Shopping Barang Rumah Di Tesco Online

4:46 AM

Hahahhaha...tajukkkkkk....

Orang lain dah berzaman shopping barang rumah dengan tesco online kau baru nak terjebak...hahahah actually baru discover kawasan rumah aku dicover..sebelum ni duk search tak jumpa pun. Sekali last week duk godek-godek eh jumpa pulak..sekali mana ntah dia letak kawasan rumah aku ni. Tapi takpa..janji sampai and tak sesat jalan kan. 

Aku ni kan da makin tua ni makin menyampah jugak nak pi beli barang-barang rumah ni. Lagi pulak kalau nak beli barang-barang rumah macam grocerries..bahan mentah semua tu. Dengan dua orang ni rasa penatnya lahai. Penat nak angkut masuk dalam troli..penat nak pilih barang..penat nak bercakap..penat nak jadi pengadil perlawanan tarik rambut. Duhhh nampak bertapa penatnya utnuk sebuah perjalanan membeli barang rumah di situ...

Kalau pi sorang-sorang dengan aman takpa aku suka ja kalau nak berpenat skit pilih barang..penat skit angkut barang. Kenapa tak pi beli barang dengan laki aku sekali? Laki aku kan bz mngalahkan bakal PM ke 9 gitu haaa. Karang kalau ajak dia shopping barang rumah weekday ja lah aku suka pun. Pastu kalau shopping weekdays  i best la skit. Tapi sementara laki aku nak sampai rumah toktet toktet dah pukul 7.30malam. Pastu nak makan lagi ..pastu nak beli barang lagi..aduii kalut lagi. Tapi  weekend nehi nehi heii. Tak kuasa mak nak bersesak2 dalam tu. Lagipun weekend aku prefer pi jalan-jalan or leisure kat mall or jjcm ja. Nak beli barang memang nehiii la.

Nak pulak aku tengok delivery charges untuk Tesco Online pun kira affirdable sangat. Paling mahal RM5..paling murah RM3. Ok sangat2 kot. Harga tu ikut slot. Aku amik yang pkul 3-5pm tu harga delivery baru RM3 kot. Kalau pi beli sendiri pun minyak kereta ja dah berapa..belum lagi kena paw teloq cekelat dekat kaunter tu. Stresssss gitu ja.

Paling mudah..donlod la app tesco online ni haaa.

Yang ni tekan-tekan dalam cart apa yang hang perlu ja. Kalau over budget boleh delete from cart. Pastu pilih slot.pastu submit order pastu abam tesco mai hantaq depan pintu rumah. Lepas tu swipe ja kad dekat depan pintu rumah. Ahhh best gila. Tak payah nak peluh2 keti angkat2 barang dari kereta naik lift bagai. Nikmat mana yang kau dustakan ya dak? 

Bahagia dohhh orang hantar kan semua-semua ni depan pintu kita. Tiada dalam gambar roti canai frozen.

Ada orang tanya ok ke? Ada orang kata masa duk purchase tu harga lain..bila sampai mahal skit. Biasa lah tu bagi aku, sebab kadang-kadang ada item yang tak dak tu dia substitute dengan barang lain..barang lain tu mungkin mahal skit dari barang yang ko nak tu. Kalau taknak reject ja cakap taknak. Pastu satu lagi barang-barang mentah macam sayur, ikan, ayam semua tu..price dia per weight..so memang logic la kadang2 price tu a bit dif kan. Dia bagi estimation..ko click contohnya nak beli dada ayam 500g...mungking masa dia timbang tu 525g..so dah lari 25g...kat situ dia kena la chrge ko lebih. Takkan dia nak pi potong pulak 25g khas untuk ko. Hahahaha

Ok ada yang tanya ok ke? Ikan fresh ke ayam fresh ke? So far yang kat Penang ni semua yang aku pi ikan dia ayam dia sayur dia bagi aku memang ok ja lah. So fresh ke tak ni agak subjektif dan mengikut tempat kot. Tempat yang hantar dekat aku ni so far ok ja. Aku beli salmon 4 keping pun elok ja. Pastu harga pun stil cpnsoder murah untuk salmon block hang besaq kan. RM40.20 untuk 4 keping. 

Bahagia tengok salmon ni sebab fresh dan helok ok.

Pastu lagi satu untuk delivery macam ni jangan la mimpi nak beli ayam sekor-sekor tu bersiang bagai. Sama la dengan ikan siakap. Kalau nak bersiang bagai memang diorang tak buat untuk delivery ni.

Ni yang roti canai segera Tesco tu. Tengok ada orang review kt ig sedap. So kita try la.

Kemas packaging dia siap berlapik lagi setiap piece roti canai tu. Good job Tesco! Yang bertanya sedap ke tak? Sedap ja. Cuma dia nipis and jadi ranggup la. Macam aku ni suka lagi jenis yang tebal skit. Tapi anak-anak semua suka ja yang ni.

Ni pulak aku beli yang nugget tesco tu. Order yang tempura tu tapi da habis so depa bwak subs yang ni. Harga yang ni dalam rm7+ macam tu. Yang tempura tu dalam RM10+ macam tu la. Yang ni pun sedap tau. Rasa macam yang tempura jugak cuma beza dekat coating ja. Yang ni breadcrumb. Serius tak rasa macam nugget murah beli kat pasar malam tu. 

Tengok dalam dia. Sebijik macam yang tempura tu. Ok sangat-sangat dengan price kot. 

Ni pun tengah gatal-gatal lagi nak order tesco online ni beli ikan temenung dengan makarel ka untuk weekend ni. Yang ada dalam freeser semua ayam and daging ja. Mama kenot sangat ayam2 ni. Anak-anak pun sama. Ni pun nak order tesco punya curry puff frozen..depa kata best. 

