Day Trip to Satun Thailand

10:58 AM

Haaa..quick update gitu. Minggu ni balik Jitra earlier hari Jumaat lepas Adriana habis sekolah and lunch dengan husband terus balik Jitra. And nanti hari Ahad pagi Amir akan naik komuter turun dekat Anak Bukit and I will fetch him.

Memang dah planned dengan mak tok n mak ngah Adriana n Aishah ni nak ke Satun untuk makan-makan and beli barang skit dekat sana kan.

And pagi Sabtu tadi kami gerak keluar dari rumah untuk breakfast di area pekan Jitra dekat rumah mama aku dalam pukul 8 macam tu and right after breakfast kami terus gerak ke Wang Kelian untuk ke border di sebelah Thailand, Wang Prachan. As usual la kat border sini less sesak and tak ramai sangat orang nya. Mungkin sebab still awal kan. 

Destinasi first kami adalah Tan Yong Poh di Satun atau nama melayu nya Tanjung Poh di kalangan masyarakat Melayu di Satun ni. Oh ya dekat Satun ada banyak juga orang Melayu yang fasih berbahasa Melayu. And untuk pengetahuan hampa, Satun ni dulu adalah sebahagian dari Tanah Melayu ok.

So setelah perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1jam+. Maka kami pun tiba di destinasi. Untuk kali ni kami try makan di kedai lain pulak. Selalunya kami akan makan di sebelah Pak Tam tapi kali ni kami makan dekat kedai ke dalam sikit sebelum naik bukit. Kalau dari simpang 3 nak ke Tan Yong Poh ni..kalau hampa amik belah kiri..kedai ni adalah kedai ke 3 yang masuk ke dalam skit..tapi still tepi laut la. And kalau hampa amik belah kanan untuk ke Tan yong Poh..hampa akan jumpa kedai ni yang first. 

Disebabkan kami pelanggan depa yang ketiga, so kami kira bernasib baik la jugak sebab banyak table yang awai2 lagi local depa da reserved wei. Kalau kat kedai yang sebelum ni aku pi makan, kat situ banyak la muka-muka orang Malaysia pi makan kat situ. And kat kedai ni, kami ja yang pi makan tang sini. Yang lain semua haroi2 cing2.

Jom la usha apa yang kami order.

Sotong stim limau

Udang stim. Ni harga dia untuk 1kg 500baht. Kami amik 1/2 kg so dalam 250baht. Gila murah kot.

Sambal hijau ni sedap gila wei cicah segala udang sotong semua tu. Macam yang dalam video laki siam tu makan udang cicah2 tu kan. Haa muka aku tdi macm tu la punya nikmat. Demmm telan ailioqqq

.

Ni tomyam seafood dia. Walaupun ceroi nmpk dia but still taste ok. Ni macam tomyam putih la. Sesuai la nak makan dengan anak-anak kan.

Udang lipan goreng garlic. Ni sedap gilos wei!

Ketam isi penuh..cicah pulak dengan sambal hijau tadi tu perghhh perghhhh terangkat.

Somtam pun sedap. Tapi aku tak layan sangat sebab yang lain-lain sedap sangat kot.

Aishah dah tak menyempat dah...


Maktok and Adriana.

Last but not least ais krik nyiokkkkk. Sedap woiiii. Adududu

Aftermath...licin wei. 

TOTAL DAMAGE 1610 BAHT. DIULANG 1610 BAHT. Gila murah kot. Kalau kat Malaysia memang tak dapat la. Kat Hatyai pun xdapat dah harga ni.

Lepas makan tu lepak-lepak jap tepi pantai.

Ecah dalam blues

Sejenis perangai tak heran ke orang. Ka memang anak no 2 mcm gini ehh🤔🤔🤔

Lepas dari Tan Yong Poh kami pun gerak ke Pekan Satun untuk ke merkettt dia. Kali ni dapat rembat belacan yang orang kirim.

Sedap wei belacan depa. Serius tak tipu. Tak busuk macam belacan kita kot.

Lepas ja keluar dari merket ni kami pun gerak ke Tesco Lotus Satun untuk solat and shopping skit dekat sini. Sikit tak sikit la habis jugak 1200baht aku dekat sini beli kasut n baju dekat Aishah n Adriana, beli coconut oil 1Liter yang berharga 113baht. Kat Malaysia aku beli yang 350ml pun dah belas-belas ringgit. Ohoiii. Dekat sini bateri fon aku dah kong and aku xda power bank so memang xda lah ye gambar-gambar dekat sini.

Dah habis duit. Marilah pulang ke pangkuan jalan. Nasib laki aku takdak. Kalau dak mau kena azan dekat telinga aku tadi. Hahahaha. Matilamaknakoi.

Kami sampai di border Wang Prachan lebih kurang pukul 6.30petang Malaysia dan 5.30petang waktu Thailand. 

