Resipi : Ayam Ketumbar Pedas Manja

by Alia Farhan, 9:46 AM

 Assalamualaikum 

Quick sharing sebab nak tidoq dah. Ni actually resipi simple2 main taram ja tapi eventually sedap la pulek. Hampa boleh try ya.

Actually ayam ni aku perap lama dah sebab aku duk start buat suku2 separuh dengan laki aku kan. So ni ayam yang aku dah perap lama tpi aku lupa kewujudan dia. Hahahah


So jom tengok bahan perapan yang aku guna untuk ayam ni.

Bahagian isi dada ayam

2 sudu Chilies flakes

2 sudu brown sugar/ madu

Sedikit garam 

Sedikit serbuk perasa

1 sudu lemon juice /cuka/lime juice

1 sudu minyak masak

Marinate la ayam ni dalam 30minutes mcm tu ka.. lagi lama lagi sedap. Macam ni dah berhari-hari memang sedap la kan🤭

Bahan-bahan lain:

2 sudu biji ketumbar

2 sudu minyak masak

4 atau 5 tangkai daun selasih

4 atau 5 helai daun ketumbar(aku guna ketumbar jawa yang tanam dekat blcony)

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis biji ketumbar separa garing. Kenudian masukkan ayam yang diperap tadi.

2. Tak payah tambah air pun takpa sebab ayam akan keluarkan airnya. So masak la dengan api sederhana. Jangan lupa masukkan daun selasih dan ketumbar ke dalam masakan ni

3. Masak sehingga air ayam kering dan nampak ala-ala berserdak gitu. Dah boleh tutup api.

Oh lupa perasa masa goreng semua ni dah tak payah letak ya sebab kita da marinate dengan flavourful dekat ayam tadi dah…so It’s done ya..

Memang sedap dah mudah gila..


Dia punya rasa nak berserdak tak serdak tu yummeh sangat. 

Kormag cuba lah ya mana tau buntu nak masak lauk apa kan😜😜😜




SHARE 0 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS