DIY : RUGS cantik dan stailo

6:32 AM

Hai kali ni meh nak share projek DIY untuk rumah. Ya lah, nak raya ni kan for sure ramai gila nak tukar sarung bantal la nak tukar cadar la nak tukar curtain la bla bla bla. Ada tu yang nak tukar rug/ carpet dah tak perlu pening-pening sebab meh nak share DIY Rug cantik, murah tapi nampak mewah gituuuu haaa.

Ya hampa perlukan tempat lap kaki ni ya. Beli dekat Mr DIY ada. Size sederhana RM7.90. Besar punya RM9.90. Yang pengelap kaki kat bilik ayaq ni size besar ya.


Macam yg ni guna yang size sederhana tu ya yang RM7.90 sekeping tu. Memang aku beli colourful sebab aku nak effect ceriaaa gitu utk rug aku. Bila rug ceria automatic ruang kat sini pun nampak ceria dan tak dull.

Oh ya apa yang hampa perlu buat cumalah merajinkan diri jahit jelujur ya. Macam aku yang tak reti menjahit ni boleh jahit jelujur takkan korang yang terer tak boleh nak wat kot kan.

So apa lagi boleh la buat sendiri rug untuk hari raya kan. Aku pernah ternampak rug ala-ala gini. Colorful mcm ni harga dia seriban lebih. Huwaaaa ja lah kalau nak beli. Buat sendiri maciam ni pun aku dah puas hati. Nampak hasil kerja aku sendiri. Walaupun banyak lagi ruang kat rumah ni yang aku tak puas hati lagi. Takpa la slow-slow kan.

Nanti kalau ada lagi apa-apa yang aku DIY aku akan share lagi kat blog. Sekarang tengah pikir nak DIY amenda pulak la lepas ni for projek hari raya.

You Might Also Like

3 comments

  1. Hi Alia, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete