Dah lama sebenarnya nak buat pizza sendiri ni. Tapi idok ler buat doh pizza utk buat crust dia tu. Yang ni just guna wraps ja as pizza crust. So nanti akan jado ala2 thin crust gitu haa... Sapa pernah makan pizza dekat Coffee Bean and Tea Leaf mesti tau depa guna wrap ja as base dia.

So bahan2 pun dah ada. Aishah pulak duk berzikir lapaq petang2 ni. Maka jom la Aishah kita buat pizza. Senang2 sudeh la.. Guna bahan yang ada dekat rumah ja lah.


Letak ja bahan apa ada. Aku guna sos cili and cheesey mayo dr kewpie tu.. Letak la sosej skit.. Tomato skit.. 


Lupa dekat luar rumah ada thai basil.. Kita taruk jugak.. 


Lepas tu letak la cheese ni


Masuk dalan microwave set 2 mins. Kalau ikut guna oven lagi best sebab crust tu akan jadi mcm keras skit. Kalau guna microwave ni crust dia mcm lembik2 skit. But stil sefap la. Aku xda ovem dekat sini.. So korang ada over guna la oven ok. 


After 2 mins dalam microwave... Ok la ada rupa kan. 



Dah siapppp. 

Sekali tak cukup.. Ecah mintak lagi.. Maka terhegeh2 la pi buat lain dengan dia. 


Ni ala2 cheesy.. Aku guna prego yang ni. 


Tabur cheese lagi... 


Nahhhhh... Siap dahhhh. 

Lepas tu aku hntaq gambaq dekat laki aku... Dia sruh buat... And sekali dia tunjuk gambaq ni dekat si kakak masa ambil si kakak balik dari sekolah. Merajuk la kakak tak tunggu dia buat pizza. 

So kena la buat dengan dia pulak. Lagipun nak buat kunyah2 sebelum dinner kan. 



Nah lepas mandi rambut basah2 xdan sikat terus rushing nak mai buat. 



Da siap 3 jenis pizza. Hahhaha. Mari lah kita masukkan dalam microwave selama 2 minit each. 


Ajommmm la kita makan pizza. Boleh buat 🍕 party mcm ni. 🎉🎉🎉


Next time boleh buat lagi dekat rumah baru guna oven. Guna oven lagi best sebab dia ada effect garing2 dekat crust dia tu. Next time kita buat lagi ya anak2

Ni kalau buat lepak2 makan dengan kawan2 yang mai rumah pun senang pun senang. Yang penting dapat jimat sebab kos nak buat pun rendah ja. 











(credit to Google) 

Bad boys bad boy
Whatcha gonna do, 
Whatcha gonna do
When they come for you... 

Aisehhhh mannnn.. Selaku peminat Will Smith.. Pastinya Bad Boys For Life ni membuatkan aku tak senang duduk. Dah le membesar dengan jayanya duk tengok Bad Boys ni kan. So this is MUST watch movie for 2020 opening. 

Tak payah cakap la kan... Gabungan Will Smith and Martin Lawrence seperti biasa la tak menghampakan. Cerita Bad Boys dah jadi Bad Old Man giteww. Hahahha. 

(credit to Google) 

 Gabungan mantap.. Dah kira legend depa dua ni. Harey Will Smith ni.. Tua2 pun makin segak... 

Dalam cerita ni awai2 tu depa tunjuk la Marcus  (Martin Lawrence) dah jadi grandpa. And he's about to retire from all this police things, yeah we know Marcus is a family man. But as for Mike (Will Smith) , dia masih enjoy bein a cop.. Or BAD BOYS COP. 

But cut the story short, Mike kena tembak dengan someone ni. Everybody ingat Mike will not survive. Tapi tengok selamat and hidup la. Nama pun HERO kannnnn. Marcus la orang yang paling heppy sebav best buddy dia selamat. Siap bernazar macam2 lagi kalau Mike selamat. Nak retired tak nak violence la tak nak itu la tak nak ini la.. Kiranya NO BAD BOYS  la cita dia. 

But being Mike Lowrey yang gilaaa.. He surely wants to hunt the shooter. So puas la dia ajak Marcus untuk tolong dia tapi Marcus taknak la kan. Sebab dia dah janji kan nak retired semua tu. Puas la depa duk track down sapa la yang nak bunuh sangat si Mike ni. 


(credit to Google) 


And atas sebab2 tertentu... Marcus ni setuju la untuk tolong Mike.. So Bad Boys is back. Kali ni depa bekerjasama dengan AMMO.. satu underocver team dalan police jugak la.... 

(credit to Google) 

AMMO team.. Hat kiri sekali tu... Meoww


Sekali Rupanya2 nya drug cartel di Mexico, Isabel Arates ni yang nak sangat bunuh Mike ni. Kiranya dia nak bunuh semua orang yang dah bunuh suami dia la.... 

(credit to Google) 


But thats not all... I will not tell you everything... Ada plot twist dekat situ ya. Aku ingatkan dia nak bunuh Mike sebab Mike tangkap laki dia ka apa ka... Rupa2 nya ada sebab lain.... 

Kalau hampa nak tau sebab apa... 
Hampa kena la pi tengok sendiri....

Overall..aku bagi 5 bintang... 
Laki aku tak puas hati plot twist yang depa buat tu... Tapi aku rasa best ja... Dia ni suka ja nak cerita yang mendatar biasa balas2 dendam yang biasa2 tu... 

Tapi banyak la plot yang mangkaq gila... Biasa part Marcus la yang nak mangkaq pun. Will Smith kan dalan cerita ni macam kool2.. Mat cool kawan ku...






Nah trailer untuk hampa hat tak tengok lagi cerita ni. 


So sapa tak pi tengok lagi.. Silakan pi tengok okkkkk.. Dijamin tak menghampakan.. Kami dapat tiket FREE dari TGV... tak rugi setia dengan TGV kan... 

(credit to Google) 

Hat kanan tu dijangka meletop selepas ni. Katanya berlakon dalan cerita Riverdale dengan Chad Micheal Murray... Cerita ni ada kat netflix.. Nanti aku nak try layan. 

Akhir kata.... 

Bad boys... 
We ride together
We die together





Rasanya ni kali ke empat dah aku makan kat Irama Dining. Mana la tau lepas ni Irama Dining nak buat apa2 nak panggil aku mai review ka.. Kahkahhhh...

Tapi kali ni nak cerita bawak kakak and mak aku yang mai Penang awal bulan hari ty masa depa balik mai dari Tawau. Ya lah kakak aku kan posting dekat Tawau lani. So mak aku ikut dia duk kat Tawau. Berapa bulan sekali mak aku akan balik mai semenanjung lah.

Sebabkan taktau nak bawak pi makan tang mana.. Kebetulan sebelum tu kami pi lepak dekat Queensbay sat cari barang dekat situ. So dinner tu laki aku ajak bawak mak n kakak aku makan dekat Irama ni lah.

Tak perlu dah nak perkenalkan Irama Dining ni sebab dah 2 entry dah aku buat pasai depa ja. Nampak sangat suka kannn...


Sedap dan meriah. Macam2 order malam tu. 


Ayam pandan. Yang cicah dia tu macam kuah rojak. Ok la sedap kuah dia. Kakak aku suka


Otak2.. Ni fav aku sangat2. Sedap ok depa punya otak2. First time order dekat sini.. Memenuhi piawaian tekak aku. 


Kurma kambing tak silap aku. Tapi seriussss sedappp gilaaa.... 


Masak lemak tempoyak udang. Hat ni perghhhhh sedap gilos... Memang must try! 
Kalau ada patin tempoyak pun padu k. Oh ya lupa nak habaq masak lemak tempoyak udang ni.. Udang dia besaq... And banyak jugak ya. Tak silap 6 ekoq kot or more. 


Hat ni signature depa la kan. Takdan nak snap gmbaq dah kena sambaq dah. Hat smoked duck curry masaman. Pun sedap gilos. 

Overall macam biasa semua memuaskan hati kami semua. 



Tq papa belanja makan. 


Ni bendahari makjah clan kalau pi berjalan mana2. Duit dia pegang. Dia nanti atoq menu nak masak apa.. Nak makan kat kedai bila.. Kes dia la adik aku pi NZ dengan dia kena makan nasi goreng brokoli ja kes dia mlas nak pi beli lauk. Bengkek ja adik aku... Hahhahaha

Ok lah sekian sajia.. 

Nak tau details pasai Irama Dining ni boleh pi ke SINI na... 









Cuti CNY hari tu kami memang tak ke mana-mana. Hari Sabtu Ahad balik tidoq di Juru. Hari Isnin pun quarantined dekat rumah. Tak mau la pi jalan-jalan ke mall ka apa ka.

Kalau nak ronda tepi pantai pun.. Tengok ja lah dari dalam kereta macam tu ja. Tapi Isnin petang tu memang plan taknak makan dekat rumah. Tapi xnak masuk mall kaedahnya. Tak koser la nak pi makan dalam mall musim2 macam ni kan.

So pikiaq punya pikiaq kita nak pi makan mana.. Teruih teringat.. Hari tu besa pi makan dekat Kaky Pasta dekat Tanjung Tokong ni. Pasta dia sedapppp. Chicken chop dia pun anak2 aku suka.

So terus cakap kat laki aku kita pi makan dekat situ lah.. Kat situ kompem2 pelancong dari China tak mai makan😂😝. Checked dekat fb depa bukak.. Alhamdulillah. So moh ler kita ke sana.

Dah sampai tu kiranya dalan kul 6petang mcm tu. So kebetulan nampak dim sum pun ada lagi. Last time pi malam.. Dalam kul 9 mcm tu dimsum dah habis. Soa lang2 dah ada kita order la kan.



Aku nak puji jugak la dimsum depa juai ni. Sebab selalu kalau aku beli... Selalu orang guna hat dimsum frozen tu kan. Rasa kalau amik hat udang pun.. Kira perasa udang ja lah kan. Tapi hat ni ada la udang sekoq gak dalam ni. Kira makan pun orang kata xralat la. Untuk dimsum ni aku punya tekak yang sedap standard aku.. Aku set yang aku pernah makan dekat Greentown Dimsum Ipoh tu. So yang ni aku boleh puji la sebab tak la kadang2 tu rasa kejung dimsum frozen macam kat Seoul Garden tu pakai ka. 


Setakat dimsum ja mana cukup perut gendang gendut tali kecapi kan. So marilah kita order western food dekat Kaky Pasta ni.

Untuk pengetahuan hampa, selain juai western food, dimsum... Dekat sini ada gak juai Nasi Tomato. Nampak macam menyelerakan jugak. Banyak jugak orang yang mkan. So i considered the Nasi Tomato pun superb la kot kan. Andddd depa jugak ada jual char kuey tiaw yang chinese style n malay style. Next time boleh try this one. And lupa.. Depa pun ada juai sate.. Sate depa sedap jugak.. Pernah rasa masa mai first time dulu. Sate daging dia best sebab ada babat babat skit.... Oh lupa org utara tak panggil babat.. Org utara kata lemak ja. Hat tang lemak tu kolesterol.. Tpi sedap nak buat mcm mana. Bukan makan babat hari2 kan.. Ehhhh

Mai tengok dulu menu-menu dia na..



Harga pada aku memang sangat2 reasonable la kan... 


So marilah tengok apa yang kami order


Mushroom soup dia sedap. Bukan yang dalam tin tu ya. This one definitely a homemade one. Boleh rasa the difference. 


Ni chicken chop anak aku. Depa share dua orang sebab sebelum tu depa dah makan apa ntah. 


Ni spicy olio - lamb. Aku punya. Serius sedap gila. Cuma pasta dia memang agak spicy. Memang budak2 xleh makan la cita dia. Ni kali kedua aku repeat order yang sama. Lamb gril dia sedap. Perapan dia padu. And lamb tu gril to perfection. Tak kering and overcooked like some of people do. 


Ni nasi goreng chicken grill. Yanh ni husband aku punya. Ayam bakaq dia sedap. Perapan pun ok. Cuma nasi goreng dia agak pedas. Tak tau la hari tu terpedas ka apa ka.. Tapi kalau budak2 order mau menangis jugak nak makan ni. But sedap ja nasi goreng dia. Kalau aku ok ja. Kalau yang tak tahan pedas macam laki aku memang kesian la jugak. Tu pun luak ok... Ada la skit ja yang tak habis sebab tak tahan sangat dah tu. 

Overall memang sedap bagi tekak kami satu family. And katanya owner Kaky Pasta ni one of the cook in Gurney Hotel dulu. So no wonder the plating style is very the vasss. 

