Lagi cerita pasal KFC

8:20 PM




Heee tak abih2 dengan KFC kan. Eeeiii korang ni...tipu lah kan kalau ada orang kata tak suka makan kepsi ni kan....jangan nak membongak dik non.

Semalam aku ada update status kt fb psal original recipe vs spicy tu kan. Tak sangka ramai pulak setuju dengan aku kan.


Sebenarnya, rasa original recipe tu la yang paling best and bring me down to memory lane.

Serious dulu masa kecik-kecik nak cakap susah gila-gila tu tak la tapi arwah abah n mama memang jenis berjimat cermat. Nak bawak makan kepsi tu memang setahun sekali or 2 kali ja. Tu pun kami adik beradik kena bawak balik results peksa cantik2 dulu. Dapat C xpayah la berangan nak makan kepsi bagai siap pakej dapat reward rotan lagi. Pilih la nak pakej rotan gemuk ka, sederhana gemok ka or rotan halus. Tapi kalau dapat C utk subjek music or seni, mama tak kedah. Dapat B dengar la tazkirah panjang2. Dapat A semua adik beradik (kami 3 yang atas ni la) baru la mama n abah bawak makan kepsi kt Jalan Stadium tu. Orang Alor Setaq mesti tau kepsi legend ni.

Serious time tu hampa makan kepsi tu semua mana ada spicy la apa la. Ada pun ayam original recipe tu, coleslaw dengan kentang tu ja. Burger2 aku rasa mcm takdak, sebab mama and abah order pun yang bucket besaq tu ja. So aku tak pasti adakah time tu ada kejadian burger or tak. Tapi dia punya syiok tu macam makan kat hotel weiii bila setahun sekali dua dapat makan kt kepsi. Sumpah time tu makan kepsi pun rasa dah best dah.

Rasa rindu pulak time2 dulu2. Time benda susah nak dapat tu buatkan kita lebih menghargai something. Lani kepsi tu macam alaaaa...boringggg laaa asyik2 kepsi(budak2 zaman lani...lepuk kang) aku dulu2 nak dapat makan kepsi pun setahun sekali. Tu pun kena bawak balik semua A dulu baru parents aku belanja makan kepsi tau! 

Teringat jugak, mama sampai beli bekas deep fried tu. Kes anak2 teringin nak makan kepsi punya pasal. So takdak la kami rasa kepingin sangat nak makan kepsi setahun sekali kan. Dulu2 makan kepsi tu da consider mewah sangat dah. And dulu2 semua kepsi serve dalam pinggan melamine tu haa. Lani ada la sesetengah tempat ja wat mcm tu, the rest banyak guna plate kertas tu lagi haa. 

Haihhhh. Tapi serious bila aku makan original recipe aku teringat balik semua kenangan2 demi nak dapat makan kepsi masa zaman dulu2 masa sekolah rendah dulu2.

To my parents, thanks for teaching us to be struggled for what we want. Tenkiu juga sebab ajaq kami adik beradik tak mewah2 dengan duniawi ( something dat i also should practise to my kids soon). Love u to d moon n back , mama n abah. To my lovely abah, May Allah place you in a better place now. I miss you so much, abah. Till we meet again😌😌😌

You Might Also Like

6 comments

  1. dari dulu mmg suka makan original kepci
    tp kdg2 beli gak spicy

    ReplyDelete
  2. Lama betul tak makan yang kfc original tu, ToT. Ayam Goreng kat McD pun not bad~ lately ni suka yang tu pulak hehe.

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg mekdi tu suka yg spicy tu sbb btul2 terangkat

      Delete
  3. hahah kepci jalan stadium tu lah tmpat lepak masa study kt kedah dulu.. haih lama xbalik sana. skrg kepci pun kena pilih resto tkut ayam xmasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul..kfc pun ikut branch gak...lgi2 yg cheesy wedges tu...ada sstgh tu kedekut sgt nk letak gravy lebih skit....
      Mnyampah tau

      Delete