Senarai makanan yang boleh / tidak boleh bawak masuk ke Australia dan New Zealand

12:40 AM

Haaa...since ramai gila tanya aku benda makanan apa yang boleh dan tak boleh bawak ke Ausie sana. Meh aku bagitau awal-awal ya sebagai rujukan korang.

Jom tengok list yang BOLEH:

  • Mee segera seperti Maggi/Mamee/Bubur Nasi.
  • Ikan sardin/tuna dalam tin (tapi beli kat Coles / Woolworth lagi murah kot banding harga kat Malaysia)
  • Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang seperti jenama Brahims, Aliff dsb (kecuali yang ada bunga cengkih)
  • kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi (jenama ni amat femes kat sana)
  • ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat Tesco ataupun Giant)
  • beras, bihun, spageti dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur
  • Nescafe / tea 3-in-1 (yang takdak susu, hanya guna non-dairy creamer)
  • Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil
  • ubat-ubatan yang dinasihat/dibenarkan (prescribed by) oleh doktor. Panadol atau balm boleh bawak
  • rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket/dibeli di Tesco ataupun Giant
  • Beras ( beli yang siap pack contoh yang 1kg tu, jangan korang nak sep amik yang kat umah ikat getah..silap-silap nanti kena saman...sebab beras tu da kira sebagai seeds...diorang nak jaga hasil agricultural diorang kat sana kalau tak silap aku)


Jom tengok makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:
  • serunding daging/ayam
  • bahan makanan yang mengandugi telur
  • hasil tenusu seperti susu, cheese, mayonis dsb
  • minuman/makanan yang mengandungi coklat ataupun susu (Milo 3-in-1)
  • buah-buahan
  • rempah ratus yang berbentuk bijik seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belom dikisar
  • daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini

Pic from dapurku sayang

Paling selamat sila isi kan borang / kad yang stewardess bagi semasa kat dalam flight. TICK je semua. And please declare apa yang korang bawak. Kalau tak nanti buta-buta korang kena saman AUD340 tau. Naya saja. Lagi satu please jangan gatai-gatai bawak makanan dalam airlines turun konon-konon nak makan. Memang takleh ye. Silap-silap kena denda. Tak pasal-pasal ja suram korang punya trip sebab melayang duit kena saman. 

Paling senang, buat list siap-siap ya. Sampai-sampai kat Immigration sana terus hand over list korang tu. Kompem immigration sana puji korang. Aku siap kena puji lagi ngan abam imigresen sana.

Sambil tengok list tu siap cakap

"Good2. Malaysians are good. Always make a list like this"

Ni pengalaman aku la ya. Sebab belakang counter aku ada Indian dari India siap dia punya luggage kena check one by one. Tong sampah hitam besar memang ada standby kat every counter ok. 

Kalau nasib tak baik ada la anjing mai hidu-hidu ok. Masa aku takda. Alhamdulillah. Dalam hati Lailla hailla anta. subhanakaini kuntuminazolimin. 

Alhamdulillah sat ja wei. Yang penting jangan duk buat gabra tak tentu pasai. Depa ok ja. Tapi memang strict la kan. So doa la banyak-banyak kan.

Tu ja lah tips nak bawak makanan ke sana .


You Might Also Like

34 comments

  1. kiranya yg tak boleh ni,memang tak boleh ke tp boleh cuma kena declare je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak.boleh...diharamkan gituuu...
      Kalau jumpa n x declare samaada kena buang atau kena saman terus

      Delete
  2. Membantu sungguh tips alia ni...suka baca tips2 mcm ni...ni namanya disiplin, kena puji dengan pihak imigresen sana tu kira bawa nama Malaysia ke persada dunia tau...cayalah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun dpt tips dr org jugak...senang bila ada list mcm tu..nmpk kita mmg honest...depa pun xyah beria2 nak check...

      Delete
  3. Alaaaa...x leh bawak serunding....sabar jer la...

    ReplyDelete
  4. Banyaknya la makanan yang tak boleh dibawak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dont worry kat sana senang ja nk dpt mknan halal...nk msak pun senang beli ja brg2 bsah kt coles

      Delete
  5. thanks for the advice, I always travel to Aus during my breaks :)

    ReplyDelete
  6. Tak tau pula pasal ni. Nice information

    ReplyDelete
  7. Boleh inform kat member ni. Boleh la buat persediaan sebaiknya.

    ReplyDelete
  8. Bagus lah ni info sangat berguna tapi nak beli kat Coles / Woolworth produk mereka ada halal ker hehehe tanya jer tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk kat halal hub yg Aus punya...depa ada halal pnya association jugak. Very well known..kalau ayam ada brand Steggles tak silap saya yg halal jual kt coles. Kalau tak kompiden jugak beli je yg seafood. In Sha Allah halal hendaknya

      Delete
  9. nice sharing. selama ni taktau pun hehe

    ReplyDelete
  10. thanks for sharing this list. If I am going there shall come check this list

    ReplyDelete
  11. Wah senang la bila dah ada list cenggini. Boleh buat rujukan nanti

    ReplyDelete
  12. Good info. Kawan sy steward pun bgtau perkara yang sama, mereka memang ketat. Ada bagusnya kita prepare awal mana yang boleh mana yang tidak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..dari kena saman..better tahu dulu apa yg boleh..n apa yg x.boleh

      Delete
  13. saya pun baru tahu dari lect saya, dekat Aust dia punya tmpt memang ketat. susah lah den nak jumat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..boleh je jimat..mcm i...byk msak kt sana..beli paste brahim n then beli fresh seafood kat sana..fresh seafood pretty cheap

      Delete
  14. alamak! serunding tu salah satu barang yang tak boleh bawak?? aduhai..hilang nikmat nak berhari raya di perantauan kekdahnya..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah..mmg tak.boleh...takpa..kalau nak beraya mcm kat Malaysia..jangan lupa ke Malaysia Hall dekat Perth

      Delete
  15. wow... cmtu rupanya... tak sangka .. bagus info ni

    ReplyDelete
  16. kenapa ada yang boleh ada yang tak boleh ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah 1 sebab diorg nak jaga agricultural diorg...satu lgi x mau ada yg spread disease melalui makanan mcm tu...sebab tu diorg very strict..nak2 pulak negara diorg tu sebuah pulau yg besar n isolated dr daratan

      Delete