So hampa yang kalau mai bercuti duk kat belah Batu Feringghi ka Tanjung Bungah ka Tanjung Tokong ka.. Boleh la try mai makan tang ni. Variety foods duk ada tang ni. Nasi tomato ada.. Dimsum ada.. Char kueytiaw pun ada. 

Landmark tempat ni dia lepas ja simpang 3 traffic light Tanjung Tokong tu... Hampa akan nampak belah kiri kalau hampa dari arah town ke Tanjung Bungah.. Hampa akan jumpa kuater polis belah kiri. Lepas ja kuater polus belah kiri tu lepas jalan skit tu.. Dekat korner tepi jalan tu ada la kedai ni. Kiranya dekat gila dah dengan Hompton Hotel, Sentral Seaview Hotel dengan Mercure Hotel Penang. 


Ni orang Penang kalau tak mai makan tang sini rugi besaq la hampa. Sebab sedap kot. 







Disebabkan baru ja tuai bayam brazil dekat depan rumah (koridor) ni. Kebetulan lani menumpang sat rumah arwah fil aku.. Koridor dia memang mnghadap matahari... So memang meriah gila la kalau letam pokok depan tu.. Direct sunlight.


Meriah tak bayam brazil dalam pasu kecil2 tu. Ada 4 pasu semuanya. Sekarang ni aku biakkan lagi sebab nak banyakkan lagi sebab aku memang suka makan bayam brazil ni. Nak biakkan pun senang ja. Kalau nak tau macam mana boleh tengok SINI ya. 


Ni hasil dari 4 pasu tu ya. Banyak tak? Aku start dengan satu pasu ja dulu... Bila cantas buat ulam. Makan daun ja. Batang dia aku biakkan balik dekat pasu lain.


Tapi bila dah masak.. Jadi banyak ni ja. Hee cukup lah untuk sekali makan kan. 

Nak buat macam ni pun senang ja. Bukan susah pun. Macam mana hampa duk buat kangkung goreng belacan. Macam tu la buat dia.. 


Tapi takpa la.. Nak share jugak kannnn. Hahhahahah

Jom tengok bahan-bahan dan cara kami buat. 

Bahan-bahan:

 Daun Bayam brazil
Bawang kecil
Bawang putih
Sambal belacan
Garam
Serbuk cukup rasa
Air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang kecil yang dah dipotong dan bawang putih yang diketuk kasar. 
2. Bila dah naik bau masukkan sambal belacan dan tambah sedikit air. 
3. Then masukkan daun bayam brazil. Kacau2 dan masukkan garam dan serbuk cukup rasa. Dah nampak agak layu boleh tutup api... 
4. Tadaaa da siap. Boleh angkat dari belanga dan hidangkan. 

Fuhhh makan nasi dengan ikan goreng dengan bayam brazil goreng belacan ni pun dah sedap. Terangkat oiii. 

Seronok bila tanam pokok sendiri ni. Dapat la jugak jimat duit belanja dapoq untuk sayoq ni. Lagi best bila timr tanam pokok ka siram pokok ka.. Ajak anak2 join sekali.. Memang depa suka la. Lagi2 bila time nak tuai hasil tu. Happy sangat depa pun tengok pokok hat depa jaga tu jadi hasil and boleh makan. 





Bila dah duk kuarantin duduk dekat rumah ni.. Mula lah kan duk pikiaq nak masak apa kan. Dah la sejenis jemu and cemuih skit masakan jenis2 Penang ni yang kadang2 terlampau ni sangat untuk tekak kampung people macam aku ni kan.

Kenapa kena kuarantin? Tak reda lagi dengan Influenza.. Ni haa 2019 - ncov pulak.. Baik la kita berjaga2. Walaupun hati ni boring dan memberontak woiii nak pi jalan2. Tapi xpa lah.. Macam aku cakap kt ig la kan.. Kalau kerajaan xboleh n xmau jaga kita dari sekat tourist dari China.. Kita sendiri kena jaga diri kita dan keluarga kita.