Papanya nak ke moto GP weekend ni so stock makanan kena mencukupi. So langkah terbaik kita order ja masuk-masuk cart. Lepas ni abam tesco mai hantaq lagi. Yehaaa... i'm happy mother!

Oh ya..tempat aku Happy Fresh tak cover lagi. Hopefully one day Happy Fresh dapat cover plak tempat aku ni. 

Oh ya ni review tak berbayaq pun tau. Saja la nak bercerita pengalaman sendiri shopping online kat Tesco Online. Definitely will recommended this for others as well. Best kot. Senang ada orang hantar depan rumah u olls. 😉😉😉


*** nanti la aku review pasal tesco punya pencuci tu. So far best la😍


You Might Also Like

21 comments

  1. mmg best dapat shopping online.. tapi klau brg dapur mesti nak kena beli sendiri.. sbb nak belek2 lama sikit.. bagus ada app ni utk org yg tak ada masa nak kluar beli brg dapur

    ReplyDelete
  2. Okay baru tau actually pasal tesco online ni hahahah, so tak sure la cover tak kat area qeela ni. mmg bagus jugak ek adanya online je ni senang to those yg susah nk pergi ke store tu je kan. so far qeela kalau yg brg2 kering tu adalaa jugak beli online je tp groceries yg jenis fresh / bsh tu tak pernah lagi beli online, maybe sbb feeling conservative tu still kuat lg bab brg bsh tu kot nk jugak pegang tengok pilih dgn mata sendiri haha. Anyway mmg bagus nii 😃

    ReplyDelete
  3. hmmm menarik ni, alia. tq la for sharing.
    aida nak skodeng la apps ni.
    tesco agak jauh dari rumah. ntah ada ntah tak delivery gini.
    yg penting, boleh swipe ha ha ha ha....
    sebab kat umah tak simpan byk cash. more to debit card :)

    ReplyDelete
  4. Bestnya boleh beli online mcm tu. Kat tesco selalunya barang okay je fresh kan. Dulu selalu je beli barang kat tesco.

    ReplyDelete
  5. Nina suka shopping online ni sebab senang sangat tak payah nak keluar rumah, parking, berangkut ngan baby lagi. Pastu kalau pi sana confirm akan beli lebih dari budget. Huhuuu

    ReplyDelete
  6. mudah bila ada orang tolong belikan..kita ni kadang malas keluar. OO macam tu ye harga dia, ada lebih-lebih, baru tau..heehe..

    ReplyDelete
  7. jemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

    ReplyDelete
  8. Kita selalu shopping kat tempat lain tapi sekarang dah ada online dan murah sangat dan senang macma ni memang best lah boleh selalu beli kalau habis barang boleh hantar lepas waktu kerja kan...

    ReplyDelete
  9. Hari tu ada jugak fikir nak try shopping guna tesco online ni. Rasa macam boleh jimat lagi sebab kite boleh bajet berapa perbelanjaan. Kalau pergi shopping dekat luar, entah pape diambiknya. Tetibe bajet dah terlebih daripada plan asal

    ReplyDelete
  10. Sekarang ni semua di hujung jari kan. Mudah kan kerja. Belum downliad lagi aplikasi tesco dan shopping barang basah online. Nanti nak try jugaklah

    ReplyDelete
  11. tesco memang port saya shopping brg2 keperluan rumah.Dah lama nak try guna apps tesco nie sebab senangkan tapi bila nak register je sngkut malas pulak nak call hotline tesco..nasiblah tesco dengan rumah dekat je..hehe

    ReplyDelete
  12. Belum pernah cuba beli online untuk groceries. Rasa segan pulak kalau order sikit. Btw, ada minimum order tak berapa hengget? Oh baru tau dorang tak siang ek ikan or potong ayam. Noted. Memang mudah tak pyh sakit kepala nak cari parking dan nak angkut barang2 kalo rumah tinggi.

    ReplyDelete
  13. menarik sungguh..jadi tak perlu nak berpanas bagai untuk dapat bekalan..semua di hujung jari anda..hehe

    ReplyDelete
  14. Tak payah nak keluar rumah dah sekarang .. semua hujung jari sahaja

    ReplyDelete
  15. Kalau mak Rawlins nampak, memang dia akan order online gak nie. Nasib la Sarawak takde Tesco hehe.

    ReplyDelete
  16. kalau selain barang basah tu, okaylah kot kalau nak order online. tapi kalau barang absah macam lebih prefer pilih dan beli sendiri baru puas hati. anyway, mulanya xnampak apalah motifnya buat penghantaran order2 macam nie, tp bila diteliti, banyak faedahnya. tambah2 yg ada anak tu, tak adalah dorg beli benda2 yang xsepatutnya. hahahaha

    ReplyDelete
  17. Pernah jugak tahu pasal Tesco online ni. Belum ad kesempatan nk cuba. Yelah sometimes mmg malas nk ke pasaraya besar mcm tu. Ada limit ke berapa barang? hehehe

    ReplyDelete
  18. Wow the salmon looks really fresh, price also not too over, I wanna try Tesco Online.

    ReplyDelete
  19. Menarik nie.. AM baru tahu.. bolehla order sbb kadang2 malas nak bersesak n beratur utk bayar kat kaunter.. senang nie.. terima kasih atas info.. AM suka sgtttt..

    ReplyDelete
  20. bagus ada app macam ni. kadang2 malas nak gorcery shopping sbb leceh nak kena cari barang, tolak troli , beratur.. beli kat rumah lagi senang.

    ReplyDelete