Tips Simpan Sayur Untuk Kekal Segar

6:04 PM

Haaa...hari ni nak bagi tips ja untuk korang-korang yang suka memasak ni. Mesti akan beli sayur kan. So korang simpan sayur2 korang macam mana ye?

Ok kalau aku...untuk sayur ni aku akan bahagi dalam banyak kategori. Contoh yang macam serai, lengkus dan halia dalam satu kategori. Cili,carrot and kacang dalam satu kategori. Sayur berdaun satu kategori gitew. Wah siap ada kategori nyahhhh. Hahahhaha

Ok lah untuk serai and the gang aku biasanya akan letak diorang ni dalam satu bekas berisi filteres water. After a few days aku akan change air tu. Untuk petai pun boleh buat macam ni ya. Segar bugar la petai hampa nanti.

Untuk yang cili and the gang aku akan letak dalam bekas tupperware, lapik tissue and then letak few cloves of garlic untuk kekalkan kesegaran dia.

Haaa selalu untuk leafy vegie atau sayuran berdaun ni leceh skit kan. Aku tak ingat dah aku dapat tips ni dari mana tapi diorang guna plastik silver yang letak susu,coco crunch tu. Yes, aku kumpul plastic tu untuk simpan sayur berdaun aku. 

Haa nin dia aku letak dalam plastik silver tu. Ni masa beli barang-barang dekat Jusco 22nd Sept hari tu.


Tengok daun ketumbar yang aku sumbat dalam plastik silver ni. After 10 days still macam baru beli dekat Jusco. Kagum tak?

Suka betul aku dapat tricks yang guna plastik silver ni. Aku tak tau la panggil plastik silver ni apa ( walhal dulu ada ja belajar subject packaging dalam election subject...hahahhaa..melayu mudah lupa betul)


So korang selalunya simpan sayur-sayur korang macam mana ya? Jom share tips korang plak. Mana tau boleh buat penambah baikkan pulak kan. 

Jadi mak-mak macam ni la kena tau tips nak bagi sayur tahan lama lah..itu la ini lah. Ye lah kalau tak beli banyak pastu kena buang ja...tak ke rugi namanya. Jadi isteri and mak orang ni otak kena ligat pikir macam-macam. Tak gitewww???




You Might Also Like

20 comments

  1. hahah I tak de la i beli sayur i habiskan secepat mungkin...
    orang cakap makin lama simpan dalam peti makin cepat peningkatan hitasme ke ape huhuh..
    orang yang ada eczema tak digalakkan katanya gatal badan nanti...
    apapun good tips..

    ReplyDelete
  2. thanks for the tips.. really need it for food and fruits and vege in my house to stay fresh... this is such a great tips u r sharing.. thank u..

    ReplyDelete
  3. Wow kita tak rajin lah nak letak-letak dalam bekas ni kalau ada peti ais selagi ada ruang kita sumbat jer hehehe. Suri rumah ni memang rajin lah mengemas tak boleh tengok bersepah tambah-tambah dalam peti ais sejuk mata memandang kalau nak memasak pun jadi happy...

    ReplyDelete
  4. Akak biasanya bungkus dengan suratkhabar dan masukkan dalam peti ais..kalau sayur macam kekacang tu akak letak dalam tipuware..kat rumah jarang simpan sayur..biasa beli terus masak je..

    ReplyDelete
  5. HAHAH..ini scope of work aku bila di dapur..biasanya aku sumbat je sumer dlm satu compartment..haha..plastic silver tu yg pek coco crunch tu ke?

    ReplyDelete
  6. waaaahhh serious membantu weeyhh..!! thanks share tips berguna giler macam ni...

    ReplyDelete
  7. wahh..bagusnya tips ni. Baru tau hahaha..tp kte hari tu beli asparagus dr CH, aparagus tu dibalut dengan surat khabar dan basah. Kte letak dlm peti, lepas seminggu pun asparagus tu still segar macm baru dibeli

    ReplyDelete
  8. rupa rupanya nak simpan sayur supaya tahan lebih lama pun ada tekniknya kan. Bagus tu. Sayur kadang kadang lupa simpan dalam peti ais cepat je rosak

    ReplyDelete
  9. Bagus tips ni sbb sayur selalu sng rosak. Lepas ni beli sayur bnyk2 stok sebulan. hehehe. Thanks sharing this ye

    ReplyDelete
  10. Biasa beli sayur ngam2 untuk masak means tak untuk simpan lama heee , tapi if terbeli lebih main simpan gitu haha boleh cuba cara ni pulak

    ReplyDelete
  11. Tips yg kat atas ni mmg selalu buat..tapi yg guna plastik silver tu tak pernah cuba. Nanti nak cuba gak lah..thanks ya kongsi tips ni

    ReplyDelete
  12. Bagus tips ni. Emi boleh praktikkan kat rumah. Almaklum bukan hari2 masak, kadang2 tu tengok dah layu sangat bila sampai masa nk masak. Nanti emi cuba ikut cara ni.

    ReplyDelete
  13. menarik tips ni. bolehlah cuba nanti. biasanya beli lepas tu terus guna habis je. buat macam ni peti sejuk pun kemas, tak bersepah.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. canggihnya simpan sayur hijau dalam plastik koko kuranj tu kan. Nampak segar dan hijau lagi. lepas ni tak nak buang lah. banyak guna tu

    ReplyDelete
  15. owhhhh baru tahu. terima kasih di atas tips yang sangat ebrguna nie. lepasnie tak adalah sayur tu layu lepas beberapa hari kan. kadang sedih tengok sayur tu bila nak masak. terkulai layu semuanya. hahahaa

    ReplyDelete
  16. Bagus semua tips ni. sebab sayur akan tahan lama untuk orang yang kaki masak. Sayang beli then cepat rosak.

    ReplyDelete
  17. Wah baguanya tips ni kak.. Thanks share.. Kita selalu asingkn ltk kt belah bawah tu je.. Hahaha... Lps ni nk buat cmnila... Biar segar2 sayur dlm peti ais ni..

    ReplyDelete
  18. Banyak tengok tips simpan sayur ni..tapi kadang tak ikut sangat..hahaa..hari2 masak dah cepat habis..hehee..ni boleh digunakan, untuk sayur macam ni..bagus2

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas perkongsian tips nie.. AM baru tahu.. untuk sayur tahan lama, gunakan plastik silver.. selalunya kalu AM beli sayur, AM mesti nak cepat2 abiskan takut rosak.. boleh cuba tips ini..

    ReplyDelete
  20. Kalau cmni bleh la beli sayur dlm kuantiti byk jimat sikit. Sebelum ni beli sikit sebab risau rosak dlm peti. Bgs tips ni sy akan gunakannya

    ReplyDelete