Travelog Phuket: Day 4 , Singgah ke Hatyai

7:42 AM

Hai nak cerita pasal sambungan dari entry Travelog / Roadtrip Phuket yang lepas.

Boleh baca di sini.

Travelog / Roadtrip Phuket : Day 3

Hari ke 4 kami pun beransur la nak balik dari Phuket sebab nak singgah ke Hatyai. Yelah, selalunya orang-orang jauh selalu pit stop kat Hatyai la kalau ke Phuket kan.


Babai Phuket. Till we meet again.


Untuk kali tu kami brunch di pekan kecil Patthalung. Nasib baik la ada kedai makan muslim kat situ. Kecik ja kedainya tak sempat pun nak ambil gambar dek sebab perut dah mendidih kelaparan kan.

Perjalanan ke Hatyai dari Phuket mengambil masa lebih kurang 8 jam. Total perjalanan campur rest makan and Ecah cirit birit 3x ada la 10jam jugak. Huahua. lebammmmm


Sampai Hatyai pun da nak dekat Maghrib. Fuhhhh. Siap check in memang elok2 dinnerrrrr time. Oh ya kami check in di Centara Hotel atas ja Centara Plaza. Memang betul-betul depan Lee Garden Plaza tu.




Spacious room. I liokee




Siap ada buah kau!


Welcome drink.




Selesai ja check in and solat. Kami pun meneruskan agenda jalan-jalan cari pasal ehh makan. Destinasi kami malam tu adalah di Kai Tod Daicha. Ni antara port fames di kalangan pelancong Malaysia. Wajib mai makan kat sini tau kalau mai Hatyai.

Jom la jamu-jamu mata ya.



Selesai ja makan di Kai Tod Daicha kami pun balik ke area hotel dengan tuk-tuk. Sampai ja dekat area hotel tu, jalan-jalan la dulu kan. Of course la..lepas tu boleh pulak keluar cerita hantu dekat hotel-hotel sekitar situ. Dah la laki i nak lepak-lepak mengopi kat bawah tu. And dia takmau naik atas lagi.

Aku dengan anak-anak ja naik ke bilik. Dalam fikiran tu macam-macam dah. Jangan la ada hantu siam yang keluaq weiiiiii.

Ntah bila masa ntah aku tertidur. Esoknya bangun terus siap-siap barang. Jalan-jalan dulu sekitar Lee Garden tu and cuci mata dekat Centara Plaza tu.


Cuci mata dalam Lee Garden Plaza


Ni hasil buat dekat depan Centara Plaza tu. Ada yang nak ke kalau aku open order nk buat kan kalau aku ke Hatyai lagi nanti?


Dapat kerabu meggi pun da hilang segala ngidam. Boleh da balik dari Hatyai dengan tenang.


Lepas da siap ronda-ronda sekitar Lee Graden maka kami pun naik ke balik  ke hotel and sedia untuk check out. Masing-masing muka dah rindukan Malaysia. Kahkah. Hari-hari makan tomyam pun kenot go jugak wei. Tekak Malaysian kan diversity kan...indian food..chinese food..malay food..indon food..siam food semua kita bedal kan...but if tomyam everyday i also kenot even i got siamese blood pun kan. Kenot wei kenot. Hahahha. 

Ramai mesti cakap ekeleh itu ja hang buat masa kt Hatyai..ketahuilah aku ni berkampung halaman di Kubang Pasu Kedah..tok aku orang Asun..rumah mak aku di Jitra. Hatyai untuk orang Jitra macam aku ni adalah umpama Jitra-Penang ya. Cuma part paling malas part nak que dekat imigresyen Danok tu kalau waktu cuti. Menyampah ok menyampah. Tapi aku dah lama tak pi ke Floating Market tu..nanti bila-bila nak ajak laki aku pi ke situ la.

Selesai ja rentas sempadan terus kami semua terjah ke Restoran Yasmeen di Changloon...nasik kandaq...here we goooo...dapat nasi+ayam goreng panas+kuah kari campur pedas banjir uneee...setel...

Maka tamat lah cerita Travelog/ Roadtrip Phuket aku kali ni. Aku masih berkira-kira nak grab tiket free seat AA next month ke mana...rasa macam nak ke tempat sejuk yang best. Tapi itu la...tengok lah hati ke mana nak pergi. Teringin gak nak ke Koh Samui. Takpun ke KK. 

Korang tahun ni pergi berjalan ke mana pulak ye? CNY nanti pi jalan ke mana? Aku macam ada chance ja mereput dekat rumah nanti 😂😂😂


You Might Also Like

24 comments

  1. bestnya dapat ke luar negara , jemput ke http://www.vitaminwawa.com/ , terima kasih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat2 ja tak jauh pun...rumah mak pun dekat ja dengan siam tu😁😁😁

      Delete
  2. Cuba tak makan roti pisang, pulut ayam, laichikang versi thai...? Menu biasa akak makan di Thai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah..rumah mak saya dekat ja ngn danok kak...selalu sangat dah makan..tak payah makan kat sana...mak saya sendiri pun selalu buat bfast pulut...cucu2 semua hantu pulut

      Delete
  3. Kak dah pernah pg Hatyai tp xshopping suka jalan2 cari makan jer//

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kak. Jarang pi sana shopping. Selalu pi makan-makan pastu balik ja sebab dekat dengan rumah mak ja

      Delete
  4. Bestnyer. Tahun lepas dapat la juga gi hatyai ni sensorang. Dapat gak gi Phuket naik cruise.

    Next week nak ke Krabi dan turun ke Hatyai naik bas..huhu

    Tak sabar

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak ke Hatyai dan Phuket... banyak berubah kan?

    ReplyDelete
  6. Bestnya jalan-jalan ke Phuket dan Hatyai. Emi dua-dua tempat ni belum sempat pergi lagi. Padahal tak jauh pun. By the way nak suggest nanti besar kan saiz gambar-gambar ni, best sikit nak tengok kalau besar.

    ReplyDelete
  7. wah seronoknya.. teringinnya juga nak pergi Phuket... boleh tak share agak2 berapa ya perbelanjaan keseluruhan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang rm2000 jugak la...tu pun kami pi by car...roadtrip ke sana..kalau flight maybe lagi mahal

      Delete
  8. Saya suka Hatyai sbb suasana pagi kebiasaannya sgt cantik dan hening.. mmg teringat2 smpi sekarang. Klu bab makanan mmg tak dinafikan sedap2.. best. Tak taulah bila ada rezeki akan ke sana lagi... best :)

    ReplyDelete
  9. Untunglah dah sampai kesana. Beli kat mana passport cover tu?

    ReplyDelete
  10. Lama dh akak nak jejak phuket x kesampaian..tahun ni x leh nak pi jalan jauh2 sebab mak sakit...kalau nak jalan pun biar dekat2 je...

    ReplyDelete
  11. terime kasih untuk sharing ni.., kebetulan memang tengah cari cerita-cerita pengalaman di phuket. baru plan nak kesana :)

    ReplyDelete
  12. Wah Hatyai ! hope you had fun, maybe bila I akan ke sana sebab dalam wishlist nak travel 1 dunia.. hehehehe apa pun passport book yang ada menara eiffel tu nampak cantik la, I like !

    ReplyDelete
  13. Belum lagi sampai Phuket n Hatyai. Next trip akan pegi. Bilik tu mmg luas. Selesa la ek. Masa pi Chiang Mai aritu Kak Bell buat passport holder ni. Time pi Bangkok tak teringin nak buat. Hehe

    ReplyDelete
  14. Tak pernah pergi phuket, masa g thailand 2 tahun lepas tak sampai perjalanan ke situ takat dekat hatyatt jer.. next time nak g phuket he he he

    ReplyDelete
  15. sedapnya kerabu maggi tu. selalu nampak kat pesta makanan thai tapi tak pernah cuba tgk entri ni terus teringat nak cubalah ahha

    ReplyDelete
  16. Wah bestnya jalan-jalan kat Hatyai.. Hatyai memang tempat dia menarik...

    ReplyDelete
  17. takkk gi floating market ke sis? dap nyee if dapat mkn pulut mangga .. kerabu maggie

    ReplyDelete