Travelog Perth : Day 6, Shopping dan Makan-makan di Perth

5:41 PM

Yes..finally.
Update pasal Perth. Yes da lapuk. Setahun dah pun. But who cares kan.

Kena jugak coretkan di sini untuk ingatan di masa depan. Kot-kot nak repeat Perth balik ka...huuu rinduuu.

Oklah berbalik dari cerita berjalan-jalan di Hay St &  Murray St, destinasi kami seterusnya adalah ke Wesfield Whitford yang terletak 22 minit dari Perth CBD( Hay St).

Sepanjang perjalanan tu lalu juga la dekat kawasan perumahan mat2 salleh kan. Tenang and peaceful ja nampak kejiranan depa tu. Haihhh. 1000x rasa nak migrate duk sana!


Peaceful and jatuh cinta teruk wei. Sampai lani takleh move on.


Antara rumah yang aku sempat capture. Ahhh rindunya.


Disebabkan kami pi hari Sabtu, so masa mall Westfield ni ditutup adalah pada pukul 5 pm ya. Diulang 5PM ya. Bukak pukul 9am-5pm. So koraang kalau nak pi ke mall or apa-apa yang perlukan entrance fee ka make sure check siap-siap operation hours depa especially on weekend sebab biasanya kalau Ahad depa bukak lewat dalam pukul 11 or 10 pagi and then tutup at 5pm.


Pic credit to Mr Google.
Dinasihatkan sebelum nak jejak kaki ke mana-mana mall please check dulu operation hours depa tau. Takmau la nanti hampa kata apa ni..apa ni tak sempat nak shopping woi


Kita kat Malaysia ka, pukul 5pm baru terhegeh-hegeh nak masuk mall time weekend. Depa kami kalut-kalut pukul 3pm tu mall pun macam dah lenggang wei. Heran sungguh. Mall pun tak berapa ramai orang sangat. I wonder the Ozie prefee outdoor activities compared to indoor kot.

Sebab masa kami lalu kat Scarborough boleh nampak rmai mat2 salleh ni lepak-lepak tepi pantai and beriadah dengan family masing-masing walaupun tengah winter season time tu . Please note that Ozie winter season kat Perth xda snow ya tapi boleh tahan sejuk Ya Rabbi. Aku yang tembum ni pun gigil-gigil wei.

Kat Westfield ni macam-macam kedai ada. K Mart yang femes di kalangan geng-geng scandi tu pun ada. Selain Kmart ada Target, Woolworth , Coles (ni memang favourite spot aku kalau nak beli bahan basah untuk memasak) , Big W, Chemist Warehouse dan macam-macam lagi.


Aku shopping apa?

Of course aku shopping Corelle south beach 1 set. Kat Malaysia tak dapat wei harga ni. Memang kalau kat Malaysia pun aku tak kan beli la wei sebab mahai melampau. Oh yang ni aku beli kat Big W.


Pic credit to Mr Google.
Aud59 ja hampa wei. Gila tak grab. Harus grab ok! Kalau kat Langkawi pun dah RM400+ tak kuasa aku nak usha kat mall tu.


And perfumes dekat Chemist Warehouse! Gila murah wei. Borong kami laki bini beli kat diri sendiri sorang dua tiga perfumes...gila tamak kan.


Pic credit to Mr Google.
Duduk kat dalam Chemist Watehouse ni pun berhantu gak
 Stress duit habis banyak dekat sini saja. Hahahha. Stress la sangat kan. Kejutan budaya tengok harga perfume after convert pun!


Ni aku punya sorang ja tau. Tu pun ada tambahan lagi pi beli last minit. Belum masuk yang laki aku borong buat stok dia sendiri. Berat lugage balik dengan perfume ja wei.


So selesai ja shopping-shopping bagai ni. Terus kami balik ke hotel. Sebab kat area Hay St tu ada restaurant makanan Malaysia. D'Ankasa Restaurant nama dia. Price not bad la. Makanan big potion. Sedap la jugak. Bayangkan seharian cuma makan kebab ja dari pagi. Memang sedap la kan bedal. Itupun nasi goreng tak habis kena tapau bawak balik.



