun rasa nak pi duk sana terus sebab suka sangat..peacful ja tak hectic mcm kt other cities...rasa lifestyle pun teratur ja

      Delete
  3. Seriously! Cantik gila la rumah ini. Memang lengkap dan Rawlins nyer dream house pun ala gini - single storey dan luas serta airy. Cantik kot. And memang berbaloi la dari duduk kat hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....gimme 5...i suka rumah single storey ja...dream house mmg mcm ni..xnak dua 3 tingkat..tak larat tua2 nnati nk pnjat..dis one is sooo niceee

      Delete
  4. suka tengok design rumah ni cantik dan selesa harap airah pun ada rezeki la nak travel sini

    ReplyDelete
  5. I really love your Perth sharing, this place is beautiful and hopefully I will get to see it myself someday!

    ReplyDelete
  6. (alamak! aida da komen td, tapi loss plak komen tu, ni komen sekali lagi. kiranya appear redundant.)

    aida teringin nak kan backyard cenggitu.
    tapi bukan at the back of my house la :)
    tepi. nice. sgt suka tgk umah omputeh sebegini.
    tea time kat luar umah. ada small garden :)
    bersih ekk luar rumah tu. ada epal siap hi hi hihi...

    ReplyDelete
  7. Cantiklah sis rumah yang sis sewa kat Perth ni. Tau x lepas tengok sis ke sana lia dah pasang hasrat nak jalan2 perth juga. Insyaallah next year!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay lia...akak ni tak.puas2..tmdah pi 2x pun still rasa belonging nak pi lagi ke perth...
      Rasa kena sangat dengan jiwa sebab perth ni very peaceful unlike other major cities yang hectic...fall in love habis

      Delete
  8. cantiknya rumah ni. nampak kemas dan besar..teringin nak ada rumah macam ni...terutama living room tu...mmng kemas

    ReplyDelete
  9. Cantik dan serba lengkap ya rumah di situ.. kira cam homestay la kan?? Tapi mmg cantik la.. cam besar n boleh muat 8-9 org je nie kan?? Perghh.. mmg meriah kalu pegi dgn family reramai nie

    ReplyDelete
  10. Waaa.. Bestnya. Teringin jugak nak rumah macam tu. Dari luar nmpk mcm kecik je. Tapi masuk dalam, wow sangat. Meriah segalanya lengkap!🤗

    ReplyDelete
  11. not bad la rumah dia akak.nampak nice ala2 kat malaysia juga,so xdelah rindu malaysia kan bila p pbersea hehehe

    ReplyDelete
  12. saya pun suka rumah gini =) sambil enjoy masa dengan keluarga tersayang, sambil feel in itu rumah impian..biar merasai betapa realnya impian itu...nanti suatu hari ni pasti tercapai

    ReplyDelete
  13. Kalu pergi reramai memang berbaloi ambik homestay. Boleh muat ramai. Kalau hotel dia kira per pax, mahal la sikit.. btw, lawa rumah tu. Nampak sangat luas dan selesa. Saya pun tengah plan nk ke perth next year. Baca entri kat sini kutip ilmu, hehehe

    ReplyDelete
  14. Cantiknya rumah tu. Memang ada style. Memang best gi berjalan tempat orang kan, boleh merasa suasana kat sana.

    ReplyDelete