Resipi : Serawa / Pengat Pisang

8:28 AM

Hai hampa semua.
Kali nak bagi resipi dessert yang paling senanng dalam dunia ni selain agar-agar ya. Agar-agar tu kalau tak reti buat memang nak mengundang pesona nan grata oleh mak mentua woi..hahahha.

Disebabkan teringin sangat nak makan serawa pisang ni..oh ya orang Utara esp Kedah, Perlis & Penang memang panggil serawa tau untuk yang berkuah-kuah macam ni...serawa durian, serawa labu, serawa ubi, serawa nganga pun ada...serawa nganga tu hampa la yang duk tenga baca resipi ni sambil ternganga-nganga. Kahkah!

Ok la without being annoying yang suka membebel tak tentu hala..jom la kami bagi resipi serawa pisang sedap ni hoiii



Bahan-bahan:

10 biji pisang
Sagu sepeket
Santan sekotak
Gula merah
Gula putih
Daun pandan* aku takdak so aku takbuh la..kalau buh lagi power aroma dia
Susu cair

Cara-cara:

1. Rendamkan sagu biar kembang.
2. Panaskan air, masukkan gula putih dan gula merah dan biarkan mendidih. Kalau ada daun pandan jangan lupa masukkan sekali.
3. Bila sagu agak dah kembang masukkan sagu. Kacau sampai sagu jadi lutsinar dan hilang warna putih susu tu.
4. Bila sagu dah mula lutsinar masukkan pisang.
5. Agak dah masak pisang tu masukkan santan, kacau-kacau dan tutup api.
6. Sedia untuk dimakan semasa sejuk atau panas.
7. Masa nak makan boleh curahkan sedikit susu cair.

Perghhhh merecik! Makan dengan roti gardenia pun sedap weiiiiiii. Nikmat mana yang kau dustakan alia oiii.

Tapi tak leh makan selalu sangat ni. Manis and berlemak. Tak baik untuk kesihatan uolls.

You Might Also Like

23 comments

  1. sedap kalau dapat makan petang-petang nih :)

    ReplyDelete
  2. Alaaaaa...menggoda...lama dah x makan serawa pisang..dulu masa mak akak kuat dan sihat dia rajin buat pengat pisang..rindu air tangan mak..

    ReplyDelete
  3. teringinnya nak pengat pisang. hari tu balik Johor ada plan nak buat pengat pisang.. tapi terlupa sebab ada sedara datang. kalau dapat yang pekat, manis pisang dia. power tau!!!

    ReplyDelete
  4. wahhh sedap nya kalau dapat makan ni petang-petang mak I pun memang suka buat pengat pisang ni... ni rasa nak balik rumah mak I hujung minggu ni minta dia buatkan serawa pisang sedapnya..

    ReplyDelete
  5. Aduh ngences terus tengok pengat pisang ni. Antara pengat favorite ana ni. Kalau makan confirm bertambah-tambah. Lagi-lagi kalau dapat pisang yang lembik manis. Sedapnya. Nak sikit boleh? 😅

    ReplyDelete
  6. Sedap makan ketika panas Dan disejukkan menu klasik yang Ada umpphhh.

    ReplyDelete
  7. Thanks for the lovely delicious recipe...

    It's time to cook and eat serawa pengat pisang ya~~~

    Jom, let's try the recipe..

    ReplyDelete
  8. Teringin rasa serawa nie mcm mna. Tp belum berpeluang lg nak merasa. Thank u ya share resepi nie. Boleh lh nak cuba nanti

    ReplyDelete
  9. Pengat pisang mmg fav liez. Kena pulak dpt pisang masam2 tu pergghhhh terbaik. Susah nak dpt org jual kuah dia pekat2.. nak buat mmg mcm xberbaloi sbb yg mkn sorang je

    ReplyDelete
  10. Wow tak tahu lak pisang juga boleh buat serawa hehehe nampak sedap dan mudah nanti kita boleh cuba lah tapi nak guna pisang emas hehehehe..

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak buat serawa pisang. Aduh sedapnya alia oiii. Kena pisang yang masam2 tu sedap nya. Besok kita nak pegi cantas la pokok pisang kat kedai. Hehe.

    ReplyDelete
  12. this looks like a perfect dessert for the hot days...now I am craving for it...T.T

    ReplyDelete
  13. Wahh..sedap nya..hilma mmg suka serawa ni..lagi satu nama pengat pisang hahahha..ni klu kuah campur sikit ngan durian, perghhhh sedapppp

    ReplyDelete
  14. Antara fav juga nie... tertiba teringat serawa durian malam tadi, terlupa makan... ok kemurungan sat

    ReplyDelete
  15. I have been craving this for a long long time and I never know if is so simple. Oh my.... I gonna make this later.... I want it so much....

    Racheal

    ReplyDelete
  16. Mudahnya cara nak buat kan. Tapi Rawlins pemalas la. Hahaha. Nak yang ready boleh?

    ReplyDelete
  17. I miss Pengat pisang so much. Long time did not try it. But I still remember the sweetness of the Pengat pisang. Thanks for sharing this as I can make myself.

    ReplyDelete
  18. uzu suka makan ni tapi tak tau mcm mana nak buat . hehe tgk resepi mcm senang tapi kalau takdr step cara masak ( even simple ) pun, susah juga nak mrnjadi hehe

    ReplyDelete
  19. Never have I had a chance to try this dessert before, it looks really appetizing but I'm trying to cut down on sugar lately cause my no2 is getting too big, maybe after delivery I'll try making this.

    ReplyDelete
  20. Akak kurang tau makan oengat pisang.tp ada sorang kawan akak nih masak pengat pisang nemang sedap dan first time akak makan.kalau tak memang pandamg sipi jer x lalu makan

    ReplyDelete
  21. sedapnya... anak2anak akak suka ni... dh lama tak buat

    ReplyDelete
  22. I am a huge fan of desserts and this one looks really good. Will definitely try it out soon, the dish looks extremely appetizing <3

    ReplyDelete
  23. fav mak ainy ni tau. thank ypu share resepi. boleh buat nanti inshaaAllah.

    ReplyDelete