LG Washer + Dryer combo review

9:53 PM

Laundary happens here...

Kalau hari mendung memang on dryer..one of the reason beli 2 in 1 washer n dryer ni sebab malas nak pi ke dobi kalau time hujan2 tu...lagi 1 time beli tu yang ni tengah OFFER GILA-GILA. Dari RM2999 tinggal RM2299 tak silap aku. And paling best sebab warranty untuk motor dia ada lah 10 years dari LG.

And kalau nak tau ada different jugak tau dari segi cucian untuk top load and front load. Biasa orang Malaysia memang tak suka guna front load sebab kita dah biasa dengan top load kan. Aku pernah kecik-kecik dulu pakai washing machine yang semi auto yang separate untuk mencuci and untuk keringkan/perah baju tu. Memang time tu kalau weekend ja memang kena kerah la kan dengan mak aku untuk cuci baju-baju sekolah semua tu kan. Kadang-kadang pemalas..kasut sekolah putih tu lepas habis basuh semua baju..aku akan humbam dalam tu untuk cuci. Hahahah. Senang hidup! Tapi kalau sapa pernah guna yang mesin basuh jenis mesti tau azab dia masa nk kena keluarkan and letak dekat tempat perah baju tu. Habis basah baju kau pakai pastu nanti kalau tak balance kang dia taknak gerak. Heee. Sapa pernah kena macam tu? Kenangan sangat kan.


Sapa pernah pakai washinh machine macam ni? Susah dah kan nak cari yang macam ni. Nak cari gambar kat internet pun da susah. Hahaha. Esok2 boleh masuk muzium ok... kenangan tau washing machine ni.


Ok lah back to story, untuk pengetahuan hampa untuk front load washer LG ni. Dia ada different washing method kalau compared dengan top load tu. Aku ni memang sejenis perhati skit masa washer tu duk berpusing.

Haa ni yang LG guna. So baju korang akan lebih cuci and susah nk rosak compared dengan top load yang mana aku perasan baju aku cepat rosak skit berbanding dengan front load. And front load guna air lebih skit berbanding dengan topload. 

At first memang ada niat di hati nak beli different unit..washer asing dryer asing tapi memandangkan space yang limited. Maka kami pun decides untuk go for this combo washer+dryer.

Sebenarnya tak rugi beli dryer ni sebab memang berguna time2 emergency contoh macam hujan berpanjangan...time terlampau "rajin " nak ampai baju kt luaq pun ya jugak...paling best..sebelum tdoq malam2 basuh...esok pagi dah kering...without having to pindahkan here n there (compared to stand alone washer n dryer)...

Tapi kalau nak kering cepat2 tu dryer combo ni tak sesuai sebabnya dia amik masa untuk kering as it condenser dryer compared to stand alone dryer which mostly a venting dryer...

Senang cakap dryer ni use the concept of condensation atau orang melayu kata kondensasi...sama ja macam hampa ampai kt luaq rumah...but this thing use condenser in this case they use heat exchanger to convert the heat and yes they use lot of water than the washer cycle period...adui mak..aku dah macam mngajaq heat transfr mass transfer pulak...(kalau lecturer2 terbaca dan tersalah konsep harap dimaafkan student  ni) Yes downside dia masa pengeringan tu xcepat pun macam dekat doby tu sebab of course the method n fundamental of both dryers also different. Yes aku study pasal method n fundamental both dryers ni sebab awal2 aku beli this combo i wassss likeeee what d heckkkkkkkkkk...this dryer took me about 3 hours to dry n 3 hrs to cool down...yes dis one got the cool down time...Bila baca2 balik...oh ok...no wonder...u can have both magical thing wei...

Tapi if you dont want to cool down pun kau boleh ja pilih untuk stop ok. Actually there are many type of drying using this dryer. Ada iron drying, ada cupboard drying, ada time drying . So each of drying types tu ada different drying time la ye. Macam aku aku prefer guna cupboard drying sebab dia akan macam totally keringkan aku punya baju yang pakai on daily basis. Downside dia lambat skit la baju tu nk total dry kan. Tapi its better la to use this during raining season macam lani kan. 

Ok la jom aku list kan PRO and CON combo washer+dryer ni untuk aku;

PROs:

  1. Sesuai untuk orang yang ada limited space macam aku ni.
  2. Tak payah nak pindah-pindah dah dari washer ke dryer
  3. Boleh setkan sekali untuk dry masa nak cuci tu. Kiranya direct basuh baju sampai kering.
  4. Boleh gak guna as WASHER sahaja. And guna as DRYER sahaja.
  5. Boleh letak dekat mana-mana tak terhad macam stand alone dryer yang nak kena ada ventilation (different concept of drying principle).

