Assalamualaikum,

Lama tak update blog. Haihhhh bz apa tak tau aihhhhhh. Untuk kali ni nak cerita pasal trip ke dua kami ke Perth. Kali ni trip bersama Bikui Sisters dengan mak aku, adik-adik roomates aku masa zaman kat UniKL-MICET dulu. Actually dari last year lagi kami plan nak bercuti ke Perth sekali. Kebetulan AA tengah wat promo last year, so kami pakat-pakat la grab tiket pada hari dan waktu yang sama.

So tanggal, 5th May kami bergerak ke Perth dengan pesawat AAX. My first ever experience with AAX. Trip Perth sebelum ni naik Malindo, this time grab promo AA pun jadiklah. Tapi baru-baru ni nampak tikt Malaysia Airlines pi ke Perth RM953 ja return all in. Adudu. Menangis wei murah sangat untuk Malaysia Airlines kot. Untuk AAX ni pun aku kena beli hot seat sebab taknak terpisah anak-beranak sebab kami kan kena check in dekat counter sebab ada infant and laki aku awal-awal pun da warning beli seat yang selesa sebab kaki dia panjang. So mau takmau memang kena beli hot seat. So tup tap tup tap sekali seat, makanan, and luggage semua takdak la murah mna. kahkah
Flight kami dari KLIA2 berlepas kul 12.05am and sampai dekat Perth International Airport pukul 5.30am macam tu la. Alhamdulillah cuaca ok.Risau jugak sebab sebelum tu ada baca news dekat Perth suhu capai 11C. Orang lain risau tapi aku suka. Dasar suka tempat sejuk. Kahkah

Tak sampai 30minit pun dia lena dalam bassinet ni. Adoi lah. Dia ni terlebih panjang. Kesian tengok dia lena dalam tu. Last2 mama dia ni la kena pangku dia. Bila penat pass over dekat papa.
Part bila da touchdown tu alahai penat ka jugak nk menunggunya.
Masa dekat immigration tu lama gila nak kena tunggu turn. Ya lah 1 pesawat AAX tu guna airbus..penuh kot dengan penumpang. Nah amik kau. Keras kejung. Aku dah la dengan nak terberaknya. Aduhhhhh. Bayangkan gelisah dia tu macam mana. Gelisah kena que satu hal. Gelisah toilet takdak bidet and nak kena cari ayaq buh dalam botoi pulak satu hai. Adudu. Tension bah. Orang lain sejuk, aku berpeluh. Bahahahah

Setelah selesai apa yang patut maka kami pun turun la dekat arrival tu. Masa untuk beli simcard dan apa yang patut. Selesai tu aku memang dah janji dengan Kak Nora Oliver untuk ambil makanan. Aku amik pakej breakfast dengan lunch kat Kak Nora ni. Senang orang Melayu kita. Apa-apa senang nak kawtim. So tunggu Kak Nora mai hantaq makanan kat kami. Maka kami pun tunggu pulak pihak Aries Car Rental mai pick up kami dekat airport untuk ambil kereta sewa kami. Yes sepanjang kat sana memang kami sewa kereta sebab kami ada kiddos and banyak travel keluar dari Perth jugak.



Yak yak yeayyyy..da sampai kat Perth lagiii


Breakfast ni dulu tau! Must have when in Ozie.




Dah selesai urusan kereta sewa maka kami terus gerak ke hotel untuk letak luggage. Kami pilih Indian Ocean Hotel yang terletak dekat Scarborough Beach(my fav beach kat Perth). Next destination Caversham Wildlife Park, kat sini hotspot. Takut kereta kena pecah. So better kosongkan la bonet korang. Jangan la tinggai-tinggai even beg bodo-bodo tu pun ye. Kat sana pun banyak jugak pendatang-pendatang macam kita ye.



Lepas ja letak bag semua, kami ke Scarborough Beach untuk makan breakfast kami. Fuhhhh best gila makan nasi lemak kat depan mata terbentang keindahan Indian Ocean wei. Angin sejuk walaupun matahari panas terik.


Makan duluuuu



Lepas makan baru boleh tangkap ganbar hepy2 kan. Kat belakang tu Indian Ocean okehhh. Lawo nak mati ahhh


Lepas ja makan kami terus gerak ke Caversham Wildlife Park. Kalau korang nak tau Caversham ni terletak dekat Whiteman Park. So dekat sini actually ada macam-macam lagi macam Motor Museum, Tractor Museum la, tram ride la. Macam-macam jugak actually tarikan dekat Whiteman Park ni. Kami tak explore habis pun. Just pi Caversham Wildlife Park ja.Kat sini macam biasa la ada kangaroo, koala semua tu ya. Budak-budak la paling seronok kan. Tapi masa kami pi ni rang terlampau rmai maklumlah weekend kan. So pasrah ja lah. Last time pi time weekdays takda la ramai sangat orang dalam tu.


