Salam.

Nak tanya sikit sapa dekat sini yang ada masalah kulit kepala dekat sini? Biasanya orang perempuan especially yang pakai tudung ni kulit kepala kita biasanya sensitif sikit kan. Macam aku sendiri, aku pernah pi analysis kulit kepala aku masa nak wat scalp treatment dekat A Saloon, diorang scan and tunjuk kat aku condition kulit kepala aku time tu. I was like euuwwwwww. Serius berminyak namateyyyy.



Bila terlampau berminyak tu mula la kulit kepala aku jadi gatal-gatal and buatkan kuping-kuling halus terbentuk. Nak kata kelumumur bukan tau. Tapi bila gatal kau garuk dia nanti turun macam salji. Lagi sekali euuuwwwww.


Euhhh tak? Masa scan nampak macam ni la. Tapi of course ni bukan scan kepala aku. Ni kepala dekat sumber dari Google.

So antara solutionnya aku kena shampoo rambut everyday. Yes everyday untuk elakkan kulit kepala aku berminyak and lead to gatal-gatal and jadi ala-ala salji tu. And once a while aku kena la buat scalp treatment untuk improve kan scalp condition aku.

Bayangkan 1 scalp treatment will cost me roughly about RM150 per session. Yes scalp treatment session ain't cheap man! Tu kat salon biasa. Kalau kat A saloon might cost me double. Bayangkannnnnnnnn....

Fuhhhhh. Nak bayangkan cost aku nak kena buat scalp treatment tu dah boleh buat aku gigil. Tau tak salah satu effect dari scalp yang tak terjaga adalah hair loss. Yes hair loss...rambut gugur! Walaupun rambut aku kategori tebal tapi tak seronok wei tengok rambut gugur penuh rumah.

So baru-baru ni aku ada jalan-jalan dalam mall and nampak satu kedai penjagaan rambut ni. So aku tanya la produk apa yang sesuai untuk scalp treatment ni. Terus terang aku cakap aku tak mampu nak buat scalp treatment kat saloon tiap-tiap bulan.

So that guy suggested me to try this L'oreal Professional Hair Spa ni. Come on..sapa tak kenal product L'oreal kan. Very well known and established brand no one can doubt that. So after consult few things about this product, how to wear and what should I do and don't so I decided to give it a try. Afterall no harm pun kan. Kalau tak ok stop je lah...dat's it.


Taraaaa..nin dia haaa. Love ke tak love ni?


After using this like 2 or 3 times, I realised yang rambut aku kurang gugur. Yes betul memang kurang. Selalu kalau vacuum rumah time nak bersihkan filter vacuum tu meesti banyak rambut aku ja. Ni dah kurang banyak hokeyyy.


Love this superb product!


Texture dia macam gini ya adik-adik


And kulit kepala aku pun segar ja. Yes dia prevent dari kulit kepala aku dari cepat jadi oily. Sekarang aku shampoo dua hari sekali.

Cara pengunaan

Pengunaan dia senang ja. Lepas kau shampoo kulit kepala kau and cuci shampoo tu, apply terus directly dekat serata kulit kepala kau. Buat urutan sikit and biar dalam 20 minutes then baru bilas. Lepas tu dekat ujung rambut korang jangan la lupa letak conditioner tau. Ingat conditioner takleh sentuh kulit kepala...letak kat hujung-hujung rambut ja tau.

Memang dapat rasa la kulit kepala tu fresh. Kalau tak cepat ja lah haaa berminyak. Tak suka tau bila kulit kepala cepat berminyak ni. Nanti habis dengan rambut-rambut jadi berminyak. Seriously like euwwwwhhh.

So korang sapa-sapa yang ada masalah kulit kepala baik yang gatal-gatal, berminyak mahupun hair loss...cuba la try L'oreal Professional Hair Spa ni. Harga pun stil condsider cheap. Ni aku beli sekali barang-barang lain dia kira aku RM28 ja.

Terus rambut aku sekarang terasa begitu lawa. Ehhhh


Feeling-feeling betul rambut macam ni  tau. Rambut kan mahkota wanita. Dengan rambut ni la nak menggoda laki sendiri pun. Kahkah.


Aku paling suka rambut Anzalna ni. Lawa wehhhhh. Bersinar dan volume sangat. Major love! 


Dah korang yang ada masalah macam aku takyah berkira sangat nak.spent beli menda alah ni. Trust me worth your money. Dari pi buat treatment kat salon, lagi mahai weiiii. Zaman sekarang zaman berjimat. Negara berjimat..kita pun kena la berjimat jugak. Tapi sekali sekala paw laki sendiri suruh belanja treatment dekat saloon apa salahnya. Kahkah!


