Bila anak kesayangan kena HFMD

10:01 AM

Stress pulak bila tetiba anak boleh kena hfmd. Tapi tu la, macam mana kita elak pun kadang-kadang kalau Allah kata nak jadi, jadi jugak kan.

Jom kita baca;

Apa itu HFMD?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit HFMD adalah endemik di Malaysia dan berlaku sepanjang tahun, serta mempunyai tren ’cyclical’ dengan kemuncak setiap tiga tahun.

Penyakit ini disebabkan oleh beberapa jenis virus dan kebanyakannya adalah ringan ke sederhana sahaja. Walau bagaimanapun jangkitan dengan enterovirus 71 (EV71) boleh menjadi teruk dan boleh membawa kematian.




Bagaimana ia merebak?

Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari.

Tanda-tanda penyakit

Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala 3 demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah.

Kanak-kanak pula boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan.

Namun, hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa tujuh  hingga sepuluh hari.

Walau bagaimanapun, menurut KKM,  jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis. Namun, ianya jarang berlaku.

*********************************************

So far untuk case Adriana ni, tadi da jumpa da paeds dia. Sebelum check ngan paeds dia, mak ngah dia da checked dlu dah anak sedara kesayangan dia sorang ni. Angah cakap Adriana ok cuma biasa la awal-awal memang gatal-gatal la badan dia. Masa kt KL la hari tu perasan jugak Jumaat demam, bangun pagi demam da ok. Tengok kat mulut naik bintik-bintik pulak haih. Mula da hati rasa tak sedap.

Dalam hati haaaiiii takkan la HFMD kot. Hati mak2 ni kan. Sekali kau petang tu masa kat Nilai masa duk borong carpet dia da mula start tak boleh blah dah. Mula naik ruam-ruam kat kaki and tangan dia. Tanya mak ngah dia, kompem simptom HFMD! Oh mak kau! Mama tak jadi doktot pun boleh detect awai2 noh. Naluri mak2 sangat. Nasib la makngah kamu tu doktot Adriana. Malam tu satu malam la tak tdoq. Hari Ahad tu terus si papa mai amik kami kt rumah adik. Balik la kami ke Penang. 

Plan nak berjumpa adik beradik kami2 pun xdapat sebab takut jangkit la dengan kezen2 Adriana nanti. Plan ke Ikea, plan ke Melaka, plan ke Pak Putra semua lahai ke laut Indian Ocean. Takpa la, kak nena sayang punya pasai.





Tengah hari tadi nampak blister tu macam teruk, mula hati ni lagi risau. Tapi makan minum dia semua ok, cuma dia takla sungguh2 makan macam selalu. Terus la ke Gleneagles jumpa paeds kesukaan kami Dr Chiah.


Lepas Dr Chiah check Adriana semua dia cakap, tak payah admit pun takpa. Terus lega dalam hati. Leganyaaaa mama. Kalau dak duk terbayang kerja yang menimbun da delay tu haa. Cuma kalau dia takmau minum and makan , then baru kena admit untuk drip. Sebab lani, Adriana makan minum semua ok so no need to worry a lot la. Dat's one thing I like about her paeds, kalau paeds lain kat private hospital kompem2 nanti sruh admit. Takyah p jauh, tu yang KPJ tu, pegang anak aku pun taknak sebab anak aku nangis meraung2..check apa pun taknak, pastu sruh admit. Dah kena admit duk bilik yg 3 orang...drip pun xpayah apa...ubat pun bagi paracetamol. Nah bil mai 1 mlm rm1.4k. Memang tobat tak pi dah la KPJ tu. Terus banned! No way man. Baik aku duk Gleneagles, bilik sorang..4 malam baru kena RM2.4k masa Adriana kena Norrovirus hari tu.

