Resipi : Gulai Udang Kacang Buncis

6:13 AM

Wahhhh dah lama betul ya tak update pasal masakan kan... alaaa macam biasa tanggungjawab kepada keluarga kena juga buat walaupun kadang-kadang busy melampau sampai tahap masak nasi and beli lauk. Janji masak di situ walaupun masak nasi ja kan. Ehh masak nasik pun jatuh kategori jimays jugak noks.

Kali ni nak cerita menu simple ja tapi sedap. Kebetulan mama and adik aku mai ke rumah hari ni sebab nak sign SNP rumah adik dekat PDC so aku pun masak je lah yang simple-simple. Janji masak kan.

Dalam peti ais cuma ada udang, daging campur and ayam ja. Dalam otak daging campur tu buat daging masak merah pastu udang buat kari. Kalau dulu udang tu balik-balik sambal...balik balik sambal. Sampai muak jugak. Lately ni suka plak kari udang dengan kacang buncis.  Jom la tengok bahan-bahan and cara-cara masak kari udang kacang buncis ni.



Amcam terliur dak tengok gambar ni???

Bahan-bahan

1 biji Bawang besar
2 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
2 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu kecil serbuk cabai
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Udang
Kacang buncis
Garam
Serbuk perasa
Daun kari/karipole

Cara-cara:

1. Tumbuk/blend bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
2. Tumiskan bahan-bahan tadi bersama daun kari.
3. Bila da naik bau masukkan serbuk kari dan serbuk cabai dan kacau.
4. Masukkan air asam jawa dan tambah air supaya tak terlalu pekat.
5. Dalam 15 minit macam tu bila rempah kari semua da masak, perasakan ikut taste korang.
6. Bila kuah start mendidih, masukkan udang dan kacang buncis.
7. Kacau dalam 2 minit macam tu dah boleh tutup api.

Dah siap...senang gilos wei. Ni memang antara kesukaan mama dengan encik suami aku. Suka bila tengok mama and laki aku suka makan kari ni.

Ok lah..japgi nak update resipi lain pulak. Ok bye.


You Might Also Like

41 comments

  1. wah nampak macma menarik selalu gulai bukan warna kuning ye ?I ingat tu sambal tadi, apa pun thank you sharing the resepi, nanti nak cuba la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha..ni nampak merah sbb letak serbuk cili yg halus tu...sebab tu nmpk merah2 skit...
      Kita terbiasa gulai /kari kita warna nak merah2 skit...hihi..sebab mak ajar letak serbuk cili skit bagi nampak menarik

      Delete
  2. Wahhh pestime dengar menu gulai udang kacang buncis. Selalu dengan petai.
    InsyaAllah nanti boleh cuba buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau petai saya suka buat sambal...baru kick!

      Delete
  3. I love my prawns, cooked in any way! This is one mouth-watering spicy dish that I would love to try. Thanks for sharing the recipe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome...selamat mncuba ya...
      I also loves prawn...so i cannot any prawn dishes!

      Delete
  4. Pengsan sekejap tengok gulai udang ni. Dah la tengah juice cleanse diet ni. Haiyo...terliur betul tangok kaler pun dah sedap. Craving terus nak makan ni dgn nasi panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah menarik juice cleanse diet..nk kena gugel jugak mcm mana tu..hihi

      Delete
  5. Menarik..boleh la akak cuba nanti ni..akak suka tukar2 resepi sebab lain orang lain cara masak kan...udang tu nampak fresh sangat..bestnya..kalau akak dapat ni memang x toleh kiri kanan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe...kita pun suka tgk menu2 akk.bila tgk menu akk baru ada idea nk masak apa kak...

      Delete
  6. Nampak sedap walaupun ringkas jer cara masakan dia. Lagi sedap klu makan dengan nasi panas dan sambal belacan serta ulam, perghh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul..mkan dengan ulam timun n sambal belacan...perghhhh sedap!

      Delete
  7. Tengok gambar pun dah terliur....ala takpe nyer...ringkas2 pon masak juga. Airtangan kita tu yg berkat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...asal masak je kita ni..sebab kdg2 jemu jugam mkn lauk luar tu

      Delete
  8. Kalau udangnya besar lagi sedap Dan manis. Jarang akak beli kacang buncis. Selalunya kacang panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu buat ydang besar skit...tpi ada udang size ni..kita belasah je...hihi...kita suka buncis compared kacang panjang sebab buncis lagi manis

      Delete
  9. nampak sedapnya.. pandai masak lah!~

    Terima kasih kerana sharing resipi gulai udang kacang buncis anda ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye kylie...
      Xpndai mana pun i ni..tpi i enjoy cookin for my love one...hihihi

      Delete
  10. alaaaa kita tgh diet!!! lapaaaaa terus tau tgk entry ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inanie diet xajak...kita diet asyik ke laut dalam je ni

      Delete
  11. Aida pon. When it comes to udang, sambal.
    Kari? Lom pernah try, Alia.
    Now da jarang masak udang.
    Sinus Aida & asben melampau. Dgn udang kami both elergik terok :(
    Tapi dedua suka udang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee ya ka...
      Xpa nnt kalau teringin nak makan udang..try la buat kari tau...
      Semoga sinus aida ngn husband cepat sembuh

      Delete
  12. Ana kalau udang masak kari hantu juga. Tp dalam tu udang semata. Sayur goreng lain. Next time boleh try masuk sayur buncis sekali.

    ReplyDelete
  13. Kita mmg suka letak buncis ni sebab dari dulu kalau mak buat kari udang mesti dia letak kacang pnjang atau buncis

    ReplyDelete
  14. apa2 je yang ada udang mesti sedap. kalau gulai macam ni mesti lagi power. bertambah2 la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha..tau xpa..udang mmg my fav kalau compare dengan ketam or sotong

      Delete
  15. First time masuk kacang dlm gulai udang hihihi.. fav tul dgn udang masak lemak.. boleh berhirup kuah mkn pun bertambah nasi

    ReplyDelete
  16. Wahh nampak so sedap!nak try ur recipe la!

    ReplyDelete
  17. YAAllah nampak menyelerakan. lama dah rasanya tak makan udang. nanti boleh cuba masak sendiri tiru resepi ni. tq for sharing

    ReplyDelete
  18. Bukan main udang tuu berenang2 dalam gulai. Besor pulak tu. Ingatkan sambal wei Alia. Nanti Kak Bell nak try jugak. Lama dah tak memasak ni. Pandai hang masak na..bila nak jamu nya...

    ReplyDelete
  19. serius tq atas entry ni. nak masak mcm ni tak reti lagi walaupun simple heheh. newbie mcm i ni kena sllu rujuk resepi haha

    ReplyDelete
  20. Naseb baik tak makan udang sangat..haha memang tak de nak beli udang then tak perlu masak udang.. tapi tu kalau ganti ayam pon sedap.. lama tak masak gulai ni...

    ReplyDelete
  21. fav ainy tu udanggg. thank you share nanti nak cubalah bebila ada masa. nak kena beli udang dulu.

    ReplyDelete
  22. Alahaiiii.... Sedapnya udang. Ingatkan gulai udang tu yang masak lemak kuning. Rupanya masak kari. Nak try lah buat kari udang nanti 😁

    ReplyDelete
  23. wah tengari tengok gulai kacang buncis ni rasa tiba tiba nak masak pula rasa cam lama tak makan udang... nampaknya nak kena pergi beli groceris .. beli udang dan kacang buncis..nak try resepi ni

    ReplyDelete
  24. Hungry after seeing your prawn dishes. So good if eat with a bowl of hot rice. I want try it next week. Drooling seeing the pics.

    ReplyDelete
  25. Wow your recipe looks delicious. I love eating prawns even my Mom tells me it causes highblood pressure. I dont care lah, its delicious!

    ReplyDelete
  26. Alahai udang dah habis pula..kena beli nih try resipi alia..nampak sedap..kacng buncis dah ada

    ReplyDelete
  27. Wow macam sedap lah! I mau try juga!

    ReplyDelete
  28. oh my... another simple and delicious recipe done by you. Can't wait to try this so much!!!

    racheal

    ReplyDelete
  29. This recipe looks really easy and delicious. I will definitely try to cook this. I am sure my hubby would really love this one.

    ReplyDelete