So menu kena kuarantin and duduk dekat rumah hari ni adalah masak lemak cili padi ikan jenahak dengan peria, ulam bayam brazil, ayam goreng kunyit dan sambai belacan. Nampak macam banyak kan. Ayam tu campak dalam air fryer. Lepas tu biaq AF tu buat keja dia. Bayam brazil tu petik2 ja kat luaq rumah. Lepas tu sambal belacan tu yang maktok bagi hari tu duk ada lagi. So kita habiskan dulu stock yang ada.


Simple ja.. Menu orang pemalas hari ni. 

Masak lemak ni memang fav aku sangat2 tau. Lagi plak dulu2 masa aku kt UniKL MICET tu duduk dekat sempadan melaka-nogori kan... Dekat Naning tu kan.. So aku ni selalu lepak makan dekat Kendong... Memang selera nogori tu ngam sangat dengan tekak aku. Tu yang time belajaq tu gemuk sebab makan kena dengan selera oiiii. 

Tapi part nak masak masak lemak ni memang dulu2 aku failed gila sebab nanti pecah minyak lah. Mak aku punya masak lemak sedap tapi mak aku jarang buat sebab ya la renyah kan nak kena timbuk2 dia xbagi pecah minyak bagai kan. Tapi lama2 lepas dah banyak kali duk masak.. Makin lama makin better la. Eh bukan makin better.. Makin sedap oiii.. Ok puji diri sendiri. Hahaha. 

So jom aku nak cerita macam mana aku buat masak lemak cili padi cara aku. Ya lah cara orang Kedah buat masakan orang nogori kan. Janji sedap kat tekak aku ok lah kan. Walaupun resipi derhaka. 

Bahan-bahan:

*cili besar 
* cili padi
*  bawang kecil/ besar
 * bawang putig
*kunyit hidup
Santan
Asam keping
Gula garam
Serbuk perasa
Isi ikan jenahak
Peria yang dah dipotong

Cara-cara:

1. Blend semua bahan-bahan yang bertanda *. 
2. Masukkan bahan-bahan yang diblend tadi ke dalam periuk dan panaskan. 
3. Masukkan asam keping dan sedikit santan cair. Kacau-kacau kuah dan masukkan ikan. Biar nampak ikan dah mendidih dan kuah makin pekat, masukkan santan pekat. 
4. Masa dah masukkan santan pekat ni kena rajin timbuk2 ya. Orang kedah panggil timbuk.. Aku tak tau orang negeri lain kata apa.. Tpi macam kacau2 kuah dekat atas tu. Sebab nak elakkan santan tu pecah minyak. Nanti kalau dah pecah minyak tak sedap and tak cun la masak lemak hampa kan. 
5. Masukkan peria, jangan lupa timbuk/kacau kuah and jangan biar santan tu pecah minyak ya. Lepas tu boleh dah perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa kalau nak. 


Buat masak lemak ni memang kena rajin kacau/timbuk kuah dia supaya tak pecah minyak ya. 



Tengok.. Mengacau ja tak berhenti. 


Taraaa its donee... 

Resipi ni derhaka la skit kan. Sebab the real nogori cuma pakai cili padi.. Kunyit hidup dengan santan ja. Harap dimaafkan la orang Kedah yang xleh move on dengan makcik2 bawang ni ya. Janji laki and anak2 suka kan.. Kira ok la. Serius sedap gila letak pulak peria tu. Fuhhh haroi cing2 😋😋😋

P/s:  kalau hampa nak pakai ikan lain pun boleh gak takdak masalah pun.... 

Selamat mencuba. 





Corona Virus Outbreak

in , by Alia Farhan, 11:33 AM
Belum pun reda dengan kes Influenza dekar Malaysia ni.. Dah timbul plak cerita Corona Virus yang sedang teruk melanda Wuhan, China. Kalau tengok dari video2 yang tular.. Memang nampak sebijik la macam cerita2 Zombie.. Train to Busan.. Resident Evil n etc...

I just cant brain why on earth the Chinese from China have the guts to eat all those shitty n crappy things like dat. Wei... Please la dont be so bongok and siauuuu laaaa. Dah pulak.. Habis satu dunia pulak nak bertebaran virus tu... Sedih n risaunya aku. Dah pulak sampai ke Malaysia sudehhh. Yang menteri2 sampai ke PM pun mangkuk taknak sekat pelancong dari sana mai ke Malaysia😑😑😑

Risau sebab satu pasal virus tu sendiri. Lagi banyak menda berlaku lately ni buat aku terpikiaq are we at the end of the world? Dah nak kiamat sangat ka ni😑😑😑
Serious shit semua ni menakutkan untuk aku....

But hell yes... We need to hadap all those things selagi nyawa dikandung badan right.

Jom la kita kenali skit apa tu corona virus ni... And how serious it can be.... Setakat ni tah meragut 41 nyawa di China but i:m pretty sure the Chinese government been hiding the huge numbers. Kalau tak.. Takkan la kalut buat hospital semata2 untuk corona virus outbreak ni kan.



And this is how the corona virus attack our body.. 



Ways to prevent transmitting virus to others as been advised by our KKM.. but i rather said we must stip China tourists from coming at this moment. 



Let's protect ourselves and our loves one. 






I still cant brain pasal cerita yang 3 orang positive with Corona Virus yang masuk melalui JB tu. Boleh depa pi tinggai ahli family depa yang kena tahan sebab positive corona virus tu dekat Spore.. Depa boleh selamba badak mai JB nak teruskan percutian depa. Wakluuuu gila perangai. Memang sejenis kiasu gila perangai.. Tu belum yang cerita parents tinggai anak2 dekat airport sebab anak2 sakit and tak dibenarkan boarding tu. Seriuss laa memang sejenis takdak perasaan ka apa ka... Tapi tu la Islam dah ajaq.. U are what u eat... Kena jaga makan.. Minum.. Makan benda2 baik2.. Sebab tu akan jadi darah daging kita. Ni makan pun ntah hapa2..macam mana la hati tak hitam and keras kejung macam tu. Belum lagi cerita front line healtcare dekat sana kena tarik mask and ludah dengan pesakit yang positive corona virus ni. Memang sesuatu sangat perangai puak2 ni kan...

Harap2 dis outbreak cepat2 la dapat solution macam mana nak banteras dia. Risau gila. Kepada Allah kami berserah, Ya Allah



Jom kita amalkan doa ni kawan2 yang beragama Islam. 


Assalamualaikum

Kali ni di segmen JJCM di Penang.. Nak cerita skit pasal kami pi makan dekat Lagenda Cafe ni...

Located at Lebuh Campbell, Lagenda Cafe merupakan salah satu cafe tumpuan baik local mahupun foreingers. And... Owner dia adalah sama dengan Irama Dining.



Ni lah cafe  nya. I like d classic looks here. 


At the outside of the cafe


I love the pokok 


Jom kita tengok nak makan apa ya. 


Memang peminat P Ramlee kot. I love how the owners decorate their cafe here n at Irama Dining. Its classical Malaysia culture. 



Our starter. Cheese sticks.. Nyummy.. I like the dipping sauce.. Satu macam cheesy.. Satu lagi ada tangy taste n tengit like hint of balsamic vinegar which i love... Oh yes.. I love both of the dipping sauce. Some might hate the taste of balsamic vinegar. 


Tokua / tauhu sumbat. Not bad. Kauh kacang sedap. Dats the most important thing if u want to have a perfect tokua sumbat. 


Chicken chop.. We are expecting oriental sauce as we asked the girl/waiter either it is oriental sauce or not. And she replied it is.. Unfortunately it was not. Ordered 2 sets of chicken chop for the kids but none of them finish as they dont really like the flavour of the gravy. Maybe sebab ada hint of coconut oil in it. I can taste the "pungent" smell and taste of coconut oil in it. Some people might not like it. But i'm OK with it as my late grandmas used to cook dishes with coconut oil. 



This os what i ordered. As soon as mine arrived, the kids want to have mine😏😏😏
I like this prawn aglio olio. It tastes good. Definitely will comeback for their aglio olio 😋😋😋


My husband, grill fish with bunga telang rice. The grill fish is good. 


What i like about the nasi set is they com3 with this sets of side dishes (keropok, kerabu mangga, air asam, sambak belacan n etc).. 


I love the ambience. 


Thank u sebab belanja papa. Semoga makin murah rezeki.... 


For those yang nak try makan dekat Lagenda Cafe... U guys can go to

Lagenda Cafe

43 Lebuh Campbell, 
Georgetown, 
10200 Penang
04-2612293


Lagenda Cafe













© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS