Resipi Homemade Sosej Ayam

5:36 AM

Salam 

Hai hampa semua.

Kali ni nak share pasal satu resipi mudah untuk homemade sosej ayam. Nak beli sosej yang siap selalu sangat pun tak bagus kan. So apa kata buat ja sendiri. Mudah pun mudah kan... yang penting xda bahan-bahan tak elok dalam tu kan.

Bahan-bahan:

Ayam bahagian fillet(potong kecil-kecil)

Bawang besar (potong dadu)

Garlic 6 ulas( crushed)

Cendawan(aku guna king oyster)

Garam bukit

Stock ayam

Paprika powder

Dried Mixed herbs

Tepung ubi

Telur sebiji

Air sejuk 1/3 cawan

Cara-caranya:

1. Potong isi ayam kecik supaya senang nak blend dengan food processor. 

2. Campur semua bahan, then blend guna blender or food processor. Aku guna food processor ja sebab dah ada. Senang skit nak keluarkan nanti.


3. Masukkan isi ke dalam mould sosej. Oh ya mould ni silicone ya so it safe untuk kita kukus ya

.

4. Then kukus selama 20 minit.

5. Unmould dan sejukkan. Nak goreng pun boleh lepas tu.

6. Aku goreng skit. The rest sejukkan dan frozen kan. Nak nanti keluarkan and goreng.

Sukatan yang betul-betul tu xda. Ko pandai2 la main agak. Sebab aku ni jenis main agak ja tau. Janji jadi. 

Kalau korang ada yang tertanya-tanya kat mana nak beli mould sausage ni..boleh la jenguk instagram : scandi_scandu ya. Depa ada juai kat sana tau

Senang ada menda alah ni.. nak buat kepok lekor pon boleh ni..hahahah

You Might Also Like

15 comments

  1. Bagus la sosej home made ni. Kalau beli kat kedai mesti lemak je yang lebih kot. Kita buat sendiri...isi ayam yang lebih. Menyihatkan lagi....

    ReplyDelete
  2. Menarik ni..dah ada alat nak buat sosej sendiri kan..terjamin sedap dan kebersihan..janji sihat kan sebab kita x tahu apa kandungan yang di pasaran kan..

    ReplyDelete
  3. Wow bestnya buat sosej sendiri. Nanti syira nak tiru la idea ni. Sebab anak syira suka sosej. So kita boleh customize bahan. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. Liez suka buat sosej or.nugget utk anak2 makan. Sbb lebih bersih dan yg pwnting bahan2 digunakan berkhasiat. Tapi selalu pakai balut dgn daun pisang je.. nak kena g beli la sausage mould ni nnt

    ReplyDelete
  5. Senang dan pantas nak buat. Bahan pun senang nak dapt. Ni kalau buat kena sediakan banyak. Anak2 jenis suka makan jns hidangan macam ninhehe

    ReplyDelete
  6. Wahhh senang betul buat sosej dgn alat ni. Kalau buat sendiri sure akan lebihkan isi..:D Nanti nak belilah alat ni

    ReplyDelete
  7. pergh, nampak best pulak tempat buat sosej ni..nak tengokla..ok nanti nak tiru cara alia masak..hehehe..kot boleh tambah ape-ape kan..

    ReplyDelete
  8. Wow menarik lah kita nak buat juga tapi kita nak buat sosej daging boleh tak hehehe bestnya senangnya buat sendiri boleh isi banyak-banyak dan bahan-bahan sedap....

    ReplyDelete
  9. Menariknya buat sendiri sosej ayam macam sis alia buat ni. Lagi yakin dan terjamin sebab buat sendiri kan. Rasa dia pun lain

    ReplyDelete
  10. Resepi simple tapi kalua time lapar wooo, terasa paling sedap ni! Nak buat pun senang untuk golongan kurang masuk dapur macam Nad ni :p

    ReplyDelete
  11. bagus la ada mould macam tu..senang nak buat sosej sihat kan..asyik makan yg beli kt kedai pun tak elok gak.

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi buat sosej sendiri selalu beli. Tapi teringin nak buat sendiri .Mesti lagi rasa berbaloi dan tak payah was was .Kalau buat sendiri boleh add on macam2

    ReplyDelete
  13. Rajinnya buat sosej ayam sendiri sis alia. Bagus lagi dari yang beli kan sebab lebih banyak benda kita boleh masukkan sendiri

    ReplyDelete
  14. aida ada resepi sosej ayam. tapi dibalut dgn plastik.
    yg ni ada mould tu. nice.
    nanti nak tgk tgk mould tu. mcm memudahkan aje.
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  15. one more thing, aida memang nak buat sosej ayam sendiri, alia.
    ada juga resepi nugget. lom sempat membuatnyer aje :)
    lagipun, mcm murah skit kalu buat sendiri.

    ReplyDelete