SHARE 21 comments

Add your comment

  1. boleh cuba ni kak.. rambut gugur memang stress betol. dala mmg stress tngk rambot gugur tambah stress bila nak oknya ? ahaha..

    ReplyDelete
  2. I've been eyeing the L'Oreal hair spa product but always lupa beli. Can't you believe it? Next time must put it down in my shopping list! Thanks for reminding.

    ReplyDelete
  3. boleh tahan jugak harganyanya tak delah mahal mana pun, itulah masalah kulit kepala ni adalah hormon kita, kalau hormon tak stabil abis keluar semua pori2 minyak bagai kan

    ReplyDelete
  4. Btul tu kdg rasa gatal sgt kulit kepala.. Pernh juga pegi treatment sbb dpt free so bila tgk die scan kulit kepala , berminyak and die syorkan shampoo and treatment tp bole tahan mahal.. Nanti nk try la hair spa dr loreal ni ..suka tgk rambut anzalna tu.. Shining

    ReplyDelete
  5. Akak kalau bab hair spa ni memang suka..eh nak beli gak la..rambut akak rasanya perlu di spa ni..hehehe..buat sendiri kat rumah kan..x yah bazir duit..beli je product..harga pun mampu milik tu ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga memang terlajak murah kak..berbanding kos nak pi spa tiap2 bulan kennn...bukan kata ni..kepala pun boleh botak sebab jenuh pkir nak cekau mana duit nak pi spa..
      Ni buat je kat umah..da sepp

      Delete
  6. kita memang ada masalah rambut gugur,banyak dah try syampu,kalau bagus kita nak trylah loreal ni.,Produk ni senang nak cari kalau dekat drugstore kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa drugstore takdak yg hairspa ni..kalau ada pun yg l'oreal biasa tu..kena cari kt kedai pnjagaan rmabut

      Delete
  7. Masalah rambut gugur Yaya memang serius taknak bertolak ansur dah. Nak try lah nanti produk ni. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  8. finally ada gak produk rambt,. asyik make up je hahaah rimas gak. anyway produk ni lelaki boleh ke guna/ kalau boleh nanti nak cubalah! mana tahu sangat bagus kan?

    ReplyDelete
  9. Loreal ni mmg jenama yg tak perlu diperkenalkan dah..boleh kurangkan rambut gugur tu yg terpikat nak try nanti..dh try jenama H** tapi gugur jugak..*Sobs

    ReplyDelete
  10. I truly love loreal hair products.. makes my hair healthier and shinnier.. I'm using it too!

    ReplyDelete
  11. Bila kita tengok masalah kulit kepada bekerak dan berkelemomor macam dalam gambar tu rasa seramlak kita pernah tengok orang penuh kelemumur kat baju tapi dia macam buat tak tahu jer hehehe mungkin produk ni mampu membantu..

    ReplyDelete
  12. Paling tak suka kalau kita pakai tudung, then berpeluh. Rambut berbau satu, lepas tu berminyak, gatal dengan kelemumur. Mahal nak buat rawatan.

    ReplyDelete
  13. O.. yang ni sesuai untuk menghilangkan kulit kepala yang gatal.. TB pun ada masalah tu jugak sekarang ni.. boleh la cuba nanti.. dulu pernah guna gak brand loreal ni.. suka sangat.. wangii..

    ReplyDelete
  14. Kalau kulit kepala ber dandruf, uishhh gatalnya tuhan saja yg tahu. Plus tak confident langsung nk pakai baju hitam. Banyak dgr positif review produk loreal nie. Okay nk cuba lh

    ReplyDelete
  15. RM28? Murah laa. Ingat mahal. Emi pun ada masalah kulit kepala gatal. Rasanya sebab kelemumur kot. Susah betul simpan rambut panjang ni.

    ReplyDelete
  16. Rambut adalah mahkota bagi perempuan. Untuk itu perlu dijaga dan di rawat. Makasih perkongsiannya sebab bisa tahu produk mana yg bisa dipakai tuk memelihara rambut dan kulit kepala.

    ReplyDelete
  17. Nampak macam best dan murah je ya. Bolehlah sis cuba produk ni pulak..memang kalau selalu nak wat treatment memng paroh..baik beli ni and buat sendiri kat rumah..jimat duit..hehehe

    ReplyDelete
  18. Wow hair spa. I usually wash once as I have super dry hair unless I go for outdoor activities. And I seldom use hair spa as my scalp is more sensitive. But thanks for recommend this.

    ReplyDelete
  19. woww... rasa nak cari product ne terus. sebab MB pun ada masalah mcm alia. hehehee... thanks tau sharing pasal hair spa ne.

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS