Adriana's milestone

10:00 AM



My bubbly lil girl is big girl now!


Saja nak buat catatan tentang sikit tentang anak sulung yang sorang ni. Supaya nanti kalau dia d besar panjang and kalau mama dia panjang umor lagi dia akan tau betapa sayangnya mama dia ni kat dia.

Yelah, anak sulung la katakan. The first one yang kita tatang and excited bila jadi parents kan. The first one la yang ajaq kita macam-macam. Tapi tak bermakna klau buat salah tak kena balun kan. Melampau  tetap kena.

And tak bermakna jugak anak kedua dan ketiga kita tak sayang kan. Aishah if u reeading this later when u grown up...Aishah pun mama sayang jugak macam sayang kakak ye.

Mark this is the second year we send her to kindy in LC Taman Pauh Jaya kat Penang ni. Dari segi reading Alhamdulillah she's doin well. Yalah with the fast reading technique yang LC buat tu memang bagus. Du'a for parents pun boleh baca dengan lancar siap dengan translation in English. Memang suka betul dengar dia kalau baca doa.


Yeah..she reminds me a lot bout myself. Self reflection much!


Cuma part writting la, memang aku kena brush her writting skills. Kadang-kadang geram jugak sebab part menulis memang ke laut wei. Bila tengok schedule dia..aku boleh cakap no wonder la. Sebab dalam a week...part writting ada one slot ja in a week. Other than that banyak reading n play. Kata pun playschool. Serius ada pro n cons la. Tipula kalau cakap aku tak tension bila tengok part writting dia. Hehhhhh. Bukan baru masuk dis year tau....memang kadang-kadang nak jadi kingkong la kan bila tengok dia menulis. Aku pun pernah consult member aku yg pernah buat modul LC kat preschool dia. Memang dia akui bab writting memang akan ada prob skit. Bab reading xrisau sangat.

Memang dia pun bagitau aku kalau aku nak Adriana terer jugak bab writting aku yang kena banyakkan latihan dengan dia kat rumah. Jangan harap kat sekolah ja. Yalah yang part ni aku setuju last year memang aku tak kesah and tekankan sangat part writting ka apa ka. Aku masukkan dia dari 4years sebab aku nak dia minggle dengan orang. Alhamdulillah part tu memang nampak dia pandai bercakap dengan orang. Pokpek2.

Other than that the school is great...teachers pun bagus-bagus. Alhamdulillah all is well. Cumanya nak bagitau kita as parents walaupun hantar anak ke tadika berprestig tara mana pun kita stil kena monitor perkembangan anak kita sendiri. Macam Adriana mungkin bab writting tu xditekankan sangat sebab depa learning thru phonics. So basically phonics ni tak macam kita belajaq ABCD sampai Z. Depa lain..depa semua ada macam sebutan sendiri...in LC...they start with Malay phonics... a ba ca...memang kalau tanya ABCDE ke apa ka...akan jadi jem. Even the founder pun sendiri mengaku menda ni la kan.

So bagi aku ada pro n con la jugak kan. Macam apa ni..apa ni..apa ni...kenapa anak aku tak tulis lagi ABCDEFG.... bluerghhhh....so memang aku kena pantau and ajar dia betul-betul bab writting. Next year memang aku tak plan nak hantar dia ke LC dah sebab aku nak hantar dia tadika dekat pra sekolah rendah. Aku nak dia expose dengan real school.



Ada orang cakap bila masuk real school ni anak kita automatically akan jadi pandai adjust and the teachers lagi pandai tackles how to attract them in writting and reading.

Untuk registration darjah 1 pun aku da register Adriana dekat sek convent. Memang aku dari awal nak dia sekolah yang tak ramai Malays so that she can minggle with other races and tak malu untuk speaking. Yes i know her potential...kalau dengar dia speaking memang slang tu habis mat salleh...mama n papa dia kat rumah speaking among us kalau nak cakap menda serius ja.

Semalam masa jalan-jalan  tengok lampu kat MBI  Desaku Kulim tu..memang dia excited sangat. Lama kena berkurung kot. Mula la duk speaking london dia tu. Kalau orang-orang sekeliling dengaq mcm wowww la. Serius memang aku cakap jugak English dengan dia kat rumah especially kalau serious talk...bukan la nak poyo kan nak speaking konon dengan anak.

Memang masa dia kecik-kecik dulu aku nak speaking jugak ngn dia tapi laki aku being typical Malay kan..poyo lah nak cakap inggeris konon..puikkkk. menci aku. Padahal masa kat U dulu kalau ada talk ka man vs women memang masa class English memang aku dengan dia ja asyik bertekak!

Dan disebabkan itu la jugak aku prefer hantar Adriana dekat convent sebab automatically dia akan converse in English...helllloooo i know the Malay society wei...kalau duduk among kita tetiba ada orang yang duk speaking2 ni kompem kompem kena chop poyo! Ehh aku tau la sebab aku memang sekolah dengan Melayu je semua dulu. Masa sek dekat Sek Men Sultanah Asma ja aku sempat practise speaking dengan kawan baik aku Jamie si amoi comey tu. Masuk SBP..nan hado!

Oh btw Adriana learnt her English lessons from Youtube especially Ryan's toys review...Cerita Frozen...dia boleh hafal semua dialog dalam tu including yang raindeer tu weiiii...
she even ask me...
Adriana: mama what is coronation day?
Me: it's the day when Princess Elsa became Queen Elsa...
Adriana: ohhh...so when is my coronation day?
Me: u need to go to school first....
Pening mama nak layan dia punya pokpek2 tu...

Belum lagi kadang-kadang dia merepek2 cakap speaking sorang-sorang dia. Kadang-kadang marah membebel hentam ja speaking...walaupun kadang-kadang ntah hapa2 tapi i like her confident. At 5 dia boleh speaking English walaupun xla berhabuk macam anak tomok tu but stil I'm very proud of her...lagipun kat rumah ni bukan aku dengan Amir cakap dengan dia English sangat pun.

Kalau tanya aku tips bagi dia minat cakap English...biar ja dia tengok cerita kartun in English..jangan guna alih suara/bahasa tu. Pernah aku pi mana ntah tengah main cerita Frozen tapi alih bahasa to Malay marah benar Adriana...eiii tak best la cakap macam ni. Kakak nak Elsa cakap macam biasa  tu mama! Walaupun orang cakap tak elok bagi anak tengok tv or utube...tapi tu la memang serius ada pro n con jugak la menda-menda ni. Yang penting kita la as parents kena control dia kan.

Apa pun kakak...mama very proud of u! Nanti kita sama2 pulun part writting ya.


Go kakak go!

Anyone nak share tips how nak bagi anak tak kekok menulis?




You Might Also Like

19 comments

  1. anak sulung memang anak kesayangan kita..dialah permata hati kita yang pertama kali menghuni rahim kita dulu..moga adrianna sukses dlm pelajaran dan her reading skill will improved ok

    ReplyDelete
  2. Semoga Adriana membesar menjadi anak yang solehah dan bijak dan membahagiakan kedua ibu bapanya.Anak sulung memang agak mencabar membesarkannya kenapa akak cakap macam tu? Sebab akak anak sulung yang banyak karenah..hehehe...kadang anak sulung ni memang semua ambil mudah...takper la..bagi chance kat Adriana okey..Kalau nak tau Dania anak sulung dan anak tunggal akak..memang kadang buat pening kepala..tapi takde dia sunyi hidup..

    ReplyDelete
  3. For me, I just let my children to learned on their own as they grow bigger. Hard to teach them and I will feel more stress. Ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. hhaah layan kan saja dia. #done follow blog sis

    ReplyDelete
  5. comelnya adriana...anak ciktom br 2 bulan..hihi..anak2 buah ciktom pun suka tgok ryan toy review tu..

    ReplyDelete
  6. Bagus adriana ni blaja english ikut youtube macam anak marsha juga. Minat betul dia terutama yang buat unboxing game...hihi

    ReplyDelete
  7. Bagus Adriana.

    Satu inisiatif yang bagus untuk akak buat blog dan entri sebegini. Supaya nanti bila dah besar, dia dapat baca luahan hati akak dan rasakan betapa sayangnya akak padanya.

    Be a good girl to your mother ya Adriana

    ReplyDelete
  8. Blog Aida memang citer pasal anak-anak aje, Alia. Nothing wrong if nak citer pasal anak-anak. Dari citer kita in shaa Allah org lain dpt manfaah.
    Utk izzat, Aida tak pernah paksa dia Menulis, Alia. Kalau di paksa,memang tak jadik! Dia sendirian berhad. Kakak buat homework, dia join. Tulis la pe pon dia nak kat a4 paper.

    ReplyDelete
  9. Kids really grow up so quick, I can't imagine, I'm planning to send my daughter to kindy soon as well, I think it's a great way for her to learn more, sometimes rasa dia boring kat rumah je.

    ReplyDelete
  10. bagus juga expose dengan persekitaran sekolah yg sebenar. nanti adriana cepat matang.

    ReplyDelete
  11. Kita hanya mampu baca jer catatan kita keluarga bahagia kita belum sampai masa untuk bekeluarga harap dapatlah dalam masa terdekat eeehhhh. Tapi seronok tengok kanak-kanak membesar can pelbagai karenah ni... Moga jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  12. Balun tetap balun. Biasala tu kan. Kita dulu pun kena balun. Haha. Entah2 acik Bella pun kalah speaking dengan Adriana. Yang penting jawapan hang sempoi. Hang ni mesti kelakar kan kalu jumpa nih. Hehehe.

    ReplyDelete
  13. Tahniah sis berjaya besarkan anak san susah payah mengajar anak. Banyaknya improvement anak sis. Tak sabar lah nak ada anak sendiri. Hehhe

    ReplyDelete
  14. Make the writing process more interesting. Some book offer how to write by follow the dot. Rewards her or praise her when she do well. Encourage she write more to build her confidence.

    ReplyDelete
  15. rajinnya mak dia memantau segala apa anak2 dia buat. hihi kalau mak bapak kerja kan susah juga ye nak pantau anak. waktu malam pon tak banyak masa juga. hee

    ReplyDelete
  16. Kejap je masa dah besar. Dulu masa bawah usia dua tahun bawa kesana sini. Dukung je. Cepat masa berlalu. Dah nak belajar dan teman ibu eh. Hehe

    ReplyDelete
  17. You have a very beautiful daughter. I missed niece so much who carried a lot of my reflection too. Children have the own way of learning and we add adult is to ensure they are always in a right way to do their things. The more we control, they will feel even stress. Always use the encouragement word to create the confidence in them...

    ReplyDelete
  18. Super win comeback! "ohhh...so when is my coronation day?" hahahha...yea it is better to not completely rely on school education only these days...it's best to work and teach from all angles.. and it seems like things haven't change from the years I spent at school. Since young I have always been speaking in English..it is basically my mother tongue and yet it was always a thing to be looked down upon by others who couldn't speak the language. I wonder when will these people ever learn.

    ReplyDelete
  19. Pandai anak anak sekarang, wow at this age she is very advance. Her coronation day is the day when she kahwin la hehehe.

    ReplyDelete