Travelog Pak Bara : Day 1

9:57 AM

Holaaaaa
Sebelum start dengan Travelog Perth untuk kali ke dua izinkan daku share pasal Travelog Pak Bara terlebih dahulu.

Pak Bara ni adalah salah satu tempat di selatan Thai. Kalau kita dari Utara Malaysia ni nak senang ke Pak Bara masuk lah kot border Wang Kelian , Perlis.

Biasanya Pak Bara ni fames among tourist sebab kat sini la terletak jetty nak ke Koh Lipe. Yes, aku pernah cerita pasal aku pi Koh Lipe dekat sini.

Untuk pengetahuan hampa, biasanya untuk ke Thailand kami akan isi segala document untuk bawak masuk kereta dan insuran ke sana a day earlier. Boleh refer sini, aku ada cerita. Sebabnya rumah mak aku tak jauh pun dari border ya.

So biasanya mak aku akan uruskan a day earlier supaya nanti hari nak pi tu tak kalut. Boleh sampai border awai pagi and terus masuk ja. Kalau dak kena tunggu kedai-kedai yang uruskan insuran semua tu nanti lambat. Urus awai tak kalut.

Untuk entry Pak Bara ni, dari Jitra ke Wang Kelian tu rasa ada la dalam sejam lebih. Selesai saja urusan di border kami ambil keputusan untuk makan di Tan Yong Po atau nama Melayunya Tanjung Poh. Oh kat sini banyak ja orang Siam yang boleh dan fasih berbahasa Melayu sebab jarak dia dengan Malaysia tak jauh..malah banyak ja orang Islam dekat wilayah ni. Kalau di Danok, tu dalam kawasan Sadao. Kalau Pak Bara, Tan Yong Po ni pulak dalam kawasan Satun.

Dekat Tan Yong Po ni ada dua kedai tau, best sebab dua-dua kedai ni kat tepi laut. And jangan tak tau masih dapat coverage Celcom dekat sini.

Jom jamu mata dulu lah dengan gambar-gambar kat sekitar restoran dekat Tan Yong Po tu


Selesai makan maka kami teruskan perjalanan ke Pak Bara yang terletak lebih kurang 1 jam daru Tan Yong Po ni. Kat sini kami cari chalet untuk check in dan bermalam semalam di sini. Tujuan ke Pak Bara kali ni lebih kurang untuk food hunting ya.


Ni la kedai yang kami singgah makan. D food is nice.


Coconut ice cream ni makan time tengah panas rembang perghhh sedapnya...nikmat mana lah yang aku dustakan ye dak.


Ketam apa ntah


Sotong teloq masin. Lain dari yang kat Malaysia kan.


Kailan ikan masin


Kengsom ikan siakap

Udang goreng.


Daging bakaq. Masa sampai-sampai aku macam under estimate nampak macam biasa-biasa ja kan. Sekali perghhhh sedap nak mampus ok. Taste different from Danok punya. Sedap woi. Satu set tak cukup. Last-last kena tambah.


Total makan dekat sini tak sampai 1000B tak ingat exact berapa tapi wayyyy cheaperrrr la than Malaysia. Udang tu kat Malaysia amik da boleh menangis kot

Sambil makan sambil menikmati pemandangan alam.

Lawo nya lahai. Tu yang bukit depan tu katanya Langkawi. Dekat ja lahai. No wonder dapat coverage Celcom kat sini.


Adriana masa rambut panjang.


Aishah time ni pun rambut nan hado sangat. Hahahah

Lepas ja habis makan kat sini kami pun gerak la ke Pak Bara. Fuhhhh aku dah lena time tu. Sebab kenyang kan..baik aku lena. Nasib la ada mak aku untuk temankan en suami aku drive. Kahkah.


Sampai ja Pak Bara kami terus cari chalet untuk bermalam. 

Cantik kan. Aku suka tengok rumah-rumah orang Siam ni. Design depa lawa-lawa jugak la. Sory nama chalet aku tak tau sebab dalam bahasa Siam. Ni pujln boleh stay sini sebab mama aku pernah mai tidur dekat sini.

Kami ambil 2 chalet.


Bilik selesa la.

Ada tv kerusi semua. Ok la tu kan

Ada air mineral. Cuma xdak peti sejuk ja. Ok la kan. Setakat nak tidur ja kan. 


Toilet pun bersih and selesa.

Harga bilik tak silap aku dalam 800B macam tu la.

Ni dekat cafe dia. Masa kami mai check in tu air surut bhai. Sampai ke tengah. Hahahhaha.

So petang tu kami berehat dekat bilik ja sebab panas gila kot. Biasa la tepi pantai kan. Lepas ja Maghrib baru kami keluar cari makan.

Ni dekat dataran dekat Pak Bara ya. Makanan dia sedap-sedap and murah sangat-sangat.

Lepas ja makan and tapau apa yang patut kami serang 7 E pulak. Aku kan ada obsession dengan 7E kat sana. Kalau kat Msia takut nak masuk doh.

Burger-burger ni sedap ok especially yang shrimp tu..adudu betul.


Ni semua halal ya.

Collagen drink.

Borong-borong jangan tak borong

Nampak pun sedap je

Halal section

Sedar-sedar dah penuh bakul. Bahahhaha.

Geleng kepala laki aku tengok kelaku akh kalau masuk 7E sini. Fuhhhh.

Malam tu balik makan dekat bilik ja lah hasil tapau makanan-makanan kat dataran tu. 


Bersambung untuk next day ye.

 

You Might Also Like

22 comments

  1. menarik nyer, alia.
    looking forward nak baca part tu pak bara.
    mana la tau tersampai sana :)
    bab 7e tu aida kagum.
    kat sini mcm nothing aje and mcm tak menarik.
    daging burger tu, wow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe..dah ada part 2 dah..
      Memang burger tu sedap gilos ok..kalau pi 7E sana jgn lupa beli tau

      Delete
  2. Ketam tu nampak menyelerakan lah. Portion banyak pulak tu. Kengsom tu tak pernah rasa lagi. Coconut Ice Cream tu pun nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes semuanya sedap2 belaka sis..
      Coconut ice cream tu fav saya

      Delete
  3. apakah murah sangat makanan brand CP kat sana kakak! bookmarked sini, nanti balik SP kami nak paksa laki kami bawa kami sini. KAHKAHAKAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila2 pi..rugi xpi..dah la sedap..murab2 plak tu

      Delete
  4. Pergi sana kalau tak makan memang tak sah kan. Tak sangka boleh dapat makanan harga murah. Kiteorang punyalah risau bab makanan luar sebab takut harga mahal mahal

    ReplyDelete
  5. ketam tu menggoda.chalet pon cantik la.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  6. Macam menarik jer..akak dah sampai Wang Kelian masa sblom ditutup untuk perniagaan, mearasa la havoc membeli belah kat situ..best giler..tak lama lepas tu dengar2 dah tutup dah..baru plan nak pergi lagi..nak masuk Siam dari Wang Kelian la kononnya..tapi non hado..nanti la..kalau pi lagi Perlis bleh la plan masuk sini plak..makanan tu semua buat akak terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah wang kelian belah kita ni xda apa..tpi belah siam ada lgi..on weekn la..pi la kak kalau akak ke perlis..lajak sekali ke Pak Bara utk jjcm

      Delete
  7. tak pernah dengar pasal Pak bara,lepas ni nak info lagi please..mana tau berkenan dapat bercuti kat sini..Tempat murah macam ni boleh la bwak family berduyun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata pak bara ni terkenal tu xlah..cuma selalunya tourist droo by here utk ke koh lipe sebab kt sni jetty ke koh lipe

      Delete
  8. Kengsom tu macam tom yam ke? Ais krim kelapa tu paling best 🤤 Bilik cantik dan nampak selesa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kengsom tu nk macam asam pedas utara tpi lain skit..dia pedas2 lagi

      Delete
  9. Makanan thai mmg sedap..kalau ke sana tak makan makanan tak mmg tak complete rasanya.
    Nanti bolehlah masuk dlm wishlist akk tmpt ni..tak pernah tahu tmpt ni cantik gak..thanks ya for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik gak pak bara ni kak..tepi laut..kaya dengan hasil laut..makanan pun murah2 gak

      Delete
  10. ingatkan Pak Bara tu nama pemandu pelancong..hehe..memang betul food hunting tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe..memang jjcm ja kt sni..sebab mkanan2 thailand ni dekat di hati saya

      Delete
  11. Dah pernah sampai Thai, ice krim kelapa tu memang sedap! kengsom Thai kalau x cuba memang tersagatlah ruginye...... menarik betullah makanan-makanan Thai, dia buat kita terliur memalam ni hah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sedap kan kengsom tu..saya pun suka..buat lauk diet pun sesuai sebab xda minyak dalam ni

      Delete
  12. Rawlins pernah sampai Koh Lipe tapi tak pernah lagi ke Pak Bara. Actually Rawlins memang suka melancong ke Thai - memang best budaya depa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga pak bara..tpi biasanya org2 perlis suka ke sini makan2 n beli seafood bawak balik sebab murah compared to malaysia...dulu first time mai pun sebab nak ke Koh Lipe jugak

      Delete