Rumahku wangi dengan Glade Automatic Air Freshner

10:13 AM

Haaaa... tadi masa otw nak amik Adriana from kindy singgah la jap Giant. Saja ja nak test jalan-jalan dengan Si Aishah ni. Alhamdulillah behave duk dalam stroller tu janji kena bagi dia minum susu dulu kenyang-kenyang and stroller kena gerak-gerak takleh statik ok!

Balik pasal cerita air freshner ni. Antara brand yang aku suka seperti orang-orang lain jugak la Ambi Pur and Glade. Tapi lately ni suka nau dengan bau-bau from Glade ni. Ada yang satu tu bau fresh gitu nama dia Ocean Escape. ALLAH! wangi tau dak...memang yang tu aku letak kat dalam toilet. Elok la kalau memerut tu takdak la bau busuk nauuu kan.

Actually, banyak gak kot pilihan yang ada. Air Wick la, Ambi Pur la Glade la. Pastu apa lagi ntah. Aku pun dah lupa. But since I'm looking for an automatic air freshner maka tiga brands ni la yang buat nya pun. M

Mula-mula usha dah Ambi Pur, wah not bad until 2600 times semburan gitu! Air Wick up to 60days, sama la jugak dengan Glade ni. But what makes me choose Glade ni sebab satu harga dia paling-paling murah(yeah I'm cheapskate..have to!kena jimat berbelanja zaman sekarang ni) ...and terpaling penting, design dia lawa. Tak nampak macam terlalu "air freshner dalam kotak" gitu haa.


Ok aku pilih lavender vanilla for a start sebab please refer to my blog name..hahhaha...vanilla freak! And yes I do love lavender too!



I'm love with this smell. Actually bau yang lain-lain pun best ok. Ada yang bau fresh ada bau lembut macam lilac ke lily ke apa ntah. So kiranya banyak choice la kan.


Yes yang penting Stylo ok. Tak nampak terlalu kotak or what. Nampak macam vase gitu ha. Nak angkut masuk bilik pun anytime boleh. Nak hang dekat wall pun boleh. Tapi malas la kan sebab boleh wat hiasan tambahan kan. See cun ja kan duk kat situ kan. And kalau korang nak tau, timing pun boleh adjust from 9min, 18 min or 39min. Haa kan best tuuu.

Korang kalau nak beli boleh la cari dekat Giant ka Tesco ka Mydin ka. Harga this whole complete set pun cuma RM19.90. Memang murah sangat kot. Siap dapat dengan pewangi, bateri and bekas tu lagi ha. 

Oklah korang, mood blogging tengah ON ni sebab anak2 dah lena kan. Mama depa nak pi blogwalking jap ke blog kawan-kawan blogger mama depa ni.

See ya.

You Might Also Like

2 comments

  1. memang suka yg ni.nampak cntik je buat hiasan sekali.bau pun wangi.tunggu nk pegi beli stok dh habis

    ReplyDelete