Kenapa aku pindahkan anak aku ke tadika lain?

6:46 AM

Assalamualaikum....
Baru sempat nak update blog and nak cerita pasal kenapa aku tukarkan Adriana ke tadika lain...
I'm not gonna tell anak aku ke tadika mana sebelum ni. Sapa yang pernah baca pasal cerita kat mana aku hantar anak aku tadika sebelum ni mesti tau kat mana aku hantar anak aku.

Soalan yang selalu aku dapat bila aku decide nak tukarkan Adriana ke tadika lain adalah....
Ehhhh bukan tadika tu fames ke...bukan ke tadika tu ada good reputation ke?

Yada yada...Yes memang tadika tu fames and memang tadika tu ada good reputation. Tak dinafikan anak aku cepat membaca menggunakan teknik membaca yang diorang ajarkan.

So apa yang tak bagusnya?

Aku still percaya macam mana pentingnya membaca, menulis adalah salah satu asas dan fundamental yang perlu diajar selari di usia awal kanak-kanak macam Adriana. Means, bila kau ajar apa saja teknik membaca pun, kau tetap kena introduce ABC kepada mereka, tetap kena ajar mereka menulis ABC. Yes aku tak mengharapkan pun Adriana dapat menulis lawa gila abc macam tulisan mama dia ni. Tapi aku harap bila aku dah hantar dari 4 yo mesti at least bila dah masuk 5yo part menulis tu ditekankan. Yes masa last year memang aku tak kesah sangat pun kalau dia tak reti lagi menulis ABC. But starting this year aku start buat latihan menulis dengan dia kat rumah. Start dengan ABC la ye. Berbulan-bulan aku jadi mak singa, heran kenapa la anak aku menulis ni semacam sangat. Nak ajak menulis no 6 or tulis Q macam boleh bawak bergaduh.

Then lama aku stop buat latihan dengan dia dekat rumah. Lepas tu, aku motivate balik singa dalam diri aku supaya jadi la kucing skit dengan anak kan. Taknak la push her so hard kan. Berkali-kali aku ajar dia menulis ABC and ajar dia recognized ABC tapi dia macam lost and confius so aku tanya dia betul-betul, teacher ajar ke tak dekat sekolah tulis ABC. Adriana jawab taktak

Still aku taknak caya lagi anak aku sendiri, so aku tanya teacher dia almost everyweek macam mana ya Adriana menulis kat sekolah. Teacher cakap lemah skit. So takpa aku balik buat lagi latihan dengan dia. Kali ni jadi mak kucen je lah. Tanya lagi Adriana Adriana dah tulis ABC sampai mana dekat sekolah, stil jawapan dia mana ada teacher ajaq. Kenapa mama tak bagi buku ni suruh ajaq Adriana dekat sekolah. Dah pulakkkkk.

Kemuncak aku meyirap bila aku tanya teacher yang incharge dah introduce ABC belum dekat Adriana. Dia jawab ringkas belum. Kenapa ya puan? Aku tanya kenapa macam ni? Sedangkan aku hantar anak aku dari 4 yo, shouldn't she supposed to be exposed with recognizing ABC n writting ABC. Dia jawab memang macam tu Puan...diorang ajaq menulis suku kata terus...
for example like this

MATA- MA - TA
aku da jammed gila dah...anak aku nak menulis and recognized and menulis M A semua tu pun jenuh aku tak jadi naga. Bayangkan berapa banyak suku kata yang diorang belajaq kat sekolah. Tu belum kalau masuk sekolah nanti kena isikan tempat kosong contoh macam ni c_ncin mesti anak aku tak reti. Oh my T____T

And bila aku tanya bila nak introduce ABC and the writting? Jawapan yang dapat amat mengecewakan, at 6 yo baru diorang nak ajaq. Fuhhh, aku punya plan pulak next year aku dah nak masukkan Adriana dekat pra sekolah dekat sekolah rendah dekat rumah aku ni.

Bayangkan Adriana dah setahun lebih belajar dekat situ, nama sendiri pun tak boleh tulis lagi....i cryyyyy weiiiii.

Sebelum korang tanya aku kenapa aku tak introduce sendiri ABC and writting ABC dekat Adriana sejak dari 4y.. I did try but after aku pi diorang punya seminar pasal teknik membaca diorang dengan founder nya. Founder awal-awal dah bagitau jangan risau kalau anak-anak tak kenal ABC..sebab diorang ada teknik diorang sendiri. Nanti diorang aku kenalkan jugak ABC tu. So to play safe and taknak dia confius aku releks la tak rushing nak introduce la abc apa bagai kan.

Sekali bila aku tau hakikat at 6yo baru nak introduce and ajar anak aku menulis abc at 6yo memang aku mengamuk jugak la kat laki aku. My bad jugak sebab aku tak check betul-betul dengan diorang pnya teaching planning macam mana kan.

Other part aku rasa ok ja pasal tadika ni. Part membaca diorang ni bagus cuma aku tak pasti kenapa tak buat selari membaca and menulis. And bila aku tengok writting session pun dalam weekly schedule cuma sekali saja untuk the whole weak.

Macam aku la, bila aku study. Baik subject menghafal ka mengira ka aku still kena menulis untuk rangsangan otak aku. So bila aku tengah blur-blur time exam tu kadang-kadang aku dapat memory daripada latihan yang aku buat which means by writting, otak aku captured apa yang aku pernah buat. Same thing applied here

Part lain macam solat semua tu bagus sebab diorang ada ajar kan. Cuma part yang menulis tu la aku ralat sangat-sangat.

And sebelum korang judge aku ni push sangat anak aku at 5yo, let me tell ya something...she is my daughter and dont give a damn care pun what the others think how i raised my kids. Yes kita boleh kata alaa kita dulu 5 yo menulis oun tak tau. Darjah  1 baru tulis ABC and baru start mengeja. Believe me, as much as I want that to happen to my kids..kita tak dapat nak bohong diri kita yang sistem pendidikan di Malaysia makin mencabar. Sekali ketinggalan sakit wei nak kejar,Aku taknak anak aku ketinggalan sebab nanti kalau dia ketinggalan, self esteem dia sendiri akan berkurang.

I pray hard that Dr Maszlee can do soemthing about this crazy education system. Let's hope that this crazy system will end soon. Mak pun larat nak sakit otak nak oiiii tengok soklan susah dik nonnnn.

Sekarang ni aku harap Adriana dapat la adapt dengan tadika baru dia kan. Alhamdulilah tengok buku semua aspek dia pentingkan. Walaupun bayar yuran murah tapi aku puas hati tengok buku dan apa yang terkandung dalam buku tu.

Other than that lain-lain tu bagi aku ok ja. Cuma part menulis n kenalkan ABC  tu aku memang ralat la. Ni based on experience aku la. Korang nak masukkan anak kat mana-mana kindy pun kena tanya betul-betul teaching planning diorang macam mana. My bad, aku tak check betul-betul bab ni.


Ni buku dekat tadika anak aku yang baru. 


Buku English


Buku english


Buku sains


Buku menulis

Buku english


Buku math

Buku bm.

So far aku berpuas hati tengok buku-buku kat tadika baru anak aku ni. Tadika lama buku yg boleh bawak balik buku yang baca tu ja.😆😆😆
 Ok la dari takda kan.


Kesimpulan yang aku boleh buat...tak semestinya tadika mahal yang berbayar tu ok or kena dengan apa yang kita nak. So tepuk dada tanya apa yang kita nak. Yag penting dalam nak survey tadika apa untuk anak hampa, hampa kena la tau teachning method and teaching planning depa. Depa guna method apa. Hampa berkenan ka dak dengan method tu. Haaa compilcated dakkkk.... hampa yang tentukannnn......zassss

You Might Also Like

22 comments

  1. Buku yang di tadika baru tu bagus. ChikTie guna buka tu jugak dulu untuk ajar anak-anak sedara, dan anak anak di tadika lama. Banyak latihan menulis jugak, selain membaca dan hafal suku kata.

    ReplyDelete
  2. buku tadika baru tu nampak lg bagus kak

    ReplyDelete
  3. betoi..kawan sekerja nadia pernah pesan kat nadia tak semestinya hantar tadika mahal anak akan jadi terus pandai.bergantung juga pada cara teaching diaorg.

    ReplyDelete
  4. Teknik mengajar dan silabus pengajaran penting dalam mendidik anak-anak kan. All the best ye. Bertabahlah dalam mendidik generasi baru.

    ReplyDelete
  5. Saya memang tak ada pengalaman lah nak bercakap tapi saya rasa, betul lah tindakan akak tu. Sebab apa yang penting adalah didikan ibu bapa juga memupuk minat belajar dalam diri anak-anak selain silibus pengajian dan teknik pengajar yang mendidik. Apapun, insyaAllah semoga urusan dipermudahkan ya kak. :D

    ReplyDelete
  6. Looks like a lot more for your daughter to learn now. Hope she will catch up very fast, better than at 6 - 7 years old!

    ReplyDelete
  7. Diorang tadika lama ajar sistem Kbat ke apa..kalau akak pun jadi confius..hantar anak dari 4yr tp dah umur 5 thn still x kenal ABC, Tadika yang bagus pun boleh buat anak kita jadi tak bagus kan..the way cara cikgu tu mengajar pun dah terang2 x seronok so macam mana budak nak adapt..yuran mahal tapi tak berbaloi..nasib baik dah tukar tadika..harap lepas ni Adriana makin maju

    ReplyDelete
  8. sis sudah buat keputusan yang terbaik untuk kebaikkan anak sis. semoga anak sis akan happy di tempat baru dengan suasana tadika nanti.

