Tips Mudah Raya : Bersihkan Lantai Dengan Spray Mop

11:58 AM

Sebelum ni aku selalu tension kalau nak kena mop lantai. Ya lah lagi2 kalau guna mop yang biasa tu.

Dah la berat, trap air banyak!
Pastu bila tekan air lebih2 skit mula la yang penapis kt besen tu jatuh masuk dalam besen tu. Ehh stress mak nak kena hangkat kau pulak kan. Dah la nk kena mop lagi pulak. Nak perah dengan tangan??ewahhh memang tak la kan.

Tapi aku memang suka betul la dengan gajet rumah yang MUST HAVE ni! Memang terus aku jadi rajin pulek nak mop2 lantai bagai ni.

Serius aku jadi suka la. Dah la pencuci lantai Daia Lemon tu bau sedap sangat oi. Pastu ehh seronok ja feeling2 lantai berkilat helokk ni.

Ni la dia spray mop kesukaan aku!
Senang keja hakuuu.
Tapi yang ni brand Rubbermaid. Yang haku punya cap getahmaid /cap ayam ja!

Tekan cret-cret ja nanti keluar la dia.
Untuk bancuhan air dalam tempat untuk spray tu aku just gunakan sikit pencuci lantai Daia Lemon+air paip+cuka+air panas. Isi sampai max level kat botol tu. Pastu spray la sampai lebam.

Yang bestnya menda alah ni fleksible gila so senang la nak masuk celah2 yang susah nak dicapai.

Haaa tengok gambar gugel ni dia spray-spray ja!
Pastu lap dengan kain microfibre tu. Kain tu pulak reusable. Boleh cuci lepas tu.
Actually tadi masa jalan-jalan kt Parkson ternampak la brand Rubbermaid. Hrmmmm, telan ayaq lioq sat sebab mahal. Yang aku beli ni kat Mr DIY je. RM35+ tak silap!
Dari segi segak tu menang lagi la kat Rubbermaid kan. Sebab pemegang dia tu siap macam ada rubber-rubber gitu. Bila try guna, efek dia sama jek! Hihihi. So kalau aku, aku prefer lagi beli yang Mr DIY ni. Murah pun murah. Tapi yang Rubbermaid tu nampak lagi segak la kenn. Tapi kalau orang nak bagi adiah spray mop dari Rubbermaid sempena harijadi ai, ai ok je! Seronok pulak kalau dapat gajet-gajet untuk bersihkan rumah ni!
***mak-mak sangat jiwa lani***

Berkilat dak? Tapi memang betul la petua guna cuka n air panas/suam tu. Memang betul berkilat lantai kalau mop gitu. Tak caya??? Cubalah sendiri.

Ok la tu ja nak kongsi tips mudah untuk mop lantai dengan hampa sempena nak raya ni.

Muah ciked***

You Might Also Like

5 comments

  1. nak pergi cari gak satu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli jgn x beli...mudah reja kita ekin

      Delete
    2. tapi p selalu tak ingat hahahahaha duk beli barang lain

      Delete
  2. Alahai.. senang hidup kalau ada mop cengginie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lg kak sha..boleh serang mr diy cari ni

      Delete