Post Partum Blues

8:26 AM

Terkejut bila tengok kt timeline fb khabarnya ada ibu berpantang terjun dari tingkat 26 sebab stress tak dapat susu kan anak dia yang berusia 10 hari.

Allahu. Sedihnya aku.
Tak cukup dengan tu ada pulak yang jadikan isu breastfeeding ni kononnya la penyebab. Kononnya ibu-ibu yang taksub bf ni la yang jadi penyebab. Ewah-ewah. Sedap-sedap mulut kau ja kan. Pastu pakat-pakat share kononnya ibu2 bf ni penyebab. Adoiyai. Bengap ke apa ni?

Maaf cakap. Selalunya mak-mak yang tengah berpantang ni bukannya stress dengan mak-mak lain yang boleh bf, stress selalu sebab orang asyik cakap topup la fm. Tak payah la mnyusu nanti sebab nanti nak p reja payah la apa ( tak pernah dengaq ka perkataan breastpump bhai???duduk zaman mana ni bhai???)
Tolonglah. Perkataan-perkataan macam ni la lagi mengundang stress kat ibu-ibu yang tengah berpantang. Banyak la lagi perkataan lain yang langsung tak membina. Bukan nak encourage tapi down kan.

Perlu kita tau yang perempuan dalam pantang ni sangat-sangat fragile. Si suami dan kaum keluarga, support lah keputusan si isteri. Beri sokongan moral kepada mereka. Aku sendiri pun pernah berdepan dengan post partum blues, tetiba nangis bila en suami balik penang. Pastu tetiba nangis rindu sebab kat en suami. Pastu abih pantang nak balik penang pun nangis lagi sebab sedih nak tinggalkan mama yang bersusah payah jaga kami 2 beranak masa dalam pantang. Serius weh bukan saja-saja nak p menangis ok! Satgi kol suami nangis-nangis sebab ntah hapa-hapa. Adoyai. Nasib si suami akan selalu cool kan aku.

Aku takleh bayang kalau suami aku jenis wat derk ja dengan aku. Mau jenuh gak la aku.

Si suami di luar sana, post partum depression is real ok! Jangan pandang sebelah mata. Aku ada sorang vendor ni dia cerita wife dia memang kena post partum depression and sampai lani duk depression tak hilang-hilang. Anak dia dah masuk 5 years rasanya and disahkan mild autisme. Bayangkan baik nya dia ni, every month akan p bawak wife dia check up. Anak dia, dia yang uruskan. Dia cakap my wife n kid are all i have, alia. Sebab aku pernah tanya dia tak plan for second child ka. Dia kata i nak tapi my wife dia kena post partum depression masa bersalin dulu. So i memang xkkan paksa dia untuk mengandung and beranak lagi. Wah rasa nak menangis aku dengar. Lepas tu dia cerita pulak anak dia mild autisme. Lagi la aku jadi sebak. Tabah gila dia kot. Aku ingat kan diorang memang nak anak sorang ja sebab biasa kan chinese memang anak sorang dua ja kan. Rupa-rupanya ada cerita disebalik tu tau dak.

Aku ni memang ada tabiat suka p duk belajaq dengan vendor perongkah equipment-equipment aku dulu tu masa duk reja. Kadang-kadang sambil duk testing nak calibrate ka apa memang akan keluar la cerita macam-macam. And cara dia cerita tu, dia agak regret bila keadaan wife dia sekarang. Mungkin he put the blame on himself. Tapi aku cakap aku memang kagum dengan dia sebab dia seorang yang kuat.

So guys ingat, berikan support yang tak berbelah bahagi kepada wife korang. Emosi kitaorang memang tak stabil time tu. This is not a breastfeeding issue!! The post partum blues/ depression is real.

And kepada ibu-ibu yang tengah preggy tu, persiapkan diri anda. Banyakkan pembacaan. Join support group and cari kawan-kawan yang berjaya dalam penyusuan. Sebab aku tak rasa ibu-ibu yang menyusu ni akan bagi korang down. We will support each other.




Picture from Mr Google.


Ibu mana tak sayang anak wei. Baik kau feed bm ke fm ka. Tetap lah kita sayang anak.

Para ibu-ibu sekalian let dig more n more knowledge about breastfeeding. And para bapak-bapak sila lah support bini anda tak berbelah bahagi. Jangan la tetiba cakap bini mengada-gada ka hapa pulak!

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

5 comments

  1. terkejut sgt baca berita ni..semoga masyarakat lebih perihatin tehadap ibu2 yang baru lepas besalin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....
      Kesian kan....
      Jgn wat main tau...
      Emosi time tu sgt2 lah fragile

      Delete
  2. tula kesian baby tu..baru 10 hari kut
    dah xde ibu..Allahuakbar..
    kena ada moral support dari org2 yg terdekat terutama suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. El...org melayu ke ya yg mninggal tu???

      Delete
    2. El...org melayu ke ya yg mninggal tu???

      Delete