Dah pulak tu, Dr Chiah ni akan tanya aku one by one. U da ada paracetamol ke, ada i tak payah bagi u. Flu syrup ada ke belum...kalau ada, no nid me to prescribe to u bla bla bla. Dia cuma bagi aku ubat yang aku takdak and yang aku perlukan ja. Kalau KPJ tu hareeemmm semua dia nak bagi, pastu dia nak casss... Pundek betul kekdah bisnes KPJ ni. Untuk kali ni , dia cuma bagi ubat untuk mandi ja. Kahkah Pottasium Permanganate rupa2 nya. Tu untuk keringkan blister and bagi badan tak miang sangat. So far , nampak Adriana pun x mnggaru-garu dah. And satu lagi ubat dapat, ubat spray kat dalam mulut untuk legakan ulser. 

Mandi dengan KMnO4. Mama dulu duk main ja chemical ni kak oi.


So far, tanya Adriana dia cakap kakak da tak gatal mama. Leganya mama dengaq. Selain ubat-ubat yang doktor bagi and ubat selsema/gatal tu, aku ada gak bagi Adriana supplement Shaklee yang multivitamin chewable tu. Selalu amik sebijik, hari ni aku bagi 2 la. Kemain seronok la kan. 

Selain tu, abih serumah aku duk spring cleaning, mop dengan air panas. Vacuum kat carpet2 semua. Macam tu la bila anak kena HFMD. Memang kena be extra careful la. 

HFMD ni sebab virus tau, bukan sebab bacteria. So kalau doctor tu nak bagi hampa antibiotics bek hampa tanya balik psaipa kena bagi antibiotics. Macam Angah n Dr Chiah habaq la, HFMD ni memang takdak rawatan khas pun. Kena make sure anak minum tu cukup sebab takut depa dehydrate n pastikan depa makan. Tu ja, yang lain tu masa awai2 tu depa memang akan merenyam satu badan. Sebab tu la kena amik ubat selsema/gatai tu. And lagi satu yang aku perasan , kerap mandikan anak. Bila bagi depa mandi, gatai-gatai tu macam lega la skit. 

And make sure hampa yang contact dengan anak hampa directly ni pun kena selalu basuh tangan hampa. Sebab bukan budak-budak ja boleh kena. Orang tua kertuuu pun boleh kena haih.

Tapi yang pasti lani lega da tengok dia tak merenyam sangat macam semalam. Nak2 lepas bagi mandi ngn KMnO4 tadi. Dia lega...mama dia lagi lega tengok.

Ok la hampa. Tu ja lah nak cerita pasal anak kesayangan kami ni. Lani kena quarantine 1 week. Sekali2 ngan mak dia la ceritanya ni.



You Might Also Like

12 comments

  1. laa..kesiannyer kat Anena..semoga cpt sembuh..Aamiin!

    ReplyDelete
  2. Nasib la kpj kena pundek. Hahaha :D

    "U da ada paracetamol ke, ada i tak payah bagi u." Serius memang doc ni bagus. Majority klinik atau hospital swasta, ubat akan diberi sebanyak yang boleh. Dangggg..!

    Apa-apa pun, semoga Adriana cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram sangat2 reen oi dengan kpj tu.
      Satu sebab check pun xnak...
      Pastu charge kita mcm apa ja

      Delete
    2. Nak kaut untung lebih.. Gitulah. Kalau termasuk skali kos tahan wad, fuh. Bayar sendiri tu mau ternganga dengar harga. Kui kui kui

      Delete
    3. Kami duk blik hat 3 org kot.
      Sadis sgt bil mai lagu tu. Pastu semua ubat dia nak bagi.
      Tak mcm Dr Chiah ni, macam2 dia tanya kita dulu

      Delete
  3. pak sedara pun kalau apa2 hal tak suggest ke kpj..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk la depa kak eyda...
      Mmg geram sgt2...
      Tu kami rela lagi p jauh kt gleneagles sana

      Delete
  4. Dhia pun baru je sembuh HMFD. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kan budak2 kena ni...
      Paling kesian masa nk kluar merah2 tu ...nangis ja kejanya

      Delete