Resipi : Terung Goreng Berlada Sedap Dan Mudah

5:53 AM

Abaikan plating yang comots itu ya, mak nak cepat time tu tak sompek la nak letak lemah gemalai bagai nak oi. Denagn si kenit memekik mama nak makan!!! lagi harus pantasss zasss gitewww.


Memandangkan ada yang bertanya pasal resipi terung goreng berlado yang kebabom ni, maka harus la kita share kat blog ni ya.

Actually ni memang favourite sangat-sangat ni. Biasanya masakan ni femes kat belah2 nogori sano haa...geng2 minang kan suko mkan lado-lado ni. Aku hat bukan minang ni pun suka masakan lado-lado gini ha. Jom kita cerita skit macam mana nak buat terung goreng berlado ni ya.

Bahan-bahan:
~terung panjang (aku guna sebatang jer,sebab suami aku tak makan terung..so aku bedai sorang-sorang je lah)
~ 3 biji cabai besar
~ 8 biji cabai melaka
~ 1 biji bawang besar
~ 4 ulas bawang putih
~ garam
~ kunyit
~ perasa
~ gula
~sekeping asam keping

Cara-cara:
1. Mula-mula potongkan terung ikut size korang suka, garam dan kunyitkan dia. Lepas tu goreng (minyak takmau banyak ye) agak-agak dah masak angkat ya.
2. Tumbuk cabai melaka, cabai besaq, bawang besar dan bawang putih dengan lesung batu. Kalau malas boleh ja blend kering tu, jangan halus sangat la tapinya, dats why la aku tumbuk dengan lesung batu ja sebab nak effect kasar2 gitew( setahun sekali ja la tumbuk guna lesung batu, selalu guna blender ja..preh2 senang).
3. Panaskan minyak yang guna untuk goreng terung tadi dan tumis bahan-bahan yang tumbuk tadi tu.
4. Jangan lupa masukkan asam keping ya, then tambah ayaq skit.
5. Agak cili tadi da masak, and air da kurang baru masukkan garam, perasa, dan gula.
6. Da siap kuah tu boleh la masukkan terung yang digoreng tadi.

TARAAAAA...DA SIAPPPP DAHHH

SELAMAT MENCUBA...
Makan ni sepinggan tak cukup, kena dua pinggan baru rasa puassss penangan berlado dia tu haa.

oklah, tata titi tutu.

You Might Also Like

4 comments

  1. akak suka..tp shubend xsuka..jadi kalau nak makan selalu beli kat kedai makan nasi campor2 jer la..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la husbnd xmkn gak terung ni..tp kdg2 mkn kt kedai x puas.hihi

      Delete