Caversham Wildlife Park entrance. Ala Jangan Benci Cintaku sangat kan...




Tunggu que nak beli tiket.



Aishah meet the koalas for the first time.


Mak anak dua macam gini la. Tu muka tak mandi hokey. Pedulik aaa baru bajet korea skit.

Both girls become bff la. Sat gaduh sat baik. Drama queen sangat esp Adriana tu.


Llama ni comel ja. Bulu mata panjang. Pinjam baru tau



Budak ni masa first time mai sini duk dalam perut lagi. This time dia dah ada kat luaq ni dah.

Selesai ja semua urusan dekat Caversham, peluk cium kangaroo, koala and wallaby bagai. Dalam pukul 2 macam tu kami gerak balik ke hotel untuk berehat.

Salah satu landmark dekat Whiteman Park tu.

Time ni masing-masing bateri da flat habis dah. So kami decide nak pi Coles dalam pukul 6.30pm macam tu sekali tengok Coles da tutup da. Oh my lupa hari tu hari Sabtu. Biasa weekend kat sana memang tutup awal ya kedai-kedai.

Check punya check dekat group, cari untuk late night shopping mall dekat Perth ni sekali nasib baik ada. Bagi yang nak late shopping macam kami ni, boleh la ke Spudshed Innaloo. Dekat ja dekat hotel yang kami stay tu. Dalam 20 minutes macam tu ja.


 Spudshed Innaloo ni beroperai 24hrs. Tapi kedai-kedai kat dalam mall Spudsheed tu tutup awal tau. Yang bukaknya cuma kedai Spudsheed tu aja. Tapi ok la sebab kami nak beli bahan-baham untuk masak kan. Harga kat Spudsheed ni pun murah-murah jugak.

Korang tengok harga nak gigit jari kan. Bayangkan kami yang kat sana ni. Oiii murah oiiiii.





Murah gila kan. Sasau tengok harga susu. Sasau tengok harga rolled oats yang murah gila tu. Rugi tak beli bawak balik hari tu. Tengok cheddar cheese tu. Demmm.

Lepas ja selesai shopping dekat sini, kami pun kiranya nak pi dinner terus. Sekali dah 8.30pm, rasa macam dah kul 11pm ya. Yes kat Perth ni, malam awal ye. Kalau kat Malaysia ceruk-ceruk kampung pun kul 10-11 malam pun kadang-kadang still havoc kan tapi kat sini tak ya. Memang betul-betul laid back la gaya hidup depa ni.
Check-check Daniella Charcoal Chicken still open weh. Lega kami. Terus la kami gerak ke Daniella Charcoal Chicken tu. Perjalanan amik masa dalam 20 minutes macam tu dari Spudshed. Sampai-sampai dekat Daniella Charcoal Chicken ni ramai la pulak que nya. Belum lagi yng tunggu nak seat untuk duduk.Banyak pun muka-muka orang Malaysia jugak yang pi makan. Tak Malaysian or Indian or Pakistan.

As usual la, dekat sini depa punya must eat nya lamb ribs dia. Allah rasa menangis bila ingat kesedapan lamb ribs dia. huwaaaa sedapnya.

Ayam dia. Ok la not bad tapi sebab lamb ribs dia lagi extravaganza punya sedap...so ayam ni rasa so so ja la..hahahha.


My Gosh. Sakit pulak hati ni tengok lamb ribs malam-malam macam ni. Alahai apa la nasib.


The makan clan.

Waduhhh sedap gila weiii. Oh My God duk teringat lagi how lahhh.
Lepas ja melahap and licinkan semuanya maka kami pun gerak balik hotel. Masing-masing pun dah kepenatan. Esoknya ada lagi aktiviti menanti.

Bersambung nanti😘

SHARE 23 comments

Add your comment

  1. Tengok kanggaru tu sado nye badan. Kalau saya takut dah nak pergi dekat dekat. Takut kene tendang. Haih.

    ReplyDelete
  2. wahhh...dapat jumpa llama! hahaha..suka tgk dia dalam kartun..LOL..

    sedapnya ribs dia...tapi best pi aussie sebab buah-buahan semua besar besar. segar pulak tuuu...rindunya laahaiiii nak pi Melbeng lg sekali...lain kali nk g Perth jugak

    ReplyDelete
  3. Wahh bestnya dpt bercuti kt perth... Kita suka tgk travel perth sbb makanan dia sdp2 lagi2 kalau part lamb.. Hahaha.. Hrga tket return pon not bad... Klo stay sne brpe peruntukkan semalam kakak?

    ReplyDelete
  4. Syoknya jln2 Perth.. Jinak kangaroo.. Bole bergambar dkt. .Lamb ribs tu mmg nmpk mengiurkan. .

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat bercuti..seronok tengok orang pergi bercuti ni..bilal kit adapat merasa kapal terbang ni

    ReplyDelete
  6. Bestnya dah sampai Perth. Lia teringin nak gi sana & rasa sendiri . Nak tengok tiket AA skrg jugak. Mana tau ada tiket promo

    ReplyDelete
  7. Perth talk sampai lagi maybe next year baru travel bahagian Australia. Best Kan jln2 overseas

    ReplyDelete
  8. Fuh bestnya gi Perth! Never been there but once in Australia dkt Sydney je. Seronok dkt sana ppl sana semua friendly and easy to get along. Boleh la nnt tgk offer pergi aussie lagi

    ReplyDelete
  9. Kita pergi bercuti kat Malaysia jer tak dapat pergi Australia hehehe bestnya teringin pergi tempat yang kawan-kawan rekmen semua menarik dan best...

    ReplyDelete
  10. perghhh..lamb rack tu buat akak terliur la..giler betul...kalau dapat tu..x pandang dh kiri kanan..perth xde la mahal sgt kan..flight murah..makanan pun x susah nak cari..haih..bila nak keluar dari wishlist ni ni erk

    ReplyDelete
  11. Seronok tengok pemandangan dekat perth, bilalah boleh pergi terigin nak jejak kaki kesana may be 1 day nqnti dapat ke sana InsyaAllah.. doakan yea

    ReplyDelete
  12. Wow! Best...
    Aida ada kak ipar di sana. Ntah bila dpt visit dia. This year abg ipar da g beraya dgn dia kat sana :)

    ReplyDelete
  13. Aussie ni antara negara best klu dapat pergi. Pernah pegi GC rasa nak repeat balik datang sini :-)

    ReplyDelete
  14. Wah, bestnya Aussie.
    Salah satu wishlist jugak nak jejak kaki ke Australia ni...
    Selalu nampak orang share... harap satu hari kite dapat share jugak info macam ni... +D

    ReplyDelete
  15. Syioknya..rajin sungguh ke perth ya. Sis lama dh tak pergi sana..mmg syiok ke sana, boleh drive sendiri sb jalan dia senang je. Ummm bilalah dapat ke sana lagi

    ReplyDelete
  16. Seronoknya dapat pergi Perth. Teringin nak sampai sana. Kena kumpul duit nih nak pergi sana. sekali sekala kena tengok tempat orang

    ReplyDelete
  17. Masa pergi Perth dulu, Nad tgh off mood blogging. So langsung takde kenangan yg cerita dekat blog. Rindunyaaaa! ❤️

    ReplyDelete
  18. Omg, bestnya pi Perth. Tak sabar nak gi bulan March tahun depan. Tiket dah booked, cuma hotel dan kereta belum settle. Nanti jangan lupa share tau pasal kereta sewa dan hotel yg best-best.

    ReplyDelete
  19. dalam banyak banyak gamba, saya paling suka ribs tu. nampak juicy. aish bestnya kalau boleh try. kalau pergi perth wajib cuba tu!

    ReplyDelete
  20. Seronok dpt mkn angin ke Perth...kita entah bilalah nak sampai ke sana dlm mimpi kot heee

    ReplyDelete
  21. Akak bestnya! Saya belum gigih lagi bawa anak kecil naik flight kak. Ya Allah stress nanti. Hahahaha. Saya tunggu mereka besar. Nanti share itenari k. Refer blog akak je la senang. Hahaha

    ReplyDelete
  22. kan teringat cerita jangan benci cintaku. sebab memang tengah demam cite tu.

    ReplyDelete
  23. Cheese dan susu tu murahnya... heaven nya org sana dpt brg2 murah.. makin famous port la utk rakyat malaysia lps tgk cerita jgn benci cintaku

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS