ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.




ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias





ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dariRM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR.





SHARE 27 comments

Add your comment

  1. Wow ni sesuai untuk buat hantara dah cantik hiasannya dalam satu kotak tu hehehehhe...

    ReplyDelete
  2. Alolo sweetnya kotak dia! Sesuai kalau nak buat hadiah untuk yang teristimewa kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee betul hasif...
      Bagi kat awek sure dia tersenyum2 haa

      Delete
  3. Akak suka rangkaian Enchanteur yang baru ni..wangi sangat..baunya pun kekal lama

    ReplyDelete
  4. Kalau enchanteur, tengiang-ngiang bau wangi dia tu. Semerbak kan.

    ReplyDelete
  5. bestnyaa. saya pon pengguna produk Echanteur juga. nanti nak cuba yang ni lah.

    ReplyDelete
  6. Enchanteur sejak dari kecil sampai sekarang masih setia pakai produk ni. Love. since ada yang baru nak call PR dya je lah. LOL.

    ReplyDelete
  7. brand yg legend dan masih kekal dengan kualiti yg terbaik. Baunya sgt stunning 😊

    ReplyDelete
  8. Suka produk ni sebab harga yg mampu milik dan kesan wangian yg berpanjangan hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul yaya...
      Beli perfume yg mahai2 nnt nipis poket...
      Kena bjimat zmn skrg ni

      Delete
  9. suka packaging dia, kalau akak camni simpan aja, nak guna spray pastu mauk semula dalam kotak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee...mmg duk dlm kotak je ni...
      Lpas spray letak blik

      Delete
  10. waaah bestnya dapat enchanteur. aina suka guna perfume dia sbb wangi sangat2

    ReplyDelete
  11. Tak try lgi porfume ni .. rapi bile baca mcm nak try pulak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la..boleh bg kt mak n gf skali mana tau diorg suka ka

      Delete
  12. Bestnya lah hai kalau dapat set cam gini, sure wangi2 je satu badan sepanjang hari. Color pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan harga dia...nak spray hari2 pun x kesah kan kak...
      Kat rumah pun spray hari2 sbb nak wangi

      Delete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS