Travelog Perth : Day 4 , Pemberton

4:48 PM

Fuhhhh.
Lamanya delay nak update pasal travelog ke Perth hari tu kan.
Biasa la orang mengandung ni kan, hormon upside down. Lagi nak edit masukkan watermark semua bagai lagi. Semua tu perlukan kesabaran yang tinggi. Hihihi.

Tapi takpa, demi blog tersayang dan sumber rujukan dan kenangan pada masa akan datang, maka kita pun simpan di blog ni la kan.

Oklah sambungan untuk cerita hari ke 4 di WA, selepas selesai ja meneroka Cape Leeuwin Lighthouse; maka kami pun terus gerak ke Pemberton. Pemberton ni actually dalam routes kami nak ke Albany. So before pi ke Perth sana memang da study dulu dah satu2 routes yang akan singgah.


Kalau dari Cape Leeuwin Lighthouse memang amik masa lebih kurang 1 jam 41 mins. Kat sini bawak kereta memang gila2 patuh halaju sampai balik ke Malaysia pun da terset pulak. caya tak?


Pemandangan sepanjang jalan nak ke Pemberton.


Kat area ni pun ada gak vineyards. Ada satu kawasan forest tu sebijik macam dalam cerita Twilight yang pokok gergasi tinggi-tinggi tu. Rasa seram gak tapi at the same time rasa tenang pun ada.


Cantik tak pemandangan kat sana?


Da sampai Pemberton!


Pekan kecil tapi sangat2 calming.


Nak nampak kereta lalu pun susah.



Kat sini terkenal dengan landmark landasan kereta api dia ni la.


Ok ready set go and strike a pose!


Well i guess this is a guy most have pose kot kan?!

Masa kat Pemberton ni, rasa mcm kat pekan dalam cerita Twilight tu pun ada. Nak nampak kereta lalu sebutir pun payah kadang-kadang.



The famous train kat Pemberton. 


Wajib la kan bergambar kat sini 3 beranak.


Apa pun kena singgah refill and refresh dulu sebelum teruskan perjalanan yang seterusnya. Kami singgah minum kat cafe ni. Minum hot choc je lah dengan scones. 



The scone, tapi prefer lagi scone kt Uncle Bala kt CH tu. hahahah.

Punya gila azab masa kat dalam cafe ni sebab semua orang pakat makan pasta la noodles la. Kat dalam cafe ni ada jual noodles ala2 Siam tu sebab rasa-rasanya bini tokey tu Siamese sebab nampak dia duk cakap-cakap ngn tokey dia tu sambil bemesra2. No wonder la ada Asian fusion kat dalam cafe ni. Telan ailio je lah time tu. Dahla sejuk gedi kt luar tengah2 winter, nasib xda snow ja. 


Lepas minum, jalan-jalan lagi kat luar cafe tu. Pusing-pusing sat sebelum nak meneruskan perjalanan ke next destination.


Dia punya la suka bunga kecik-kecik tu. Mama dia pun suka gila. Rasa macam jakun sat.

Bagi korang-korang yang ada banyak masa and tak rushing kejar routes boleh la naik Pemberton Tram . Antara tourist attraction juga la kat sini. Seronok bila tengok gambar-gambar orang yang pernah naik tram ni.  Macam kami hari tu tak sempat sebab nak kena sampai ke Albany before 5 pm kan so kami terpaksa skip yang tram ni.



Pic courtesy of Mr Google.


Serius rasa 1 week kat WA memang tak cukup. Next time kalau ada rezeki lagi ingat nak layan motorhomes and nak explore sampai ke Esperance. Husband pun da bagi-bagi hint tak leh move on and nak repeat balik tu. hihihi.

***mode menabung is ON








You Might Also Like

10 comments

  1. Replies
    1. Landmark pekan kecil ni memang kereta api lama ni

      Delete
  2. kalau cite bab ausie ni terus jd sejuk kt sini hihi

    ReplyDelete
  3. Nak pi Perth. Doakan la Ain pulak sampai sana sebelum sis and family jejak kali ke 2 hhahaha


    blogwalking :D theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. Rasa macam seram pun ada tgk gmbr terakhir.. Bayangkan kalau tak ramai yang naik train waktu tu, lebih2 lg kalau berdua atau bertiga je...

    Tapi mmg cantik pemandangan kat sne. Aih. Bila la nak dpt g.. Rasa cuaca sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xrasa seram kot...
      Hihi..rasa sejuk n romantik aaa reen..
      Sebab kwasan tu damai sgt2

      Delete
  5. hahahaha.. haruslah travel puas2 k.lia sblum anak2 masuk sek ren.
    bagus2 dh xbwk laju2. hehee

    ReplyDelete