Resipi Sos Steamboat ala Jhonny's

8:11 AM

Disebabkan kami laki bini tengah nak Onz diet kan..maka lately ni kami suka la nk bersteam boat dekat rumah ken...



Selasa lepas dah buat tapi kurang menyengat sebab makan dengan sos cili thai tu ja. Alaa takleh jadi ni nak kena buat jugak sos ala2 Jhonny's tu. Pedulik aa jadik ke dak ka. Setelah puas godek-godek blog lain yang pernah buat so aku olah mengikut kesesuaian tekak aku lah ye.

Jom kita tengok bahan-bahannya:

8 biji cabai besar merah
6 ulas bawang putih
5 sb minyak bijan
5 sb cuka
5 sb sos ikan
3 sb sos tiram
2 sb kicap manis
Air secukupnya
1 sb sunquick (sini la rahsiaaaa segala rahsia kesedapan sos Jhonny's noks)
1 sb tepung jagung (bancuh)
Bijan bukan najib ye! (Sangai..lagi banyak lagi sedap)
Daun ketumbar rancik halus (lagi banyak lagi sedap noks..kick dia dekat daun ketumbar ni lah)
Garam (aku tak letak sebab dah ckup masin bagi aku..so up to u lah ye (
Gula (aku masukkan 2 1/2 sb ya)


Cara-caranya:

1. Blend cabai besar dengan bawang putih guna air secukupnya.
2. Masukkan semua bahan(kecuali bijan, bancuhan tepung jagung dan daun ketumbar) ke dalam periuk dan panaskan.
3. Api guna slow-slow ja tau. Perasakan dengan garam n  gula ya.
4. Then masukkan bancuhan tepung jagung untuk bagi pekat. Pekat ni pun ikut suka korang la nak pekat macam mana kan.
5. Dah siap  boleh masukkan ke dalam mangkuk and tabur bijan dan daun ketumbar.



Dah siap. Boleh la makan dengan sepuas hati. Kalau tak habis boleh simpan dalam peti sejuk ok.

Laki aku cakap boleh celen Jhonny's dah lepas niiiii...

Jom jamu mata tengok steamboat kami dulu la naa

Prawn dumpling, segala ball2 ni untuk anak-anak.


Udang, ayam, daging n kambing slices tu beli dekat Jusco..memang ada utk steamboat punya.


Sayuran wajib bagi aku.


Nak makan tu kacau-kacau la dia. Rasa dia paduuuuu...perghhhh


Dah lepas ni takyah nak Jhonny's sangat dah. Sekali makan kat Jhonny's tak terbang RM150+ memang bukan dia la...

Ok la nak sambung tengok Spain Vs Russia ni. Tengah draw pulak wei. Stress awat la Pique ni guna tangan pulakkkk..ko bukan main handball bhaiiii
Seteressss mak jem!






You Might Also Like

6 comments

  1. Wahhhh bestnya.nak try buat sos ni la nanti... terima kasih atas perkongsiannya 😊

    ReplyDelete
  2. astagha...your post just made me crave for steamboat like in the middle of the night....omg...now im like super hungry...

    ReplyDelete
  3. Thanks! i nak cuba buat, nampak macam senang and sedap juga. My family loves steamboat on weekend so the sos is a great idea to try.

    ReplyDelete
  4. Simpan dulu resepi ni... Klau ada kerajinan bole try

    ReplyDelete
  5. Okey,boleh simpan resipi ni. Nanti nak buat mudah, refer je sini, hehe. Syiok ni buat kat rumah,then makan reramai

    ReplyDelete
  6. Bella suka makan steamboat tapi kebanyakan kedai2 steamboat yang ada tak berapa sedap sos nya. Pada Bella, steamboat ni yang penting sos nya. Mama Bella pun buat sos steamboat ala2 Johnny's sebab kitorg satu family suka makan steamboat dan resepinya lebih kurang juga macam resepi Alia.

    ReplyDelete