Resipi : Ikan Masak Jeruk

3:18 AM

Hai bulan-bulan puasa ni kadang-kadang buntu gak kan nak masak apa. Kadang-kadang selera nak yang simple-simple ja kan.

Macam aku sekarang ni la,silap makan memang uwek2 la jawabnya. Pastu menyesal ja rasa. *dugaan ibu mengandung wei*
**lap air mata berkoyan-koyan**

So kali ni nak share masakan mama aku yang memang fav kitaorang adik beradik. Tak lain tak bukan Ikan Masak Jeruk.

Simple tapi menyelerakan.

Bahan-bahan:

Ikan yang da digoreng.
Biji sawi
Bawang besar ( potong kasar)
Bawang putih ( seulas belah 2 atau 3 ja)
Cili padi /cili besar ( potong kasar)
Biji sawi
Serbuk kunyit
Cuka (5 sudu besar)
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)

***bahan-bahan macam bawang besar, bawang putih dan cili padi tu lagi banyak lagi sedap tau.

Cara-cara:

1.Panaskan minyak. Masukan bawang merah, putih dan biji sawi. Biar hingga kekuningan.

2. Masukkan air, cuka, air dan gula. Tunggu hingga mendidih.

3. Masukkan ikan goreng dan cili padi/ merah. Biarkan 5 minit. Masukkan garam. Balancekan rasa masin, manis & masam.

4. Dah siap.


Ikan masak jeruk ni kalau wat malam hari, makan esoknya tu best gila sebab rasa da sebati and masuk ke dalam ikan goreng tu.

Mama aku cakap ni makanan orang dulu-dulu. Orang dulu kalau ikan goreng tak abih diorang akan wat masak jeruk ni sebab masak macam ni akan tahan. Ya lah preserve dengan cuka kan. Zaman dulu mana ada peti ais nok. Makan time sahur pun cara noks.

Apapun selamat mencuba ya.

You Might Also Like

6 comments

  1. ni style masak asam jugak ye..cuma ganti cuka..sedap wooo iols mkn hat ni bertambah2 nasi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul...
      Style masak asam gak ni...
      Cuma asam jawa replace dgn cuka ja

      Delete
  2. wah pestime jumpe menu ni..mak akak kalau ikan goreng x habis makan dia boh dalam nasi goreng..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan goreng buh dlm nasi goreng pun selalu jugak wat...tpi yg ni kalau byk sgt ikan goreng yg lebih tu boleh la wat masak mcm ni

      Delete