Resipi : Ayam Masak Cili Kering Bersama Kacang Gajus

9:58 PM

Hai semua.
Bulan-bulan ni rajin nau nau nak update resipi sokmo kan. Hahahaha.

Kali ni nak share pasal resipi Ayam Masak Cili Kering Bersama Kacang Gajus
. Menu ni sebenarnya simple gila tapi boleh tahan sedapnya! Tak percaya??? Kena la try sendiri nanti ya.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya ya.


Bahan-bahannya:

* 2 ketul ayam bahagian dada- potong kecik2 ( garamkan dan letak tepung jangung dan goreng, jangan garing sangat ya)
* 5 cili kering (cuci dan gunting2)
* bawang besar (belah 8)
* bawang putih ( 4 butir, tumbuk kasar dengan lesung batu)
* kacang gajus
* sos tiram
* sos pekat
* sos cili

Cara-cara:

1. Lepas siap goreng ayam seperti yang dinyatakan diatas, maka tinggalkan sedikit minyak untuk menumis.
2. Tumis bawang besar, garlic dan cili kering.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan kicap pekat dan tambahkan air.
4. Then kacau-kacau dan masukkan ayam yang da digoreng tadi bersama kacang gajus.
5. Nah dah siap dah pun.

See...senang ja kan nak buat dia. Bukan payah mana pun.

Kat rumah ni part dada la paling susah nak bergerakm so bila buat mcm ni boleh pulak telan kan mayb sebab ayam tu da potong-potong kecik kan. So memang sedap la bila wat gini.

Apapun, selamat mencuba ya.

You Might Also Like

10 comments

  1. ada gajus tu yg sodap baq hang

    ReplyDelete
  2. Wah! Nampak sedap.. Kalau agak2 terlewat masuk dapur nak masak utk berbuka atau bersahur, bolehla masak menu ni je.. Simple & cepat! Paling penting sedap! ^_^
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  3. ni mesti teringat ayam masak gajus kat Ixora kan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada eh kt ixora hari tu?
      Akk xperasan pun

      Delete
  4. dumah ni banyak biji gajus.. nak buat kulit dia susah sikit tak taw nak buang dengan apa...

    ReplyDelete
  5. Goreng n sagai dia x kluar ke ekin

    ReplyDelete