CONs:

  1. Dryer cuma boleh half of washing load. Contoh macam yang aku ni 8kg/4kg. Means cuci boleh up to 8kg..dry up to 4kg.
  2. The dryer takes a longer time compared to stand alone one.. 3 to 6 hrs approximately.

So bersyukur lah...

In life u win some u loose some orang putih kata. Apapun bersyukur la apa yang ada. 

You Might Also Like

18 comments

  1. Bestkan .dah tak payah pergi dobi lagi .berbaloii sangat

    ReplyDelete
  2. Dalam hati teringin gak nak membeli dryer combo gini tapi rumah belum siap lagi. My mum plak sejenis yang lebih mempercayai matahari daripada mesin untuk mengeringkan pakaian. Haha. Maka, 'terpaksa' kita guna duit untuk beli benda lain. TQ for the detailed sharing. Boleh dijadikan panduan kelak.

    ReplyDelete
  3. wow! syg plak kat washing machine 14kg aida kat umah tu, alia.
    lama dulu tau aida pakai semi auto yg hampir masuk arkib negara tu :) ha ha ah ah ha...
    baru dlm 4 thn aida guna fully auto.
    aida suka kot yg 2 in 1 ni. mudah!. now, basuh. then terus dry.
    kerap jugak gi dobi utk dry kan jer tau. anak2 pakai baju byk.

    ReplyDelete
  4. Senang jd ada ni sekarang. Tak payah spend byk2 mendobi.

    ReplyDelete
  5. best kalau ada sebiji kat rumah..mudah kerja..x yah fikir kain kain baju yg x kering or lembab...kalau akak dpt ni...senangnya hidup...

    ReplyDelete
  6. thanks for the info, suitable for single or couple to use. I need big washing machine as many staying here. following your gfc too, feel free to follow me on namesherry.com

    ReplyDelete
  7. Haha teringat pulak kenangan guna mesin semi auto tu. Paling tak boleh lupa kalau dia tak stabil bunyi dia macam enjin turbo sekampung boleh dengar haha. Hat LG ni nampak best pulak siap ada pakej dryer sekali. Senang kerja.

    ReplyDelete
  8. Wah best yer Alia beli time promo. Banyak tu jimat. Dalam wishlist jugak ni nak beli front load washing machine. Baru tahu ada yg 2 in 1 ni. Menarik.

    ReplyDelete
  9. Memang tengah berangan nak beli 1, memang sangat diperlukan... bagi yang malas nak jemur kain mak-mak yang berkerja macam Bonde memang sesuailah beli... he he he masih menabung untuk dapatkan... buat masa ni, buat lah macam bila jemur angkat dan lipat hu hu hu

    ReplyDelete
  10. Senang ya pastinya klo miliki mesin cuci seperti ini di rumah. Bisa masukin aja sambil kerja yg lain tak perlu dijaga dan pindah lagi. Pekerjaan jadi ringan.

    ReplyDelete
  11. wow !! berbaloi betul beli washing machine nie. diskaun kaw-kaw tu. warranty pulak sehingga 10 tahun. satu pembelian yg sangat berbaloi

    ReplyDelete
  12. LG ni mmg brand yg bagus unt electrical stuff kan, washing machine dia pon semua nice2 nampaknya hehe tggl lagi tgk wallet sendiri je mana yg mampu hehe..kat rumah qeela pon guna yg jenis combo je, mmg berejam betul la kalau guna dryer, tp ade jenis air dry je..tp xpelah bersyukur laa kn jd laa tu dr xde lgsg heheh..

    ReplyDelete
  13. Senang guna mesin basuh 2 in 1 ni kan. Betul, kalau hujan tak perlu risau, dryer ada boleh keringkan baju dengan cepat. Mesin semi auto tu masih lagi banyak dijual di kedai elektrik. Yang kurang berkemampuan, mungkin mesin semi auto menjadi pilihan. Apa-apa pun pilihan mengikut bajet ;)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. Dah lama teringin nak ada mesin basuh macam ni. Feeling macam kat dobi sikit rasa, hahaha. Paling penting tak payah sibuk nak pi jemur bagai. Itu yang paling best! Harap-harap one day, dapatlah beli seketul

    ReplyDelete
  15. Sis dh guna dryer kat 10 taun dh, sis pakai bosch..sampai skrg ok lagi. Mmg tahan lama. Senang pun senang..tak yah pikiq nak jemur kain bagai kan

    ReplyDelete
  16. wah... so nice got 2 in 1 combo like this..hehehehe.. such a nice and lovely machine to ease laundry job... great one...

    ReplyDelete
  17. Dok apartment memang perlu washer dryer macam ni. Takyah susah tunggu matahari keluar..paling penting takyah penat2 menunggu di dobi kan. Hmm..berbaloilah dengan harga tu kan hehe

    ReplyDelete