Resipi nasi daging utara

5:29 AM

Semalam buat nasi daging utara....
Memang favourite sgt tu...
Bila upload kt fb...ramai pulak tanya resipi kan...
Ok lah...mai ai share resipi ngan hampa naaa



Ni juadah buka posa semalam....
Roti tu pun buat sendiri...nnt aku share resipi ya korg

Bahan-bahan:

Untuk sup
* bahan menumis untuk sup(buah pelaga, bunga lawang, kayu manis)
*bawang besar dan bawang putih(blend)
*daging potong ketul besar skit
*garam
*stok ayam

Untuk nasi:
*minyak+butter/minyak sapi
* beras -2 cawan
*bawang merah dan bawang putih potong2
*bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis
*rempah kurma
*sos tomato
*garam
*cukup rasa
*air rebusan daging(2 cawan setengah)

Untuk air asam:
*belacan
*cili
*air asam
*tomato potong dadu
*bawang besar
*garam
* gula

Cara-cara:

Untuk sup:
1. Tumis semua bahan-bahan dan masukkan daging.
2. Tambah air dan rebus dalam sejam(untuk bagi daging empuk)
3. Tutup api dan asingkan daging dan kuah sup.

Untuk nasi:
1. Gunakan minyak+butter, biar panas seketika, then tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
2. Agak dah naik bau masukkan sos tomato dan rempah kurma..kacau sat.
3. Then masukkan beras lepas tu masukkan air rebusan/sup tadi.
4. Masukkan daging sekali dalam nasi then kacau2 bagi daging tu mesra dalam nasik.
5. Pastikan air rebusan/ sup tadi cukup untuk pastikan beras korang masak.
6. Letakkan garam dan cukup rasa.
7. Tunggu ja nasik masak dalam rice cooker tu..

* oh ya step 1 smpai abih semua aku buat dalam rice cooker saja..

Untuk air asam:
1. Tumbuk cili dan belacan(aku guna stock smbal belacan aku dalam peti ais saja) untuk step ni sama macam nak buat sambal belacan.
2. Lepas tu dalam mangkuk lain, masukkan cili+belacan tadi n then masukkan air asam jawa.
3. Lepas tu tambahkan tomato dan bawang yang da dipotong tadi..
4.gaulkan dan masukkan garam n gula.

Dah siappppp....

Kuah sup yang lebih tadi boleh dihidangkan sekali....

Ok lah....

Selamat mencuba...

Ni nak bersilat kat dapoq sat.....

Ok babai

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

5 comments

  1. Assalam alia,
    oohoooiiiiiiiiii
    lama tak masak nsi daging :)
    sedap3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Msak...masak..jgan tak masak...
      Biasa bulan posa...perut teringin makanan yg lain mcm skit

      Delete
    2. Msak...masak..jgan tak masak...
      Biasa bulan posa...perut teringin makanan yg lain mcm skit

      Delete
    3. Msak...masak..jgan tak masak...
      Biasa bulan posa...perut teringin makanan yg lain mcm skit

      Delete