Makan-makan di PappaRich, Egate Penang

6:14 PM

Sabtu yang lepas macam biasa kalau hasben aku tak kerja kami akan keluar spent time sama-sama. Awal-awal lagi dah cakap nak makan PappaRich sebab nak makan char ho fun daging dia yang sedap gilos tu. Harharhar. Gulp telan ayaq lioq ingat balik. Adudu.
Biasa kalau dekat Penang ni PappaRich ada kat dua tempat ja dekat Egate dengan Strait Quay. Dah lama takpi jalan-jalan kat Strait Quay tu. Paling senang kalau dekat Egate ni la sebab dekat tepi jalan la jugak kan. Kalau Strait Quay kang macam-macam dugaan pulak kang.
Macam biasa kalau da dekat PappaRich ni bila dah lapaq sangat semua rasa nak order sebab semua makanan dia sedap kot. Punah diet oiii. I cryyyyyy T___T
Dari hidangan nasi lemak, kueytiaw goreng, nasi goreng, roti bakaq,moi semua tempting kot. Haihhhh. Jenuh berperang dengan diri sendiri nak makan apa. Last time beli nasi lemak untuk budak-budak berdua ni pun sedap gilos ok.
Sementara nak menunggu makan moh la kita bergambar dulu ya anak-anak.


Sorang reja nak menulis yang sorang lagi reja nak mengacau ja. Haihhh. Kalau tak bergaduh tak sah.


Mama n Ecah. Tengah moody time ni sebab baru bangun tidur. Tidur tak cukup la tu.


Taukeh belanja.


Suka makan dekat sini sebab selesa and bersih!
Jom tengok pulak makanan yang diorder!


Roti ni husband aku yang order!


Kek gula hangus! Lama tak makan. Ni aku order, aku sorang ja makan. Diorang semua tak nak layan kek ni. Dah macam mana tak gemok?


Husband order nasi goreng seafood! Sedap ok sedap!


Adriana nak chicken chop. Habis dia makan ayam tu. Sedap la kot kan. Aku rasa salad dia ok ja.


Mine! Muahahhahha. Seda gilos ok. Last time makan yang ni daging tak la banyak sangat orang tu letak. Ni sekali perghhh banyak gilaaaa. Sedap gila kot. Tapi sebab kali ni banyak sangat aku makan pun tak habis walaupun da share and suap-suap si Ecah ni. Tapi puas hati la kan sebab sedap dan banyak!

Another thing yang sedap untuk hampa order dekat sini adalah nasi lemak dia. Itu pun sedap. Big portion and sedap. Makan 2 orang pun boleh kot.
And jangan tak tau PappaRich ni most of Malaysian cuisine ada kat sini. Taste of Malaysia katakan. Dekat Perth pun ada tau PappaRich ni tapi hari tu memang tak sempat nak pi makan kat PappaRich sana. Hampa kalau travel Perth rindu nak makan makanan Malaysia boleh la serbu PappaRich Perth ok. Eh tapi dekat Perth tu bqnyak ja jual makanan Malaysia kot. Tak dak la rasa rindu sangat kot makanan Malaysia. Hahahahha.
Nanti kita upload lagi pasal tempat-tempat makan dekat Penang ni. Penang is not about Nasik Kandaq at all. Buat penat ja mai Penang duk beratoq panjang-panjang kat nasi kandaq Deen Maju tu. Ehhh.

Untuk yang nak try makan dekat PappaRich kat Egate ni boleh la ke:

PappaRich,
Egate Ground Floor,
1-1-1,
Lebuh Tunku Kudin 2,
11700 Gelugor,
Penang



You Might Also Like

22 comments

  1. Penang boleh dikatakan tempat syurga makanan haa.. Sapa kata kalau pi penang kena try nasi kandaq n pasemboq ja . Ada banyak lgi menu menarik . Tempat makan yg menarik haa..hipster x hipster semua ada

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan kat papparich. Makanan kat papparich memang sedap tapi biasa paling sysuka ialah roti-roti bakarnya..memang sedap

    ReplyDelete
  3. papparich ada kek gula hangus? wah biar betul ni. lama betul kak lily tak pi makan situ ek. haruslah kena terjah balik kannn

    ReplyDelete
  4. Nasi goreng dia sedap, kuay tiaw goreng pun sedap, bubur nasi pun sedap. Haaa nampak sangat suka pergi sini. Hehe....kek gula hangus pun ada?....tak perasan lak cawangan dkt umah ni ada ke tak....

    ReplyDelete
  5. Pernah juga makan dekat Papparich tapi baru sekali la hahaha sedap jugak menu diorang kat situ.

    ReplyDelete
  6. Such a long time did not visit paparich after the close their door at 1 Utama. Miss the food.

    ReplyDelete
  7. Lol paparich ni port lepak weekend sebab depan rumah je. Haha rasa cam semua menu dia dah try hihi mahal tapi sedappp

    ReplyDelete
  8. paparich memang sodap..akak suka makan set breakfast..dulu da rajin pi breakfast kat luar .la ni dh x leh sbb ceo bceo baru very strict...apapun semua makanan tu sedap la Alia...cerah mata mata tfok makanan..berbunyi peyut

    ReplyDelete
  9. Sis suka gak makan kat PapaRich ni, sis suka mee kari and nasi ayam dia..fuhh terliur dah bila cerita..hehehe. Papa Rich gan rumah sis dekat je..10min jalan kaki dah sampai

    ReplyDelete
  10. Price dia mahal giler but menu dia banyak choice and not bad. Huh! tengok apam gula hangus terus teringin kot. Ada jual ni kat papa rich ye? boleh ar try.

    ReplyDelete
  11. Sedap dan menarik menunya. Belum sempat cuba dari cafe PapaRich ni. Boleh try nanti.

    ReplyDelete
  12. Hahahah dia tau akak mengidam lauk tu. Tu yang dia bagi daging banyak, memang rezeki akak lah kan. Roti husband akak order tu makan dengan apa? Nampak sedap. Nad memang suka makan roti-roti ni ­čśé

    ReplyDelete
  13. Macam-macam tempat ye dekat penang..hehee..kita tau mana yang orang selalu lawat je..lama tak makan papparich..sedap menu dia..

    ReplyDelete
  14. Awat saya tak pernah pi singgah Paparich ni ye? Padahal dari dulu lagi dah nampak signboard dia tapi singgahnya tak pernah walau sekali. Nak kena try pergi jugak ni, nampak kuewteaw daging tu menggoda benar..

    ReplyDelete
  15. kat area rumah aida ni pun ada paparich tau.
    just lom pernah lepak situ dgn anak2.
    sebab old town lebih dekat ha ha ha ha ha...
    tgk makanan alia tu, alamak aiii sedap nyer... meleleh air liur uolls!
    tq la for sharing entri sihat ni.
    bab mak yg kena perabih semua makanan tu, menggemukkan mak, memang betul.
    syg kalau tak abiskan, kan :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  16. AM kalu ke paparich mmg suka makan char ho fun daging... sedap benor.. licin pinggan kalu AM makan.. pastu AM akan request nak minum vanilla blended.. terbaik wooo.. yummy!! Lapar dah..

    ReplyDelete
  17. Kita tak pernah makan kat Paparich. Sebab takut harga dia mhal sangat. Haha
    Then tak tahu ada menu apa kat situ.
    Ingat kot makan yang pelik pelik mcm western je. Haha
    Rupanya kek gula hangus pun ada.

    ReplyDelete
  18. Dah ada paparich kat sini? Lamanya tak pegi egate. Dulu selalu shopping dengan family kat tesco besar dalam tu.

    ReplyDelete
  19. Rawlins suka sebab makanan kat Papparich dah makin bertambah banyak dan semuanya makin sedap. Rawlins pun akan makan dengan work buddies kat situ at least once a month.

    ReplyDelete
  20. Papa Rich ni menu dia banyak. Saya belum cuba keseluruhannha. Faveret je yang saya selalu order. Boring kan. Hahaha. Kalau bawa kak alia ni ke kl. Mesti best kita food hunting. Hehe

    ReplyDelete
  21. lama dah x singgah papparich. i've been so busy lately. oh btw i followed u here #284.
    heee hii

    ReplyDelete