Resipi : Kari Mamak Ikan Bawal Emas

1:28 AM


Kali ni nak cerita pasal resipi kari mamak ikan bawal emas yang buat baru2 ni masa Raya ke 2 kat Jitra.

Memang terangkat habis lah.

Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya.

Bahan-bahan:
1. Seekor ikan bawal emas (anggaran dalam 1kg+..mntak peniaga potong untuk masak kari siap-siap)
2. 1 biji bawang besar ( hiris)
3. 4 ulas bawang putih. (Hiris)
4. Serbuk kari ikan babas (4 sudu makan)
5. Serbuk jintan manis (1 sudu kecil)
6. Serbuk cili (1 sudu kecil)
7. 2 tangkai daun kari
8. Satu sudu halba campur.
9. Sedikit minyak untuk menumis
10. Air asam jawa
11. Garam
12. Serbuk perasa
13. Tomato
14. Bendi
15. Cabai besar.


Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis halba campur dan daun kari dan bawang besar &bawang putih.
3. Kemudian masukkan serbuk kari, jintan manis dan serbuk cili dan kacau.
4. Then tambah air asam jawa and tambah air.
5. Biar kari merenih dalam 15-20 minit supaya rempah masak dan pecah minyak.
6. Agak rempah kari da start masak dan mendidih masukkan ikan, garam dan serbuk perasa.
7. Lepas tu , masukkan la segala tomato, cabai besar dan bendi.
8. Jangan masak lama-lama sangat nanti hancoq ikan tu. Dah mendidih sekali terus tutup api tu.

Dahhh siap. Sedap gila oiii!!!

Makan dengan nasik buh sambai belacan skit. Memang terangkat abih. Oh ya kari mamak memang x letak santan tau. Kalau kari melayu ja letak santan bagai. Ni healthier giteewww.

Selamat mencuba!

You Might Also Like

4 comments

  1. Sedapnya....SA suka bawal EMA's Dan selalunya mmg masak Kari..psst tp x letak santan

    ReplyDelete
  2. mkn panas2 mmg sedap..tambah lau ada sambal belacan

    ReplyDelete