Resipi : Air Asam Kaki Ayam Marvellous

6:06 AM

Haiiiii.
Berbuka dengan apa hari ni???
Hari ni kami sekeluarga buka puasa dengan ayam goreng berlado , air asam kaki ayam, ulam n sambal belacan ja. Simple-simple ja. Sesuai la dengan tekak sekarang ni nak yang masam-masam n pedas-pedas sekarang ni.

Ok kali ni meh nak share resipi air asam kaki ayam. Bagi penggemar kaki ayam, boleh cuba resipi ni. Bagi yang tak gemar n duk eeeiiii eeeiiii tu boleh skip baca resipi ni. Hikhik.


Bahan-bahan:

* kaki ayam
* cili padi (8 biji. Potong nipis)
* tomato (aku guna yg besar tu sebijik terus. Potong nipis-nipis)
* daun ketumbar (hiris macam biasa)
* limau kasturi( 3 biji)
* bunga kantan ( separuh ja guna)
* serai ( 1 batang)
* cuka ( 2 sudu makan)
* namfla ( 1.5 sudu makan)
* ajinomoto ( ujung sudu kecil)
* gula ( 2 sudu besar)

Cara-caranya:

1. Rebus ayam bersama 5 ulas bawang putih dan halia dan tak lupa juga garam. Aku rebus lama, memang sampai kaki tu kembang and air tu kering jugak la.
2. Dalam bekas lain, masukkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali kaki ayam dan satu kan dengan segala perencah mak nenek.
3. Bila bahan-bahan air asam da bersatu, masukkan ke dalam bekas yang berisi kaki ayam dan air rebusan kaki ayam (air rebusan tu skit ja tau, jangan lebih2.)
4. Satukan kesemua and biar mesra bahan-bahan air asam dengan kuah rebusan kaki ayam. Rasa mana yang patut, balance kan rasa. Macam bulan puasa ni pandai-pandai la korang ya.
5. Hidangkan dalam pinggan lain.
6. Siap dan boleh standby untuk dihidangkan masa berbuka nanti.

Apa pun selamat mencuba ya. Kalau try tak sedap tu, pandai-pandai la adjust bahan rencah dia tu. Macam tekak siam aku ni memang suka pedas, masam n manis2 skit. So memang ketiga-tiga rasa ni aku balance kan.

Ok lah,nak p melayan anak n laki den jap.



You Might Also Like

8 comments

  1. boleh cuba buat ni... tq alia sudi guna watermark ekin...

    ReplyDelete
  2. wahhh kaki ayam..fav ni hehhee

    ReplyDelete
  3. Marvellous.. Marvellous..

    Dua tiga ayam berlari,
    Nampak sedap, bertabahlah hati..

    Boleh try ni, tapi guna bahagian lain kot, sebab tak seberapa makan kaki ayam ni.. huhu

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..SA dh la peminat tegar kaki ayam..memanG x pnh Cuba style ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak SA...kita geng...
      Cuba jgn tak cuba sebab memang sedap gilos...
      Duk terasa pulak kt tekak ni

      Delete