Resipi : Ayam Goreng Berlado Mudah

5:56 AM

Semalam masa buka puasa ada buat ayam goreng berlado. Resipi ni actually senang gila kot. Aku kan memang suka makan yang podeh-podeh ni. Tapi disebabkan husben aku tak berapa tahan sangat podeh-podeh ni maka aku kurengkan sikit kepadasan masak berlado aku ni.

Jom kita check bahan-bahan dan cara-cara nak buat ayam goreng berlado ni.


Bahan-bahan:
* ayam (goreng kunyit siap-jangan terlampau garing)
* kentang ( goreng 3/4 masak...aku potong bentuk wedges)
* cabai besar (2 biji)
* cabai melaka (5 bijik... selalu guna banyak)
* bawang besar ( 2 biji)
* bawang putih (5 ulas)
* asam keping
* gula
* garam
* cukup rasa

Cara-cara:

1. Sambil-sambil goreng ayam dan kentang, boleh la blend/ tumbuk bahan-bahan selain dari ayam dan kentang. Blend kasar ya. Aku malas nak tumbuk.
2. Minyak yang guna untuk goreng ayam dan kentang, simpan separuh dan separuh lagi tumis bahan-bahan blend tadi.
3. Lepas tumis bahan-bahan yang blend tadi, masukkan asam keping dan tambah air.
4. Biar air kering, masukkan garam, gula dan cukup rasa.
5. Lastly masukkan kentang dan biar masak jap sebab biasa masa goreng tak fully cook. Lepas tu baru masukkan ayam.
6. If korang nak berkuah skit, boleh tambah air skit. Macam aku, aku nak berkuah skit tapi stil bersalut dengan lada tu kat ayam, maka aku tambah skitttt air.
7. Da siap dah.


Selamat mencuba semua

You Might Also Like

4 comments

  1. Fuhhh lapar terus dibuatnya >.< ... Den pun suko makan ayam berlado ni laie2 amak buek fuhh merecik ^_^

    Meh singga blog den - khairulcushion.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai...
      Boleh geng la kita yo...
      Tq for dropping by...
      In Sha Allah wil drop by to ur blog soon

      Delete