Oh ya untuk pengetahuan hampa border dekat Wang Prachan and Wang Kelian Perlis ni tutup pukul 9malam waktu Thailand or 10malam waktu Malaysia. So at least hampa boleh bajet masa hampa la kan.Tapi bear in mind kawasan Wang Prachan dan Wang Kelian ni sangat lah kehutanan dan keuluan. So better la hampa balik awai. Scary wei hutan kot. Tu belum lagi nak kena redah kat kwasan ladang-ladang dekat Perlis yang dalam-dalam tu ha.

Alhamdulillah at 9pm kami sampai dengan selamat di rumah kakak aku di Jenan ni. Maka tamatlah kisah day trip kami ke Satun untuk misi JJCM.

You Might Also Like

20 comments

  1. sotong stim limau terbaek tuh, mesti sedap kaw kaw. ya ampun murah benau makan kat sini ek. ingatkan hatyai murah rupanya satun lagi murah hauhauhaua

    ReplyDelete
  2. alamakkkkk...sedapnyer tgk makanan tu semua...paling win sotong tulah...menggiurkan tgk gambar dia...hehhe

    ReplyDelete
  3. Haha itu maknanya bukan lah total damage tu! Memang berbaloi sangat! Tak pernah lagi ke sini tapi bolehlah kot satu hari nanti nak singgah. Mesti berbaloi!

    ReplyDelete
  4. makanan di thailand memang serious sedap. lebih2 lagi seafood. lagi sedap dari malaysia. heheh.

    ReplyDelete
  5. Ingt sutun tadi rupanya satun.First time dengar nama tmpt ni. Tgok gmbr makanan terus rasa meleleh air liur. Thailang mmg syurga makanan kan. Seafood pon freshnya dan besar2 lagi. Bila lah nk Thailand ni

    ReplyDelete
  6. Memang teringin nak gi satun sebab selalu dengar kakak cerita best kalo gi Satun untuk makan2..dia kebetulan memang tggl di Utara jadi selalu la ke sana. Harap 1 day dapat ke sana dan nak makan puas2 hehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya semua menu yang awak share. Nak nak bila terbayang sambal hijau tu. Kecur air liur dan bikin lapar.

    ReplyDelete
  8. Woww untungnya lahai dekat betul gan Satun..Kalau rumah sis dekat pun sure selalu sis masuk sana cari makan..atau semata nak makan je..hehehe. Mewah betul makanan laut ya..yumm yumm

    ReplyDelete
  9. Terseksa jiwa dan raga SR scroll down entri ni. Omaiigod! That seafood! Arghhhhh. SR dah la gila makan seafood. Aliaaa niiii saje je kannn. Haha lapar pulak tengok makanan ni tengah2 malam ni.

    ReplyDelete
  10. syurga makanan betul kalau pergi ke thailand. macam2 pilihan makanan ada, sedapnya kalau dpt makan sotong asam tu. ais krim kelapa tu !!! ya Allah sedapnya

    ReplyDelete
  11. Menyelerakan menu semua. Udang lipan tu nampak menarik sangat. Kecur air liur oii. Sana seafood memang murah kan

    ReplyDelete
  12. wah day trip je pergi sana. sebenarnya ini kali pertama dengar nama tempat satun. suami dah la orang kedah, patut ajak dia ni kalau balik kampung hehehe tengok makanan tu menarik habis! hehehe

    ReplyDelete
  13. Jarang dengar orang day trip ke Satun ni. To be honest, taktau pun apa tarikan yang ada dekat Satun. Biasa orang share ke Hatyai kan. Nice sharing awak :)

    ReplyDelete
  14. Bestnya menu. Tergoda dengan ketam. Sebab fav. Hihihi..
    1610 baht tu kalau duit malaysia berapa?
    Tak pernah lagi sampai ke sana.
    Hihi

    ReplyDelete
  15. Weyhhh apa sedap sangat makanan niii. Emi pernah pergi sekali je ke belah2 thailand sana masa pergi penang dulu. Tu pun pergi semata2 nak makan jugak, hehe

    ReplyDelete
  16. HALAMAKKKK..dr haritu lg tgk alia dok update seafood kt sana..kecur ailio weh. murah-murah ye seafood kt sana..yg penting, nampak sedappp

    ReplyDelete
  17. menu kat sana nampak sedap semuanya..sedangkan kita kat malaysia ni suka makan thailand punya tomyam, apatah lagi pergi sana..hehee..nak juga travel sana..tunggu anak besar la gamaknya

    ReplyDelete
  18. Jitra itu di bagian utara malaysia bukan? Dekat sama negara Thailand kan? Sy pernah ke Tailand dan paling suka sama Tom Yum. Tiada hari tanpa Tom Yum

    ReplyDelete