Jatuh cinta dengan sukiyaki

3:27 AM

Haaa tajuk nak cinta-cinta ja kan.
Korang tau ka apa sukiyaki tu? Sukiyaki tu nama hidangan jepun, dihidangkan atas plate yang dipanaskan. Dalam tu ada hirisan daging, mushroom dan beef broth with soy sauce. Adussss teringat balik terus kecur air liur ni wei.

Ahad lepas, lepas event kat Gurney yang Neffos & Fazura( nanti kita cita naa) terus perut berkeroncong. Si suami and anak-anak memang da tunggu kat Sushi King. Perut tengah lapaq ni elokla amik yang set. Kalau makan sushi ni sepuluh plate pun tak kenyang lagi-lagi fasa awal-awal menyusu ni. Cepat nau lapaq.

Terus mata ni terpandang set sukiyaki ni. Macam sedappp jaaaaa.....


Walawei. Kecoq ayaq lioq ni haa.


Daging tu diorang hiris nipis-nipis. Broth dia pun sedap. Kena dengan mushroom and tokua tu. Perghhhhh.


Teloq ni aku baru google tadi, orang celup hirisan daging tu kat dalam telur ni and makan dengan nasi. Tapi aku tak tau, so aku makan last buat macam makan breakfast telur separuh masak tu taruk kicap wasabi bagai. Kahkah.

Overall, bagi aku sukiyaki set from Sushi King ni memang terbaikkk la. Harga pun ok la RM22.90. Sekali sekala makan ok la. Hari-hari buat sendiri la. Pasni aku nak try buat sendiri ja lah.

 Sambil taip ni sambil telan air lior ni. Haihhhh apa laaaa nasib.





You Might Also Like

6 comments