Resipi : Kari Mamak Ikan Jenahak tanpa santan

1:06 AM


Cakap pasal kari ja, memang kami ni jenis masak kari mamak kat rumah. Sebabnya kari mamak biasa tak letak santan. So lebih healthier la katakan. Selalu ikan yang biasa guna untuk kami buat kari mamak ni ikan jenahak, gerut-gerut, nyiok-nyiok, siakap and temenung. Memang favourite sangat. Part kuah tu suka buat lebih, habuan esok panaskan makan cicah roti gardenia pulak. Perghhh heaven!



Ni habiskan stok ikan kat dalam bahagian frozen. Ya lah kan, nak balik beranak kat Jitra dah. So baik habiskan apa yang patut.

So kalau korang nak tau, sebenarnya senang ja nak buat kari mamak ni. Jom kita tengok bahan-bahan and cara buatnya.

Bahan-bahan:
 ikan jenahak 2 3 ketul ( ikut la korang nak pakai ikan apa pun)
3 sudu serbuk kari ikan (aku suka guna Babas sebab sedap)
1 sudu kecil serbuk cili 
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar halba campur
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang besar & 6 ulas bawang putih utk diblend
1 biji bawang merah& 3 ulas bawang putih (hiris nipis untuk tumis)
1/2 sudu asam jawa Adabi.
1 tangkai daun kari
Garam
Pak aji

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan halba campur, daun kari dan bawang merah&putih yang da dihilis halus tadi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang da diblend dengan serbuk kari , serbuk cili dan serbuk jintan manis. Jangan lupa kacau sampai naik bau dan masukkan air.
3. Then masukkan asam jawa tadi and kacau-kacau.
4. Agak-agak rempah dah masak dan pecah minyak baru la masukkan garam pak aji.
5. Bagi kuah kari korang menggelegak then masukkan isi ikan. 
6. Jangan masak lama sangat isi ikan tu ya. Takut nanti isi dia hancur pulak.
7. Kalau nak masukkan cabai besaq ka bendi ka boleh la masukkan sekali masa masukkan ikan tadi.
8. Da siap n boleh tutup api dah. Sedia untuk dihidangkan dah.

Rasa In Sha Allah sedap oi.

Tak caya? Kena cuba sendiri la ye

You Might Also Like

10 comments

  1. akak buat takder letak halba2 semua tu.. akak tumis bawang merah n putih dgn biji sawi + daun kari.. heheheh.. akak guna rempah kari adabi.. babas dah tak lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah...
      Tu la..ada mcm2 stail..
      Kalau ikut suka campor ngn cap O...
      Tapi ssh nak dapat cap O lani...
      So guna ja serbuk kari yang senang dapat.
      Tapi kt penang ni kedai rempah kt Little India tu campuran rempah depa lagi sedap. Cuma tak larat la nak p jauh2 cari rempah

      Delete
  2. Replies
    1. Hehehehe...
      Cpt2 p kedai mamak dik makan...
      Nnt terliur lagi😅

      Delete
  3. kita punya cara masak sama
    kt umah ni nak kata seminggu tu ada 4x masak kari ikan tanpa santan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kari mamak...
      Amma...nalerke...
      Kata pun duk Penang...
      Sokmo nak kari mamak
      😅😅😅

      Delete
  4. Best..sedap kari tanpa santan...dh lama x buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee da terbiasa buat kari mamak
      Mmg layannnn

      Delete
  5. nampak pekat kari kak lia.. hahaha
    sedap ni tak ceroiii

    ReplyDelete