RAMADHAN BUFFET DINNER DI LEXIS SUITES PENANG

5:33 PM

Assalamualaikum......
Hai hampa semua...sehat ka? Da abih ganti puasa ka? Kalau tak ganti cepat-cepat ganti tau sebab Ramadan kan tak lama lagi dah. Hee excited betul nak sambut Ramadan tahun ni.

Cakap pasal bulan Ramadan kan mesti dalam hati bestnya setiap kali time berbuka puasa dengan yang tersayang kan. Haaa kali ni kami nk cerita sikit pasai Buffet Ramadan dekat Lexis Suites Penang ni. Ya lah, kadang-kadang jadi wife ni buntu jugak nak masak apa masa berbuka kan. So apa salahnya kalau si suami belanja seisi keluarga makan Ramadan Buffet dekat Lexis Suites Penang ni kan.

Untuk pengetahuan hampa, tema untuk Ramadan Buffet di Lexis Suites Penang pada tahun ni adalah Sajian Laut, Selerea Kampung Nelayan. Ada lebih kurang 100 jenis juadah yang disediakan. Banyak kan.

Jom la kita tengok antara juadah yang disediakan ya.


Nasi hujan panas dengan lauk pauk yang sedap.


Favourite kami ekor masak merah ni! Sedap sangat


Nyum-nyum.


 Seleksi kerabu.


Sapa suka makan kerabu angkat tangan sebab kita geng!!


Sate!


Nasi impit!


Raya comes early with nasi impit, ketupat and sate!  Wehuuu


Rojak!


Ulaman


Kambing golek in d haus yo


Chicken for shawarma


Gulai kawah udang galah! Sedap sangat


My favourite! Bubur lambuk..orang Kedah called this kanji


Choice of noodles


Ketam masak lemak!


Sapa suka aiskrem malaysia ni angkat tangan..kita geng ok.


Emperor seafood soup. Among my fav!


Sup gearbox!


Char kueytiaw kambing .sedap weiiii


Seleksi kek pencuci mulut.


Barisan pemanis mulut. Sedap!

Amcam terliur dak tengok  semua juadah yajg ada untuk Ramadan Buffet dekat Lexis Suites Penang ni? Kalau terliur jom la kita pakat ramai-ramai bukak posa dekat Lexis Suites Penang nanti. Kami stil duk teringat-ingat lagi char kueytiaw kambing, ekor masak merah , emperor seafood soup dengan kanji(bubur lambuk) depa tu. Haihh sedap sungguh la. Hampa tak mau rasa ka semua yang kami habaq ni. Haihhh rugiii kot kalau tak pi bukak posa dekat Lexis Suites Penang ni.



Details untuk Ramadan Buffet Dinner-Sajian Laut & Selera Kampung Nelayan ni:

Ramadhan Buffet Dinner

Tema 
Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan

Tarikh 
31 May 2018 - 14 Jun 2018

Masa 
6.30pm - 10.00pm

Lokasi 
Roselle Coffee House, Lexis Suites Penang

Harga
RM 98.00 nett (Dewasa), RM70.00 nett (Warga Emas), RM50.00 nett (Kanak-kanak)

Promosi ' early bird'
RM 70.00 nett (Dewasa), dari 17-23 May 2018
RM 78.00 nett (Dewasa), dari 24 - 30 May 2018

Laman Sesawang
www.lexissuitespenang.com

Facebook
Lexis Suites Penang

Instagram
lexissuites

***untuk penjimatan jangan lupa grab promotion early bird ya.

You Might Also Like

19 comments

  1. udang galah tu adoiyai. semua menggoda.

    ReplyDelete
  2. kita geng suka kerabu.. apa2
    jenis pun syiok layan.. healthy
    food. sesap2 belaka menu kat sini
    tapi jauhnya Penang. bila gamaknya
    nak mai sana.. Lama x pegi Penang

    ReplyDelete
  3. Wah macam macam ada.nasi hujan panas, nasi kerabu...bubur lambuk pun ada.feveret kita tau bubur lambuk tuh.bila makan bubur lambuk feel puasa tuh lg bertambah tambah tau.dessert pun macam macam ada.rambang mata ai nak pilih mana satu nak makan nih

    ReplyDelete
  4. Udang galah gulai kawah tu menggoda betul la..kalau akak..akak akan terjah lauk tu dulu..then baru cari masakan lain..hahaha...jauh sangat hotel ni ha..kalau dekat ah lama akak pergi..well banyak pilihan..harga pun standard kan..nama pun Lexis Suites...

    ReplyDelete
  5. Mak ai geram lak kita tengok Masak Gulai Udang Galah tu menyelerakan besar lak tu kalau kat luar makan tu sahaja dah sama dengan harga buffet ni tapi kat sini kita boleh makan macam-macam kan...

    ReplyDelete
  6. Aduyai... . Dah makan terus rasa lapar balik tau! Dah laaa Nina pecinta seafood. Udang galah tu macam dok tenung kita jer.. . Camner ni? Macam kena pi Penang jerrr bulan puasa nanti. Hehe

    ReplyDelete
  7. Desert dia sedapnya.menu dia pun nampak sedap airah dah la memang suka seafood!tergoda betul

    ReplyDelete
  8. Wahhhh makanan dia terbaik betul. Seronok tengok udang galah tu. Tak ada lah mahal pon yer. Bawah seratus tp hidangan kemain meriahhh. Tp jauh lah pulak ke penang sana. Adeii

    ReplyDelete
  9. Bila tengok tema bufet tahun ni memang kena lah dengan lokasi Lexis yang berhadapan dengan laut tu kan. Gulai kawah udang tu yang paling menarik. Haish sedapnya kalau dapat makan. Tapi makanan dekat lexis ni memang semua sedap. Recommended.

    ReplyDelete
  10. udang galah tu, ya ampun,menggoda betul..dessert tu pun nampa sedap..alhaii..tak sabar nak puasa..kenapa tempat ni dekat penang..jauh nak ke sana..hehehe..orang penang bolehla pergi..nampak menarik

    ReplyDelete
  11. saya pasti, kambing golek tu nanti pasti akan jadi tumpuan. wow. siap ada aiskrim malaysia! lamanya tak makan

    ReplyDelete
  12. Fuhhh hidangan yang sangat menggoda iman ni..hahaha. Serius nampak menarik sangat hidangan kat sana. Kalaulah sis dekat sure dah terjah dah ni. Kambing tu..besorrrrnya lahai,,meleleh air liur tengok

    ReplyDelete
  13. Bufet Ramadan menyelerakan. Belom lagi bulan Ramadan. Kalau baca artikel ni, mau terbang ke Penang segera. Hahahaha. Cuaca sekarang ni panas je. Ramadan penuh mencabar kali ini. Hehe

    ReplyDelete
  14. Lia suka Ramadan Buffet sini sebab makanan sedap dan berasa. Suasana dan mood pun best bila berbuka. Kambing dia sedap jugak. Dessert lagi lah sedap.

    ReplyDelete
  15. Harga 78 dengan variasi makanan yg ditawarkan agak berbaloi. Paling mengujakan udang galah tu. Nampk tempting sangat hehe

    ReplyDelete
  16. wah, meriahnya berbuka kat sini, kalau ada rezeki terlajak out station ke penang boleh la singgah. suka nya tengok kerabu, skang tgh detoks mmg nak aim makan salad dan kerabu yg sedap2.hehehe....

    ReplyDelete
  17. So many delicious local food, I have my eye on the Char Kuey Teow after all Penang is famous for it and this is something that must not be miss and the little dessert looks exquisite as well, looks like a great place for a buffet dinner this ramadhan.

    ReplyDelete
  18. banyak nya makanan.. tak tau nak makan yang mana satu

    ReplyDelete