    ReplyDelete
  9. dulu zaman kita x susah pun masa belajar di tadika. x rumit mcm skrg. Ni makin mahal yuran mcm2 jenis sistem diguna. anak2 bkn robot. kita kena beri perhatian lebih dan ajar mereka disiplin. insyaAllah anak2 pasti lwbih baik tanpa memaksa belajar benda yg merapu

    ReplyDelete
  10. Sepatutnya pasa usia 4 dan 5 tahun patut kenalkan dengan abc 123 dan seterusnya.. Bukannya usia 6 bari nak ajar. Memang bila anak usia 5 tahun paturnya diorang dah kenal abc kan.. Dah sistem pendidikan sekarang nih pecah kepala kita tengok

    ReplyDelete
  11. bagus tadika baru tu. lengkap! dekat rumah pun boleh bagi galakan dengan pelbagaikwan warna diadan buku. kalau dapt yang 3d pun sama gak

    ReplyDelete
  12. Sama la anak kita di PASTI. Izzat 6 thn. Memang ada membaca & menulis. Numbers pun ada latihan menulis. Jawi pon. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  13. Baguslah sebab jadi seorang ibu yang sangat perihati macam ni kena jaga perkembangan anak-anak sebab budak sekarang ni cepat terdedah kepada teknologi takut nanti mereka tak tahu menulis ABC tu semua...

    ReplyDelete
  14. Children learns from the fun they have and this surely making them having much more interest in study. many have improve their teaching to provide better for children's learning. Interesting and way to go!!!

    ReplyDelete
  15. Oh dear, I'm suppose to send my daughter to kindy next year, this is something I need to keep in mind, being a mum is not easy, pergi sekolah mana pun kena survey baik baik.

    ReplyDelete
  16. setuju, sometimes nama je gahh, facilities je cantik tp isi kandungannya yang ado. sebab tu kena tgok syllabus terlebih dahulu utk hantar anak2 ke sekolah.

    ReplyDelete
  17. Susah jugak eh. Bab education ank2 ni bkn blh ambik remeh. Penting jugak utk ambil tahu

    ReplyDelete
  18. what??? umo 4thun xajar kenal huruf terus suku kata? mmglah anak susah nak tangkap.. patut dr awl anak2 belajar kenalkan dlu yg basic, kenal satu-satu huruf dulu...nombor dan lain2.. barulah masuk peringkat lain.. ank akk sy umo 4 thun bljr kenal2 huruf sikit.. tak patutla cmtu..tadika mahal tp takde pe... yg tadika baru ni bagus... lps ni kita smua kne hti2 kan kne plih..

    ReplyDelete
  19. Pendapat lia lah kan, sepatutnya kenal huruf dahulu . Dah faham & tau sebut dulu . Baru boleh membaca Dan menulis suku kata . Step by step . Bukan terus membaca tapi tak kenal huruf.

    ReplyDelete
  20. pelik yer after 1 year tak tahu lagi menulis ABC. memang sistem diorang rasa macam bagus anak pandai membaca tu lagi penting dari menulis. Tapi kita di ajar, kena belajar basic ABC, tulis satu2, kenal huruf baru la membaca. Bila tadika lama, konon advance sangat, tapi rasanya huda pun tak setuju nak hantar anak ke sana. Ke hantar tadika Pasti pun lebih bagus

    ReplyDelete
  21. saya pon pernah ada pengalaman anak hantar tadika tapi 2 tahun masih tak boleh nak membaca dan lain2.. bila tnye anak buat apa kat school, dia selamber ckp, tecer pasang utube je mama.. masa tu 5 tahun masih tak pandai membaca, menulis .. masuk 6 tahun pindahkan ke tadika lain then approach cikgu baru bgtau saya nak anak saya pandai membaca dan mengira at least 6 bulan lepas hantar.. alhamdulillah banyak impovement.. yela kan, risau nnti 7 tahun masih terkial2 tak tau membaca.. zaman sekarang ni terlalu banyak persaingan.. boleh kemurungan ank kalau tercicir jauh sangat dengan rakan sebaya..

    ReplyDelete
  22. Cari sekolah yang terbaik untuk anak2 pun mcm satu jihad jugak buat mak ayah. Saya pun mmg memilih sikit mencari sekolah anak2. Dua tiga kali survey, borak2 dgn penyelia, tengok silibus, kawasan persekitaran.. Then baru hantar. Itu pun pantau perkembangan emosi n pembelajaran anak2 dr masa ke semasa. Bukan apa.. Anak2 ni amanah yg tak ternilai dan kitelah yg mencoraknya.. Jd kne picky sikit apa2 untuk mereka. Semoga Allah guide kite untuk buat pilihan yang tepat insyaAllah :)

    ReplyDelete