Nasi goreng seafood for me. 
Harga Aud15+


Nasi lemak rendang ayam for husband
Harga Aud15+


Lepas makan, kami balik berehat di hotel. Ikutkan hati memang da penat gila and nak lepak kat hotel ja takmau pi mana dah. Tapi malam tu, en suami ajak makan piza kat Ciao Italia. Heyyy, malas mula-mula nak pi. Tapi suami pujuk jugak pi temankan dia.


Pic credit to Mr Google. 
Yes memang kat Ciao Italia ni crowd dia memang macam ni. Masa kitaorang pi tu kena que jugak la untuk makan. But good thing is orang yang da habis makan akan terus blah. Takda maknanya diorang nak lepak lama-lama dalam tu.


Nasib baik sedap wei. Pekerja dia pun bagus. Greeting bukan main. Tau kan pelancong yang mai makan. Seronok sebab Ozie ni memang tak sombong. Sentiasa ringan mulut untuk greet kita.

Harga makanan sumpah dah tak ingat. Tapi okla, masa road trip turun ke South WA kami da save a lot da kat makanan sebab banyak masak sendiri due to limited halal food masa on the road kan. So kat Perth hari-hari terakhir ni memang tak masak dah ler.


Bukan main dua beranak ni kan.


Thank you husband sebab paksa bini dia ni pi jugak makan tang sini. Sumpah sedap pizza dia😋😋😋


Seafood pasta dia.
Sedap betul-betul taste Italian wei.
Kalau aku buat ada rasa fushion dengan tekak Melayu aku dah! 
Kahkah



Ni yang PALING WIN!
omaigod this pizza ka memang the winner wei.
Sumpah sedap nak mati pizza ni. Dengan topping smoked salmon and avocado nya.
Ya Allah sedapnya!
Nikmat dunia mana yang aku dustakan😘😘😘

Selesai ja makan and tapau pasta yang banyak gila and tak habis tu. Maka kami pun bergerak balik ke hotel. Esok nya adalah hari last kami di Perth dan banyak lagi tempat nak kena terjah before balik ke Malaysia.

Nanti next entry kita cerita pulak ye.






You Might Also Like

42 comments

  1. Kat Perth sana senang nak cari makanan Halal ker. Best nya teringin nak pergi negara orang tak pernah pergi lagi tahun depan nak plan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang jugak halal food kt Perth byk gak...cuma masa kami roadtrip turun ke South Western Aus...dat side ssh nak cari halal food...sebab tu banyak masak je...lagipun senang nak dapat fresh seafood kat sana

      Delete
  2. Perth ni memang dalam list nak pergi. Cuma kena tunggu nak kumpul duit je ler hehe. btw, makanan tu nampak sedap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom momi...
      Akk mmg jatuh cinta terus dengan Perth ni...
      Hadoiii teruk...
      Tahap kemaruk laki akak kata

      Delete
  3. perghh bestnya dapat ke perth hehe bilalah nak dapat melawat. tkboleh moveon dengan yang akak share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut semua gmbar nak letak kt dalam blog ni ha...
      Huhuhu

      Delete
  4. Dah lama pon ok je untuk berkongsi cerita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..sebenarnya share ni utk future ref jugak..mana tau nnt2 nak pi lagi ka..kadang2 da tak ingat kan..boleh refresh baca balik kt blog

      Delete
  5. seronok tgk rakan-rakan yang travel ke luar negara. xpe lambat asalkan boleh share info dalam ni kot kot ade yang sedang mencari maklumat tentang perth ni kan..

    btw, nice pic!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la....
      For future ref sama..
      Mana tau kot2 ada yg nak pi ke sana n cari maklumat ka kan

      Delete
  6. Replies
    1. Masa saya pi tak sale lagi...
      Ada yg biasa dapat set ni aud49 tau...
      Tpi ni pun bersyukur da murah sgt dah

      Delete
  7. Thanks sharing tentang perth ni. Memang plan nak kesana next year kalau ada rezeki. Boleh rujuk blog sis....yeayyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy...
      Selamat travel ke perth...
      Kami pun In Sha Allah nak ke sana lg nnt

      Delete
  8. kat perth pun boleh makan rendang, bagusnya. teringin nak berjalan kat negara orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Perth boleh dikatakan ramai Malaysian yg migrate kt sana...n most of the tourist from Malaysia...
      Boleh jumpa muka org Malaysia sesaja kat Hay St tu dengan Caversham tu

      Delete
  9. Kat europe pun sama.. semua mall tutup awai..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya depa ni pentingkan quality time with family kat rumah kot or prefer outdoor activity compared to msia yg suka cari mall sebab nak sejuk..
      Kahkah

      Delete
  10. Wah... bestnya Perth! Belum ada rezeki untuk sampai sini lagi tapi thank you for sharing this. boleh jadi guide ni kalau pergi. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah hasif...
      Jom..akk plan nak buat roadtrip to Western Aus tahun depan...
      Kalau nk join jom le

      Delete
  11. sis pun kesana dok borong Corelle gak. Ada gak lah beberapa set dok beli. Bercinta nak mengangkut balik..hehehe. Bila dah ada kat umah hanya 1 set je pakai..yg lain tersimpan je dalam lemari buat pekasam..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee kan sis hanny kan..
      Murah sgt...dr tak minat pkai corelle terus terminat sbb murah sgt mat sana..
      Kalau kt msia mmg mati hidup balik pun xkkan beli

      Delete
  12. Perth! teringin nak p..tapi nantilah, abiskan yang Asia punya dulu,hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asia akk pernah pi thailand dgn indonesia ja..huhu

      Delete
  13. pergh, seronok tengok orang gi travel overseas ni. teringin nak pergi. tapi takde rezeki lgi. Perth in ny list travel al the times

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perth best sebab damai ja...peaceful sgt rasa n tak hectic lgsg...

      Delete
  14. pergh, seronok tengok orang gi travel overseas ni. teringin nak pergi. tapi takde rezeki lgi. Perth in ny list travel al the times

    ReplyDelete
  15. bestnya ambik pengalaman bila travel luar negara kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..lain padang..lain rumputnya...
      Mmg lain sgt budaya depa dengan kita...
      Tapi paling respect sebab attitude depa sopan n civilized sgt

      Delete
  16. Weyyy travel camni la best. Cari kedai murah utk souvenir dan makanan sedap-sedap. Bilalah nak plan travel. Pening kepala duk tengok passport. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena berjimats...mana boleh masak..masak je time travel tu..
      Pesan mak..kalau nk travel selalu kena masak gak masa travel...tp signature dish tempat tu kena rasa! Kalau duit hbis kat makan ja mak kata mau lepas tu tak travel lgsg dah sebab serik!

      Delete
  17. Menarik juga makanan yang ada disana.

    Relax la.. Ada member lagi la.. cerita travel 3-4 thun lepas baru dia tulis tahun ini... Yang tahun ini travel entah tahun bila dia akan tulis pun xpasti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perth masih senang lg nak dapat halal food n malaysian food!

      Ok tenteram hati ni ada lg yg lagi win cerita 3 4 tahun lpas bru uo skrg

      Delete
  18. Sampai Perth pun cari nasi lemak, tapi tengok harga dia agak mahal kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe...kalau nk mkn kt sana xleh convert..kena pejam mata ja makan...
      Lagi satu potion dia quite big for single person. Kena tapau yg tak hbis tu...

      Delete
  19. Perth antara destinasi pelancongan Australia yg paling tenang dan sunyi... jadi kalau nak cari kedamaian then Perth paling sesuai ttp klu nak happening Sydney laa... Adelaide bagus utk melancong waima Melbourne bandar utk pelajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...ramai ckp Perth lovely..tenang n sunyi...i tak tau psal sydney, melbourne or adelaide but frankly speaking rasa jatuh cinta berkali2 dengan persekitaran yg sehat dekat Perth. My mom yg da biasa pi ke Melbourne n Sydney ckp Perth quite boring...
      Mcm I..xbyk sgt jln kt sekitar Perth..byk roadtrip to South WA...tpu sepanjang pemerhatian..mmg hidup org perth ni tenang ja..tak hectic...n i love it!

      Delete
  20. Planning to go to Perth soon. Great that I can gather my infor here.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perth is a nice city...
      Many malaysian travelling there...
      Heppy travelling

      Delete
  21. Thank you Alia share pengalaman, nanti illy kalau nak gi perth boleh tanya Alia tips2 :)

    ReplyDelete